Bab 42 : KERANA DENDAM

110 12 0
                                    

Hai korang!! mesti ada yang tertunggu-tunggu cerita saya kan?
Sorry sebab dah lama tak update. Jadi harini saya akan sambung update saya dan insya Allah update seterusnya tak lama lagi. Hope you enjoy🥰
______________________________________

Ting!

Notifikasi yang masuk melalui telefon Aaron menghentikan kerjanya.

' Assalamualaikum hubby, Laila minta maaf sebab tak minta izin hubby dulu. Tapi Laila kena hadir khusus penting di Perak dan kami dah bertolak pun,' Setelah membaca mesej yang diberikan oleh isterinya Laila, laju sahaja jarinya menaip sesuatu pada screen telefon untuk menjawab.

' Waalaikumussalam. Tak apalah ayang, hubby izinkan. Berapa lama khusus tu?' Soal Aaron.

' Tak lama pun hubby, tiga hari dua malam jer. Lusa Laila dah balik KL,'

' Okay kalau macam tu, ayang hati-hati yer dekat sana. Apa-apa just call hubby okay,'

' Okay hubby, terima kasih yer. Hubby pun jaga diri, Assalamualaikum,'

' Waalaikumussalam,'

Perbualan mereka akhirnya terhenti disitu. Disebalik bunyi bising televisyen, tangisan seseorang akhirnya pecah tanpa dipinta.

Dia hanya mampu berbohong kepada Aaron demi menutup segala masalah yang bakal menimpa suaminya berpunca dari dirinya sendiri. Dendam yang akhirnya memakan diri.

Flashback,

' Vroom!!!'

Kedengaran bunyi beberapa buah kereta yang pecut meninggalkan sebuah tempat.

Tidak jauh dari situ, seseorang sedang memerhati kejadian tersebut dengan senyuman sinis. Rancangan pertamanya berjaya tanpa sebarang cacat cela.

Mendengar sahaja telefon pintarnya berdering, dia terus mengangkat panggilan tersebut.

" Boss, kami dah pastikan yang dia tak sedar,"

" Aku tahu. Sekarang ni korang jangan buat apa-apa selagi aku tak arahkan," panggilan tersebut terus dimatikan. Topi yang dipakainya segera dibuka, rambutnya yang diikat ponytail juga dilepaskan sebelum dia melangkah ke arah lelaki yang terlantar di atas jalan raya dengan lumuran darah.

" Encik, encik tak apa-apa ker? Saya panggilkan ambulans yer," Nurin Laila bertanya dengan suara yang lembut sambil menampar-nampar pipi Aaron perlahan untuk mengetahui sama ada gerangan di hadapannya masih sedar atau tidak.

...

" Encik, hari ni saya nak bagi ubat tambahan dekat encik yer," ujar Laila kepada Aaron yang terlantar di atas katil pesakit.

" Nurse, saya rasa tangan saya sakitlah. Sampai tak boleh nak makan ubat. Kalau hari ni cik nurse suap saya boleh?" soal Aaron mengada membuatkan Laila menyumpah seranah lelaki itu di dalam hatinya.

" Rasanya tangan encik yang belah kanan tu tak sakit pun. Jadi lebih baik encik makan sendiri," Laila menolak namun masih diselitkan dengan senyuman manis.

" Ishh! Kalau awak tak nak suapkan saya tak nak makan ubat," tiba-tiba perangai kanak-kanak milo dia keluar. Dengan muncung itik dia yg mengalahkan bucu menara KLCC, Laila rasa macam nak tembak jer dia dengan senapang gajah masa tu. Mengada!

" Hmmm kalau macamtu, harini Encik tak payah makan ubatlah, kita cucuk jer okay?"

" Cu...cucuk?" Sekelip mata wajah Aaron berubah riak. Laila pula memandang Aaron dengan senyuman sinis, syringe dan jarum dikeluarkan dari plastik. Setelah mengikut satu persatu prosedur untuk memasukkan cecair ke dalam syringe dan sengaja ditekan sedikit supaya cecair tersebut memancut keluar dari hujung jarum suntik.

Pada masa yang sama, Aaron perlahan-lahan berundur semakin jauh dari Laila sambil menelan air liur kasar. Baru sahaja lengan Aaron disentuh Aaron menjerit an menepis tangan Laila kasar.

" Arghh! Jap jap, okay sa...saya makan ubat sendiri jelah. Tiba-tiba tangan ni jadi kuat," Aaron sengaja meregang-regangkan tangannya bagi membuktikan bahawa dia boleh makan ubat sendiri. Laila pula sudah ketawa di dalam hati. Macam-macamlah pesakit dia yang sorang ni. Mafia konon...

" Ouhh okay, Encik makan sekarang. Saya ada banyak kerja lagi ni,"

Aaron terus mencapai beberapa biji ubat yang dihulurkan padanya dan makan tanpa banyak bicara.

" Encik rehat yer, lepas ni kalau tangan tu rasa lenguh lagi bagitahu jer. Saya akan sediakan jarum untuk Encik," senyum Laila dengan perlian pedas.

" Terima kasih jelah, saya nak rehat. Bye!" Sejurus itu, Aaron terus berkerubung ke dalam selimut. Laila yang menyaksikan kelakuan Aaron hanya tersenyum sinis.

' Nampaknya mangsa dah masuk perangkap. Pantang betul nampak perempuan,' keji Laila serius pula kali ini. Ya, itulah misi utamanya. Dengan berada dekat dengan Aaron dan menyiksanya secara halus.

To be continued...

Comments and votes okayyy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now