"Oooo balik kampungg!! Ooo balik kampung..!! Ooo balik kampung..! Hati girang..." Anisa dan keluargnya menyanyi dengan riang sambil mendengar lagu yang didendangkan melalui siaran radio.
Dah lama diorang tak balik kampung, bila ayah dapat cuti raya. Anisa dan keluarga berpeluang untuk beraya di kampung.
Tiba-tiba ringtone telefon ayahnya berbunyi dan mengganggu kosentrasi antara mereka.
"Mari saya angkatkan," kata Puan Dania ibu kepada Anisa. Telefon yang baru sahaja ingin diangkat ditepis oleh Encik Taufiq.
"Kenapa dengan awakni? Biarlah saya tolong angkatkan dah awak sibuk drive sekarangni," kata Puan Diana tidak berpuas hati. Macam nak rahsiakan sesuatu pula.
"Tak payahlah, tak penting pun. Mengganggu jer," kata Encik Taufiq ingin menenangkan keadaan.
Anisa yang dari tadi bermain dengan anak patung hanya bergeleng perlahan melihat pertelingkahan kecil ibu bapanya itu.
"Hmmm yelah, saya ni siapa nak tolong awak.." kata Puan Diana pula berkecil hati. Sejurus itu, posisi diubah menghadap ke tingkap.
"Ala...sayangni janganlah cakap macamtu," pujuk Encik Taufiq sambil cuba untuk memegang bahu isterinya.
"Ayah depan tu ada kucingg!" jerit Anisa secara tiba-tiba dan ayahnya terus memulas stereng laju Cuba untuk mengelak. Namun...
"Prangg!!"
Keretanya terbabas dan melanggar sebuah pokok yang besar.
"Ibu...? Ayah?" Panggil Anisa lemah sambil cuba mencapai ibu bapanya yang sudah tidak sedarkan diri di tempat duduk hadapan.
"Ibu? Ayah?"
"Ibu! Ayah!"
Tangan Anisa tergapai-gapai ke udara walaupun matanya masih jelas tertutup. Erika yang kebetulan berada di sisinya terus cuba menenangkan Anisa yang semakin meracau.
Beberapa detik kemudian akhirnya Anisa tersedar, dilihat sekelilingnya yang serba putih.
Kat mana lagi yang putih selain hospital?
Kenapalah diorang tak cat warna kuning? Pink ker? Kan ceria gituww?!!'Mimpi rupanya...' monolog Anisa sendiri sambil perlahan meraut wajahnya.
"Kau okay tak Anisa?" Soalan dari seseorang membuatkan dia beralih. Senyuman nipis terukir pada wajah pucat Anisa.
"Kenapa kau menangis ni?" soal Erika sedikit ralat. Dia tahu Anisa menderita kerana sesuatu, tetapi bila disoal ada saja Anisa menyimpang pada perkara lain.
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...