Bab 51 : NISA & ARIF

83 5 0
                                    

Haii! I'm back! Setelah lama hiatus akhirnya saya kembali di dalam dunia oren ni. Alhamdulillah... SPM dah habis! Doakan saya dapat results cemerlang yer dalan SPM nnti! Aminnn...

Okaylah tanpa membuang masa jom kita sambung cerita My Love, My Life ni. Selamat membaca!
______________________________________-----------------------------------------------------------

 Selamat membaca!______________________________________-----------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana di dapur hanya diisi dengan bunyi titisan air hujan yang deras dari bumbung rumah. Mahu dijadikan cerita, semasa Anisa sedang mengemas, hujan lebat mula turun menyembah bumi.

Seusai siap mengemas dapur, laju sahaja kakinya mendaki anak tangga ke atas. Bilik Xaiden dituju terlebih dahulu untuk memeriksa keadaan lelaki itu sebelum dia dapat tidur dengan tenang.

Pintu bilik diketuk beberapa kali sebelum tombol pintu dipulas dan dibuka perlahan.

"Awak tak tidur lagi?" Sapaannya menarik perhatian Xaiden yang mengelamun sejak tadi.

Xaiden menguntum senyuman nipis lalu Anisa laju menghampiri lelaki itu.

" Kenapa awak tak tidur lagi? Dah lambat sangat dah ni," soal Anisa dengan wajah yang penuh kerisauan. Xaiden terkesima apabila Anisa melakapkan tapak tangan pada dahinya secara tiba-tiba.

" Hmmm demam awak tak kebah lagilah, awak memang tak boleh tidur ker?" Soal Anisa lagi dengan riak yang semakin kerisauan. Buat pertama kalinya dia dapat melihat sisi Anisa yang sebegini. Xaiden hanya memandang tepat pada anak mata Anisa lalu menggeleng perlahan.

" Hmmm saya jerlum awaklah. Tunggu tau, kalau awak rasa mengantuk tidur jer,"

Baru sahaja Anisa ingin melangkah, tangan gadis itu dicapai lemah. Anisa menoleh memandangkan Xaiden dengan rasa hairan.

" Bo-boleh tak kau teman aku malam ni?" Soal Xaiden perlahan namun masih dapat didengari Anisa dengan jelas. Anisa terdiam seketika mendengarkan permintaan lelaki itu buat pertama kalinya. Namun tidak lama selepas itu dia menguntum senyuman kecil buat suaminya tanda mengiyakan.

" Saya turun sekejap jer tau," Xaiden menggangguk perlahan dan Anisa terus laju menurun ke tingkat bawah.

Pada masa yang sama, Xaiden tersenyum sendiri mengenangkan wajah isterinya tadi. Ya, dia mengaku bahawa Anisa memang seorang yang penyayang. Dan dia tidak salah memilih pasangan walaupun bukan atas dasar hati dan perasaan.

" Awak tak tidur lagi? Sekarang dah pukul 4:30 pagi dah," Xaiden terkejut mendengar pernyataan gadis itu. Terus sahaja dia memandang ke arah jam dinding. Patutlah dia berasa sangat penat, namun hairan. Sedikitpun dia tidak berasa mengantuk.

Dilihat pada mata Anisa yang sudah sedikit bengkak menahan kantuk.

Tangan Anisa ketika itu ligat memerah kain yang dijerlum dengan air lalu dilap pada seluruh lengan Xaiden. Beberapa minit kemudian dia meletakkan kain itu di atas dahi Xaiden pula.

Tanpa sebarang suara, Xaiden menepuk bahagian kiri bantal tempat tidurnya. Anisa yang sedikit terkejut dengan perbuatan lelaki itu hanya berdiri kaku.

Disebabkan Anisa yang masih tidak bergerak, Xaiden menarik tangan Anisa kuat sehingga dia terduduk di atas katil Xaiden.

Xaiden menarik Anisa supaya baring disebelahnya dan Anisa hanya menurut. Tangan Xaiden laju sahaja menyelimuti isterinya bersama-sama dengannya. Seketika suasana diantara mereka menjadi sunyi, hanya bunyi hujan yang semakin lebat menghiasi bilik ketika itu.

Baru sahaja ingin bertentangan mata, suara guruh yang berdentum kuat membuatkan badan Xaiden terhenjut. Lengan Anisa digenggam secara tiba-tiba.

Kerana bunyi guruh yang berdentum semakin kuat, Xaiden semakin menunduk dan memejamkan matanya rapat.

Anisa yang dapat menjangka sebab daripada tingkah laku suaminya terus sahaja memeluk lelaki itu erat dan belakang lelaki itu diurut perlahan.

" Shhuuu, Nisa ada dekat sini, Arif pejam jer mata. Nisa ada dengan Arif sekarang ni," tanpa Anisa sedari, dia menyebut gelaran Arif pada lelaki itu. Namun kata-kata Anisa berjaya membuatkan Xaiden tenang kembali.

Seketika sekali lagi guruh berdentum dengan kuat menyebabkan bahu Xaiden sekali lagi terhenjut dan dia mengecilkan badannya berselubung ke dalam selimut. Tanpa sebarang kata, Anisa semakin merapatkan pelukannya dan kepala Xaiden ditarik perlahan sehingga ke sudut lehernya.

Dapat dirasai nafas Xaiden yang masih tidak teratur ketika itu. Namun Anisa masih mengusap belakang badan dan kepala Xaiden sedaya upaya untuk menenangkannya.

...

" Allahu Akbar, Allahu Akbar!" Bunyi azan yang berkumandang menyedarkan Xaiden dari lenanya. Dia sedikit tersentak setelah melihat jarak diantara wajahnya dengan Anisa yang hanya tinggal seinci. Anisa pula masih lena diulit mimpi.

Xaiden menyelit rambut Anisa yang sedikit terurai ke belakang telinga.

" Shhuuu, Nisa ada dekat sini, Arif pejam jer mata. Nisa ada dengan Arif sekarang ni," secalit senyuman terukir di bibir Xaiden apabila mengingat kembali kata-kata terakhir yang diucap oleh isterinya itu sebelum mereka berdua menerobos ke alam mimpi.

" Nisa, bangun. Dah subuh ni," kejut Xaiden lembut. Anisa yang berasa terganggu merengek kecil. Xaiden pula sedaya upaya menahan senyumannya. Entah mengapa dadanya berasa lapang melihat wajah Anisa ketika itu. Tidur pun comel!

" Nisa... awak nak kena simbah lagi ker?" Serta merta mata Anisa terbuka luas. Anisa mengelipkan mata beberapa kali untuk menghilangkan lalinya.

" Xaiden, awak dah okay ker? Rasa panas lagi tak?" Itulah soalan pertama yang diajukan pada suaminya. Anisa melekapkan tangannya pada dahi Xaiden dan dahinya sendiri untuk membezakan suhu mereka.

" Hmmm, suhu badan awak dah makin menurun. Tapi harini awak still kena ambil mc," ujar Anisa atau lebih tepat dipanggil sebagai sebuah arahan.

" Tapi-"

" Tapi?" Soal Anisa dengan nada yang semakin tegas.

" Hmmm tak ada apalah, jom bersiap. Subuh dah masuk ni," Anisa hanya mengangguk lalu keluar dari bilik Xaiden untuk ke biliknya.

' Hmmm kenapa dia panggil aku Xaiden pula?' Desis Xaiden sendiri dengan nada tidak berpuas hati.

Pada masa yang sama, disebalik pintu bilik Xaiden, Anisa bersandar sendiri sambil menahan wajah yang semakin merona merah.

" Dia panggil aku Nisa kan? Kan?" Soal Anisa kepada dirinya sendiri menginginkan kepastian.

To be continued...

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now