"Kau betul nak pergi kerja esok?" soal Erika risau. Baru harini dia dibenarkan balik dari hospital, esok dah nak kerja? Sekurang-kurgnya cuti sehari pun jadilah. Rehatkan minda tu.
"Yelah sayang oii! Aku ni ada kerja. Bukan boleh memandai cuti macam jadi MAID!" sengaja perkataan MAID dikuatkan untuk didengari seseorang yang berdekatan.
Arif Xaiden yang mendengar hanya menayang wajah selamba. Padahal dalam hati tu, Ada yang kena backhand kot. Tak pasal-pasal extend hospital lagi seminggu.
"Hmmm...yelah. Tapi kau boleh drive ker esok?" soalan Erika membuatkan Anisa tersengih sumbing.
"Bolehlah kot." jawab Anisa pula acuh tak acuh. Hah, yang kot tu bahaya tu!
"Hmmm kalau kau nak jugak pergi kerja aku suruh Xander hantar driver untuk kau. Seminggu pun jadilah,"
"Eh, macam menyusahkanlah. Aku boleh jer Naik grab or teksi," Anisa menolak dengan sopan. Dahlah kos rawatan hospitalnya Erika berkeras nak bayarkan. Sekarang nak suruh Xander upahkan driver pula. Haihh...dia ni siapa sampai nak dilayan sebegitu rupa?
"Kau dah banyak tolong aku selama Kita berkawan ni. Tak boleh ker sekarang aku nak tolong kau pulak?" Erika menayang wajah cemberut. Arif Xaiden pula sudah membuat reaksi menyampah. Nilah perempuan! Bila merajuk jer memuncung, bila memuncung jer merajuk. Cuba jelir lidah ker time merajuk. Different kan? 'Ayoo! Ini olang aku mau kasi tanam hidup-hidup.'
"Hmmm...ikut kaulah. Tapi pastikan dia datang awal yer. Tepat jam 7:30 pagi, dia kena terpacak dekat depan rumah aku ni," Amboii demand! Hahahgagaga!!
"Okay. Aku akan uruskan yang tu... kau jaga diri yer dekat rumah. Esok driver akan datang seperti yang dijanjikan,"
"Okay..." Senyuman terpaksa ditayangkan Anisa. Sejujurnya dia tak selesa. Tapi...tulah, demi insan yang tersayang.
Keesokan harinya,
Seperti yang dijanjikan, tepat jam 7:30 pagi, sebuah kereta sudah elok terparkir di hadapan rumah sewa Anisa.
Namun sebaik sahaja Anisa keluar dari rumah, badannya kaku di hadapan pintu pagar.
Cermin tingkap dibuka dan terpacul wajah seorang lelaki yang langsung tidak disangka akan menjadi driver dia selama seminggu.
Kerana rasa tidak percaya, Anisa terus mencubit wajahnya kuat. Arif Xaiden sudah memandangnya berkerut.
'sakitni! macam betul. Tapi seriously?' Anisa yang masih lagi tidak berpuas hati dengan realiti yang sebenar mencubit pula wajah lelaki dihadapannya tanpa amaran.
"Woii!" jerkah Xaiden mengetap rahangnya kasar. Anisa yang terkejut terus berundur ke belakang. Okay, yang ni serious realiti.
Arif Xaiden keluar dan menghempas pintu kasar lalu melangkah ke arahnya. Anisa menelan liur kasar sebelum menutup matanya. Habislah dia dapat maki free pagi-pagi! Uwaaa!!
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...