Finally, seperti yang dijanjikan bab 19 dah siap. Sorry sebab buat ramai tertunggu, tak sangka pulak lebih 5 orang akan request dalam masa dua hari jer. Hehehe... Maaflah kalau jalan cerita kalini agak membosankan, harap korang enjoy membaca yerr... ________________________________________________________________________________
'Vroommm!'
Bunyi enjin kereta dari luar rumah menarik perhatian Anisa yang berada di ruang tamu. Anisa yang mula panasaran terus menyelak langsir ruang tamu rumah agam Tan Sri Aryan. Untuk pengetahuan semua, selepas apa yang berlaku kepada Anisa sebelumni, keluarga Tan Sri Aryan menawarkan diri untuk menjaga Anisa sehingga keadaan menjadi seperti sediakala.
Mula-mula memanglah Anisa tolak, tetapi selepas dipujuk dan tidak ingin menghampakan hati orang yang banyak berjasa dengannya, Anisa akhirnya mengalah dan sekarang di situlah tempatnya menetap sehingga segalanya selesai. Walaupun dia tak tahu apa yang diorang nak buat untuk settled kan masalah ni...
Setelah lama diperhati, sebuah kereta yang amat dikenalinya elok terparkir di hadapan rumah agam tersebut. Dengan wajah yang bercahaya, Anisa terus berlari keluar untuk mendapatkan keretanya yang dibawa ke workshop sewaktu hari kejadian.
"My car! thank you sangat sebab korang bawa kereta saya ke sini," Ucap Anisa kepada dua orang jejaka bajet macho dihadapannya kini. hmm...korang tahulah siapa dua orang tu.
"No problem lah. Aku ni kan lelaki melayu terakhir yang hensem lagi budiman. Setakat ambil kereta kau dekat workshop, small the pieces lah.." Riak Mark seperti dunia ini miliknya sendiri. Padahal Anisa dengan Damian dah rasa nak humban dia dalam jamban. Suruh cermin balik muka dalam air dekat mangkuk jamban tu. Orang terima kasih jer, dia punya bangga tu macam menang GRAMMYS Award.
"Jadi lepasni bolehlah saya drive untuk kerja mula besok," sambung Anisa bertambah teruja. Namun reaksi Mark dan Damian pula berubah seperti rasa bersalah.
"Actually pasal tu..."
...
"Kenapa saya kena ikut arahan awak pula?" Anisa mengemukakan rasa tidak puas hati kepada lelaki yang berada di hadapannya kini. Lepas jer Damian bagitahu yang Si Xaiden tu arahkan dia untuk duduk rumah dan tak boleh keluar ke mana-mana, Sampai balik dia tak senang duduk. Dan kinilah sesi memprotes!
"Suka hati akulah nak buat apapun. Kau just kena ikut jer, apa yang susah sangat?" jawab Xaiden seperti tiada apa yang berlaku.
"Mr. Arif Xaiden, Awak faham tak career saya ni macam mana? Saya ni lawyer tau. Saya tak boleh sesuka hati jer tak datang kerja tanpa sebab. That's really unprofessional," tegas Anisa lagi. Sekarangni, dia nampak Xaiden tu memang besar kecik besar kecik jer. Tunggu nak kena pijak. Xaiden tu siapa nak arahkan dia stop kerja sesuka hati? Walaupun bukan berhenti kerja actually, tapi tunggu sampai masalah dia tu selesai? Huh, korang rasa sampai bila? Mau berjanggut agaknya.
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...