Xaiden bersiul senang sambil mengikat tali lehernya dihadapan cermin. Dia mencapai beg bimbit dan blazer sebelum melangkah keluar dari bilik.
Dapur dituju seperti biasa. Tetapi apabila tudung saji dibuka, langsung tiada makanan yang terhidang untuknya seperti selalu.
Walaupun dia berasa sedikit hairan, namun dibiar sahaja perkara itu. Dia meneruskan langkah kaki sehingga ke luar rumah. Sekali lagi dia menjadi bertambah hairan.
" Aikk, kenapa kereta Anisa ada dekat sini lagi? Selalunya dia dah keluar awal dari aku," dahinya berkerut seribu. Tidak jadi untuk keluar, dia masuk ke dalam rumah semula. Laju sahaja dia mendaki anak tangga dan menuju ke bilik Anisa.
Sebaik sahaja tombol pintu dipulas, pintu bilik Anisa dikunci dari dalam.
Sudah dijangka. Anisa tidak ke tempat kerja hari ini. Tapi mengapa?Pelbagai tanda tanya mula muncul di dalam benaknya. Sesekali timbul kerisauan apabila mengenangkan apa yang baru sahaja terjadi semalam.
" Anisa? Kau ada dekat dalam ker? " Soal Xaiden perlahan sambil mengetuk pintu bilik isterinya beberapa kali. Dah tahu tanya pula.
" Anisa? Kalau kau tak nak buka aku masuk eh? Jangan sampai aku buka pintu ni," masih sepi.
Tanpa membuang masa, Xaiden mengambil kunci pendua dan membuka pintu bilik isterinya laju.
Sebaik sahaja dia masuk, hanya kelihatan sekujur tubuh yang sedang terbaring membelakangi Xaiden ketika itu.
Dia berjalan perlahan mendekati birai katil Anisa. Setibanya dia dihadapan gadis itu, wajah Anisa yang sedang memejamkan mata dilihatnya tanpa sebarang butir bicara.
Seperti dijampi, matanya ralit memerhati setiap inci wajah isterinya yang sedang diulit mimpi ketika itu. Namun ianya hanya seketika, tiba-tiba wajah tenang Anisa berubah pucat. Mata Anisa yang tadinya terpejam mula mengalirkan air mata perlahan.
Xaiden mula cuak. Kenapa Anisa tiba-tiba begini? Dia ada buat apa-apa yang tak patut ker?
" Anisa? Kau okay tak?" Mata Anisa terbuka luas. Reaksinya seperti terkejut melihat si gerangan yang berada betul dihadapannya ketika itu.
" Ke-kenapa kau nangis?" Tanpa memikirkan apa-apa, laju sahaja tangannya naik menyeka air mata yang tersisa di tubir mata gadis itu.
" Tak ada apalah?" Anisa menundukkan pandangannya membuatkan Xaiden berasa agak tidak senang hati.
" Habistu? Kenapa kau cuti?"
" Macam mana awak tahu?" Anisa bertanya laju.
" Dah tu, kau kan tengah terbongkang atas katil sekarangni," jawab Xaiden agak sarkastik.
" Apa ni perli-perli orang?" Anisa menjawab perlahan.
" Kau tak jawab lagi soalan aku," soal Xaiden sedikit dingin.
" Saya rasa macam tak berapa sihat harini, so saya ambil cuti sehari," jawab Anisa tidak bermaya.
" Ouhh macam tu," Sejurus itu, Xaiden terus meninggalkan Anisa begitu sahaja.
' Ouhh jer? Hmmm baik tak payah tanya. Last-last tinggal aku juga,' Anisa mencebik sendiri. Tak romantik langsung. Tadi dia sempat berangan yang Xaiden nak jaga dia. Hampeh!
Dia sakit apa? Sakit hati. Sakit otak dan seluruh tubuh dia dalam kesakitan. Peristiwa semalam mengganggu mindanya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi malam tadi. Selepas itu, dia langsung tidak dapat melelapkan mata.
Kerana peristiwa semalam juga, entah mengapa hampir seluruh badannya dalam kesakitan. Dia bukan nya bertomoi pun dengan penyangak durjana tu.
" Aku tumbuk dia sikit jer rasanya, tapi kenapa separuh badan aku ni sakit sangat?" Anisa bertanya sendiri.
" Kau tumbuk siapa?" Bulu roma Anisa mencacak apabila mendengar suara seseorang yang amat dikenalinya.
" Sa-saya, tak ada apa-apalah, kenapa awak dekat sini? Saya ingat awak pergi kerja," Anisa mengubah topik perbualan.
" Kau kan sakit? Nanti kalau aku pergi kerja kau dekat sini tiba-tiba pengsan muntah darah ker, siapa yang susah?" Anisa sempat berasa takjub dengan sikap prihatin lelaki itu sebelum perkataan 'pengsan muntah darah' itu keluar. Tak romantik langsung!
" Ish apa awak ni? Tak ada contoh lain ker? Sampai muntah darah pula," Anisa mencebik membuatkan Xaiden tersenyum nipis.
" Ni aku buatkan kau breakfast," Xaiden meletakkan tray ke atas riba Anisa.
" Sandwich?"
" Yelah, aku tak tahu nak masak bubur macam mana. Kang terbakar rumah aku kerana semangkuk bubur . Aku tak nak ambil risiko," jawab Xaiden panjang lebar. Anisa yang sedang mengunyah sandwich mula ketawa kecil. Entahlah apa yang kelakar bagi Anisa. Dia cuma berasa senang hati mendengar Xaiden mengomel macam pak cik-pak cik.
" Hmmm sedaplah sandwich ni. Awak nak?" Anisa menyuakan sandwich kepunyaannya di hadapan mulut suaminya. Tanpa sebarang bicara, Xaiden membuka mulut dan Anisa menyuapkan sandwich itu ke dalam mulut suaminya.
Selepas 5 minit, 3 keping sandwich di atas pinggan licin dihabiskan Anisa. Kesian dia. Lapar.
Sepanjang masa itu tiada sebutir bicara yang keluar daripada mulut Xaiden membuatkan Anisa berasa sedikit janggal.
" Awak- " baru saja ingin memulakan perbualan, Tubuh Anisa kaku apabila Xaiden bertindak memeluknya erat.
" Kau tak ada apa-apa nak cerita dekat aku ker Anisa? Semalam kau pergi mana? Kenapa dengan tangan kau? " soalan yang keluar dari mulut Xaiden membuatkan Anisa rasa terpanar. Tanpa dipinta, air jernih mengalir di tubir mata gadis itu. Ketika itu juga pelukan Xaiden lebih erat buatnya.
Selepas hampir sepuluh minit Anisa melepaskan rasa berat di dadanya pada bahu Xaiden. Dadanya terasa sedikit lapang.
" Nisa?" Nama itu disebut buat sekian kalinya.
Xaiden menggerakkan tubuh Anisa untuk menghadapnya. Jelas dilihat mata yang merah beserta air mata yang masih bertakung di tubir mata. Air mata gadi itu diseka dengan penuh kasih.
" Aku tak paksa kalau kau tak nak bagitahu aku. Tapi tolong jangan buat perkara macam semalam lagi. Kau tak tahu betapa resahnya aku cari kau sana sini. Jangan buat macam tu lagi okay?" Ujar Xaiden lembut dan Anisa hanya mengangguk seperti anak kecil.
Keluhan kecil terbit di hujung bibir lelaki itu dan dia sekali lagi memeluk Anisa erat. Anisa hanya mengikut segala gerak-geri suaminya.
" Aku ni dah lah tak pandai jaga orang. Dulu aku pernah jaga kucing, landak dan hamster, Tapi,"
" Tapi?" Soal Anisa
" Semua mati tak sampai seminggu," Xaiden pula yang mencebik kali ini.
" Alololo... kesian dia," usik Anisa mencubit kedua-dua belah pipi Xaiden. Namun lelaki itu hanya membiarkan sahaja perlakuan isterinya terhadapnya. Rindu...
Dia rindu sisi Anisa yang sebegini. Dia rindukan suaranya, tawa dan omelannya. Dia rindukan Anisa Fazira.
To be continued...
Sorry for the late update. Please Enjoy🥰
Comments and votes okayy...
![](https://img.wattpad.com/cover/225261023-288-k228111.jpg)
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...