Bab 23 : PORT RAHSIA KITA

157 26 7
                                    

" Tolong!!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Tolong!!!"

" Hahahhaha!!! Tolong! Siapa yang nak dengar hah? Aku layan kau dengan cara baik kau tolak kan?! Sekarangni kau milik aku. Tak ada sesiapa yang boleh selamatkan kau lagi!"

" Tolong!" Anisa terjaga dari lenanya dengan nafas yang tidak sekata dan dada yang mula berombak. Dilihat keadaan sekelilingnya yang gelap mula membuatkan dada Anisa bertambah sesak. Matanya terus beralih melihat pada tempat pemandu. Tetapi tiada sesiapa.

" Kenapa aku ada dekat sini? Mimpi lagi ker ni?" Soal Anisa sendiri sambil mencubit sebelah pipinya untuk memastikan kesahihan yang sedang berlaku.

" Sakit... tapi kenap pelik sangat ni? Bukan last  Xaiden kata nak balik rumah ker?" Soal Anisa bertambah bingung. Dahlah baru bangun tidur, sedar-sedar jer duduk sekeliling hutan. Kalau saya pun mesti kecut perut punyalah. Manalah tahu orang lain, korangkan hantu jugak kenapa nak takut en?

Setelah hampir lima minit memerhati sekeliling melalui tingkap, Anisa Fazira  memberanikan diri untuk keluar dari perut kereta. Biasalah dalam cerita hantu kan mesti ada watak yang berani nak mampus pergi cari kawan dia dalam hutan. Tah apa-apalah...

" Tuan Arif!! Tuan kat Mana? Xaiden!"
Anisa yang juga watak dari cerita ni turut melakukan hal sama. Dia berjalan tanpa arah tuju sambil melaung nama Arif Xaiden berulang-ulang kali. Namun apabila masih tiada sahutan membuatkan Anisa bertambah panik. Takungan air mata cuba ditahan sedaya upaya. Apa yang difikirkan Anisa sekarangni ialah Arif Xaiden tu dah tinggal dia sorang-sorang tengah hutan lepastu balik naik grab. Yelah tadikan dia kenakan Tuan Arif Xaiden tak cukup protein tu.

Masih tidak mengalah, Anisa tidak henti-henti memanggil lelaki itu, sehinggalah bahunya disentuh dari belakang membuatkan Anisa terperanjat dan..

Pangg!!

" Apasal kau tampar aku bodoh!" Menyirap Arif Xaiden dibuatnya. Xaiden menyentuh pipi kanannya yang terasa berpinar. Sakit siot! Perempuan tu pun kuat macam su Erika tu jugak ker? Macam pertemuan kali pertama dia dengan Erika dalam 'Hatred Love' (bab 42).

Anisa yang kena sound free dari lelaki di hadapannya itu sudah melopong.

" Sorry!! Saya tak sengaja." Anisa memohon maaf dan bertindak menggosok pipi Arif Xaiden lembut. Selepas beberapa ketika, Arif Xaiden menepis tangan Anisa kasar dan berdehem kuat.

" Kau apahal jerit panggil nama aku malam-malam buta ni?" Soal Arif Xaiden agak dingin.

" Sa...saya-

" Saya apa?" Soal Xaiden sedikit tinggi intonasinya kali ini.

" Isk..isk..sa-saya takut..." Anisa tunduk menikus untuk menyembunyikan tangisannya yang pecah tanpa dipinta.

" Saya tak sukalah duduk kawasan hutan macamni! Kenapa Tuan Arif bawa saya ke sini?!" Soal Anisa seperti memberontak. Xaiden yang mendengarnya mengeluh kecil. Kenapa lah dia boleh lupa apa yang buat Si Anisa ni fobia. Salah dia juga sebab tinggalkan Anisa tu sorang-sorang. Kan dah nangis budak tu...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now