Bab 38 : ADA DI SISI

106 17 7
                                    

" Anisa cuti berapa hari?" soal Tan Sri Aryan memecahkan kesunyian di meja makan. Kini Xaiden dan Anisa sudah berada di rumah Tan Sri Aryan seperti yang dijanjikan pagi tadi.

" Anisa cuti lima hari jer. Esok majlis resepsi, lusa Anisa dah start kerja,"

" Alaa, sekejapnya. Tak sempatlah nak pergi honeymoon," Xaiden dan Anisa memandang ke arah Puan Sri Melissa dengan seribu kerutan di dahi.

" Mama tahulah kamu berdua bukan berkahwin atas dasar cinta, tapi bercinta selepas kahwin kan boleh..." kata-kata Puan Sri Melissa hanya membuatkan dua pengantin baru di hadapannya kini tersenyum kelat.

" Anisa tahu tak malam selepas majlis resepsi kamu, majlis pertabalan Xaiden dilangsungkan?" soal Tan Sri Aryan pula. Xaiden yang sedang enak menikmati makan malam hampir tersedak.

" Malam esok ker papa? Kenapa cepat sangat?"

" Habistu, bukan ker tujuan sebenar kamu kahwin dengan Anisa sebab nak dapatkan takhta Empayar Vlad?" Puan Sri Melissa yang menjawab soalan Xaiden dengan nada yang agak keras. Namun tiada sebarang jawapan dari lelaki itu dan suasana di meja makan menjadi sunyi kembali. Anisa pula hanya memandang sebuah keresahan yang terpapar pada seraut wajah Xaiden.

...

" Kau tak tidur lagi?"

" Belum, saya nak tanya awak something boleh?" soal Anisa tanpa sebarang mukadimah.

" Benda apa?" soal Xaiden kembali lalu menghenyakkan punggungnya di sisi Anisa.

" Kenapa saya rasa yang awak tak gembira untuk dinaikkan takhta keluarga awak tu?" soal Anisa lagi.

" Kenapa kau fikir macamtu?" Xaiden menjawab dengan sebuah lagi soalan. Tak habis-habis soalan. Jawapannya mana? Reader pun pening sekarang ni. Kalau ada soalan lagi silap-silap dihempuknya terus phone tu.

" Saya boleh baca dari raut wajah awak," akhirnya Anisa menjawab.

" Wahh, kau ada sixthsense ker apa?" Xaiden masih menyoal. Anisa merengus perlahan apabila jawapannya tadi tidak diendahkan.

" Aku tak nak tanggung risiko bila aku dinaikkan takhta lepas ni. Kau tengoklah macam cerita-cerita mafia sebelum ni? Mesti ada kes culik-culik binilah apalah," jawab Xaiden tidak menyedari alasan yang diberikan ketika itu.

" Ouhh, jadi awak risau saya akan kena culik jugak yer?" usik Anisa dengan senyuman. Tiba-tiba hati rasa berbunga-bunga bila dengar Xaiden cakap macam tu. So sawitt!!!

" Habis tu? Kau tahu tak bila kau kena culik, kau akan menyusahkan hidup aku? Aku serious rasa macam nak tumbuk Xander waktu kes Erika kena culik tu, gatal sangat nak merajuk. Sorang lari sana sorang lari sini. Kalau ikutkan aku, nak halau jer dua-dua tu. Tak payah balik terus!" Tazkirah Xaiden membuatkan Anisa ketawa secara tak sengaja.

Walaupun Xaiden dah tengok dia macam orang gila, tapi dia tiba-tiba ter flashback zaman drama percintaan sahabatnya yang tidak pernah berhenti dahulu. Sampai dia pun terjebak sekali.

" Awak jangan risau tentang saya, saya pandai jaga dirilah," beritahu Anisa dengan yakin. Namun wajah Xaiden masih agak tegang.

" Tapi aku memang rasa yang hidup kita akan jadi risiko lepas aku naik takhta nanti," ujar Xaiden dingin.

" Kita?" soal Anisa agak hairan. Xaiden punya keyakinan sekarang ni dah tahap bulan ni.

" Dia orang tak akan tetapkan syarat supaya aku berkahwin tanpa sebarang sebab Anisa. Even, Xander sendiri tahu mungkin pertumpahan darah akan berlaku bila aku naik takhta," Anisa menelan liur kasar setelah mendengar apa yang dibuat suaminya itu.

" Satu jer yang aku nak dari kau Anisa," Xaiden memandang Anisa dengan pandangan yang sukar ditafsir.

' Dia nak apa dari aku ni? Kenapa otak aku fikir benda yang tak patut ni?' Anisa menggeleng sendiri membuang pemikiran negatif yang mula meracuni mindanya.

" Awak nak saya buat apa?" soal Anisa perlahan.

" Apapun yang berlaku lepas ni, kau mesti ada di sisi aku. Kecuali..." percakapan Xaiden terberhenti membuatkan Anisa mula resah. Kenapa Xaiden suka bagi suspen ni? Bukan dia jenis straight to the point ker? Ni yang buat dia rasa ada pari-pari dalam perut dia ni! Eh?Wujud ker pepatah tu? Wujudlah, dalam imaginasi author.🤣

" Kecuali?" soal Anisa apabila Xaiden masih belum menyambung jawapan terakhirnya sejak sekian lama.

" Kecuali kalau aku mati,"

To be continued...

Hai korang! Sorry sebab lama sangat tan upload. Idea tu ada jer, tapi masa kurang mengizinkan.😭 Apapun saya akan pastikan setiap hujung minggu akan ada upload baru. Sorry jugak kalau cerita kali ni macam agak hambar. Harap-harap korang kasih menunggu next chapter okay. Bye2

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now