Bab 58 : DARK SIDE

79 7 0
                                    

Continue Flashbacks Anisa's POV,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Continue Flashbacks Anisa's POV,

" Siapa kau?" soal seseorang dari belakangnya.

Lelaki itu berhenti apabila merasakan kepalanya sedang diacu oleh sepucuk pistol dari belakang.

Lelaki yang diacu pistol itu mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda menyerah. Dalam sekelip mata dunianya menjadi gelap apabila merasakan dia dipukul dari belakang.

Beberapa minit kemudian, matanya mula terbuka. Setelah dia sedar, topengnya sudah dibuka tetapi rumah itu masih gelap tanpa sebarang cahaya.

" Hello b*tch" ucap seseorang dari sisinya.

'Bang!'

" Arghhh!" Lelaki itu menyeringai kesakitan apabila kakinya tiba-tiba ditembak tanpa sebarang amaran.

" Siapa kau?" Soalan itu diajukan sekali lagi. Namun wajah si gerangan hanya kelihatan samar kerana rumah yang masih gelap.

" Kau yang siapa? Kenapa kau tembak aku hah?" Soal lelaki itu melihat kakinya yang sudah bermandikan darah. Namun dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana tangannya sudah diikat pada penyandar belakang sebuah kerusi.

" Hahahaha! Kau tanya aku pula? Kau yang datang tak diundang," akhirnya lampu ruang tamu menyala. Muncul lah wajah yang tidak kelihatan tadi. Namun lelaki itu terkasima apabila melihat wajah gadis itu. Ya, dia ialah Anisa.

" Aku...aku ikut arahan jer," beritahu lelaki itu dengan dada yang mula berombak.

" Arahan siapa?" Bisik Anisa pada telinga kanan lelaki itu.

" Aku tak kenal dia," jawab lelaki itu laju membuatkan Anisa tersenyum.

Beberapa saat kemudian, wajah lelaki itu ditumbuk kasar beberapa kali. Namun tumbukannya agak kuat sehingga darah lelaki itu tersembur keluar dari mulutnya.

" Aku tanya sekali lagi, arahan siapa?" Soal Anisa semakin dingin. Sengaja ditekan luka tembakan pada kaki lelaki itu sehingga si dia meraung kesakitan. Malangnya pistol yang ada padanya hanya mempunyai sebutir peluru untuk kegunaan kecemasan.

" Aku cakap aku tak kenal dia aku tak kenal lah!" Anisa tidak berkata apa-apa. Dia hanya melepaskan kemarahannya dengan menumbuk lelaki itu lagi. Dasar penyangak!

" Kau nak aku bunuh kau baru kau bagitahu ker hah!" Gertak Anisa masih menumbuk wajah lelaki itu sehingga lelaki itu mulai lemah tidak bermaya. Tambahan pula dengan luka tembakan pada kakinya membuatkan lelaki itu semakin kehilangan darah.

Tidak berpuas hati, Anisa menekan pula pada luka lelaki itu sekuat-kuatnya sehingga lelaki itu meraung kesakitan. Sesekali Anisa tersenyum sinis melihat lelaki itu meraung terseksa. Sudah lama dia tidak merasakan kepuasan seperti ini.

" Ba-baiklah! Aku akan bagitahu ta-tapi tolong jangan tembak aku lagi," Anisa hanya tersenyum sinis mendengar rayuan lelaki itu. Memang dia tak akan tembak pun.

" Penyangak takut mati?" Sindir Anisa.

" A-aku ada keluarga. Tolonglah kasihankan aku," senyuman Anisa berubah kelat.

" Habistu kau tahu kan yang aku ada suami?" Anisa yang mula hilang sabar menekan lebih kuat luka pada kakinya.

" Arghhh! Aku minta maaf, aku hanya kejar kau untuk ger-gertak suami kau!"

" Suami aku? Siapa tuan kau sebenarnya?" Anisa sudah mula beremosi. Siapa yang berani menyentuh suaminya? Dan ingin menggunakannya sebagai perangkap? Nampaknya mereka sudah salah orang.

" Tapi kau ke-kena janji dulu yang kau tak akan tembak aku!" Rayu lelaki itu lagi.

" Okay deal, aku tak akan tembak kau,"

" Orang yang upah aku ialah ...." Wajah Anisa berubah pucat. Sungguh dia tidak menyangka jawapan itu yang bakal keluar dari mulut si penyangak tidak berguna itu.

" Kau tipu aku kan? Kau cakap betul-betul siapa yang upah kau?" Tengking Anisa dengan hati yang membara.

" Aku tak tipu kau! Aku beritahu perkara yang sebenar!" Ujar lelaki itu dengan bersungguh-sungguh. Seketika suasana menjadi sepi. Anisa terdiam bersama fikirannya yang sudah melayang jauh.

" Sekarang le-lepaskan aku," pinta lelaki itu membuatkan lamunan Anisa terganggu. Anisa tersenyum sinis.

" Aku janji tak akan tembak kau. Tapi aku tak janji...." Anisa mula bergerak perlahan ke belakang lelaki itu. Rambut lelaki itu ditarik kasar sehingga lelaki itu terdongak ke atas.

" Yang aku tak akan bunuh kau," tanpa sempat berkata apa-apa lagi, leher lelaki itu dikelar rakus. Darah mula mengalir keluar daripada tengkuk lelaki yang sudah terkulai layu di atas kerusi itu.

" Buang masa aku jer nak kena seksa kau macam ni," rungut Anisa memotong tali yang diikat pada lelaki itu. Sekujur tubuh yang sudah menjadi mayat itu ditarik sehingga ke ruang dapur.

Pukul 10:30 malam

Anisa masuk ke dalam perut keretanya setelah lama menyelesaikan apa yang harus dibuat terhadap mayat penyagak itu.

Anisa mengeluh pula setelah meilihat jam yang tertera pada keretanya.

" Aku tak boleh balik dengan keadaan macam ni," ujar Anisa resah. Dia tidak dapat berdepan dengan suaminya di dalam keadaan emosinya seperti ini.

Dia perlu menjernihkan fikiran sebelum pulang ke rumah. Mungkin Xaiden sudah lama melelapkan mata dan tidak menghiraukan ketiadaannya selama beberapa jam.

End Anisa's Flashbacks.

To be continued...

Comments and votes okayy....

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now