Bab 34 : ORANG TUA TAK SEDAR DIRI

113 18 3
                                    

" Kau keluar Dahlia! Sampai hati kau tipu aku!" tengking lelaki separuh abad itu lagi semakin menggila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kau keluar Dahlia! Sampai hati kau tipu aku!" tengking lelaki separuh abad itu lagi semakin menggila. Yang peliknya, tidada sesiapa yang perasan kehadiran lelaki itu sejak tadi, tiba-tiba sahaja mahu membuat onar di situ.

" Pak Cik kenapa ni? Tersalah rumah ker? Kalau Pak Cik sesat mari saya tolong tunjukkan jalan," tegur Damian menenangkan keadaan yang riuh sebentar tadi. Disebabkan Pak Cik tulah dia tak boleh nak concentrate main PUBG.

" Kau jangan ganggu aku, aku sekarang tengah cari tuan rumah ni. Mana dia? Dahlia! Woi penipu!" panggil lelaki itu lagi dengan kemarahan yang sudah mencapai tahap maksima.

" Haji Daud? Kenapa haji menjerit-jerit depan rumah orang ni? Tak tahu malu ker?" tegur Anisa pula.

" Anisa, kenapa Anisa tak nak kahwin dengan abang? Sepatutnya Anisa terima pinangan abang, bukan lelaki lain! Sampai hati Anisa buat macamni," Haji Daud mencengkam kedua bahu Anisa seraya menyoal dengan hati yang panas membara. Xaiden dan Anisa terus memandang satu sama lain dengan pandangan yang sukar ditafsir.

" Pak Cik, saya rasa Pak Cik tersilap makan ubat ni, sebab itulah jadi meroyan macam ni. Apa kata Pak Cik balik dulu tenangkan fikiran," ujar Mark pula ingin menenteramkan keadaan.

" Kau kenapa buat kecah dekat rumah aku ni?" soal Mak Su menjengol ke luar tingkap. Sudahlah tetamu kehormatnya turut berada di situ, habis jatuh air mukanya kerana diserang dan dituduh penipu oleh lelaki separuh abad itu.

" Kau tanya kenapa? Sepatutnya aku yang kahwin dengan anak saudara kau ni. Tiba-tiba aku dengar khabar berita dari orang kampung yang ada orang lain masuk merisik Anisa harini," beritahu Haji Daud dengan wajah merah padam.

Tan Sri Aryan dan Puan Sri Melissa mula berwajah tegang setelah mendengar apa yang dikatakan lelaki yang hampir sebaya dengan mereka.

" Apa maksud Haji tu Dahlia?" soal Puan Sri Melissa agak keras membuatkan wajah ibu saudara Anisa berubah keruh.

" Sebenarnya,-

" Dahlah tu, tak ada apa yang perlu dijelaskan sekarangni. Kau orang tua, berapa hutang perempuan tu dekat kau?" soal Xaiden setelah lama mendiamkan diri.

" 50 ribu," jawab Haji Daud sepatah. Xaiden tersenyum sinis mendengar jawapan lelaki tua dihadapannya kini. Benarlah apa yang dikatakan Anisa sebelum ini.

" Damian, ambil cek dalam kereta aku," arah Xaiden.

Tidak sampai seminit, sebuah buku cek dihulurkan pada Xaiden.

" Pen mana?" soal Xaiden lagi.

" Lah, kau suruh aku ambil cek jer, tak suruh aku ambil pen pun," jawab Damian lurus bendul.

Semua yang berada di situ sudah memandang Damian tajam. Waktu-waktu macamnilah nak tunjuk kebodohan dia tu. So, sekarangni salah siapa? Sila jawab di ruangan comments yer😉

" Nah," Mark muncul sebagai penyelamat seraya menghulurkan sebatang pen kepada Xaiden. Selepas itu, Xaiden menulis sesuatu ke dalam cek tersebut lalu dikoyakkan sehelai dan dihulurkan pada Haji Daud.

" Nah, aku sengaja bagi lebih. Aku just nak kau jangan ganggu Anisa dengan keluarga ni lagi," keras Xaiden memberi amaran kepada Haji Daud.

Melihatkan nilai yang tertera pada cek tersebut, mulut Haji Daud turut terkunci rapat. Hanya jelingan tajam diberikan kepada semua sebelum dia ingin melangkah pergi.

" Tunggu," tahan Xaiden lalu laju sahaja menuju ke arah Haji Daud.

" Kau sentuh keluarga ni, aku bunuh keluarga kau bila-bila masa jer. Ingat tu!" keras Xaiden bersuara membuatkan Haji Daud menelan air liur kasar.

" Kau...kau ugut aku ker?" soal Haji Daud memberanikan diri.

" Eh, taklah. Aku nasihat jer, jadi kau bolehlah berambus dari sini," Xaiden menghadiahkan senyuman sinis sebelum kembali ke arah semua yang berada tidak jauh dari kedudukannya dengan Haji Daud sebentar tadi.

" Kau cakap apa dekat dia?" soal Damian hairan. Tambahan pula setelah melihat reaksi Xaiden yang tersenyum seram sejak tadi.

" Aku bagi nasihat," jawab Xaiden sepatah.

" Sekarang ni Xaiden terangkan pada mama, apa yang sedang berlaku tadi?" soal Puan Sri Melissa kuat dari jendela rumah Mak Su, Dahlia. Pandangan tajam mama dan papa Xaiden membuatkan semua yang berada di situ turut kecut perut.

Xaiden mengeluh berat lalu melangkah masuk ke dalam rumah bersama yang lain.

...


" Sebenarnya-"

" Sebenarnya ini semua sebab Anisa," Anisa memotong percakapan Xaiden tanpa rasa bersalah. Dia rasa semua ini di bawah tanggungjawabnya, Xaiden hanya ingin membantu.

" Mama nak dengar dari mulut Xaiden," bidas Puan Sri Melissa lagi. Dan semua hanya mendiamkan diri, menunggu jawapan daripada hero Malaya dalam cerita ni.

" Xaiden dan Anisa berkahwin bukan sebab cinta," jawab Xaiden berterus-terang. Dia tak suka berlapik, cakap bagi faham sudahlah tak perlu berkias.

Anisa hanya tunduk menikus. Sejujurnya, rasa bersalahnya terhadap semua sudah menggunung ketika itu. Xaiden satu-satunya yang dapat diharapkan ketika itu.

" Kalau macamtu? Kenapa kamu berdua buat keputusan untuk berkahwin?" soal Tan Sri Aryan hairan.

" Sebab masalah Xaidenlah papa, Anisa jer yang sanggup jadi isteri segera Xaiden sekarangni," Puan Sri Melissa dan Tan Sri Aryan hanya mengeluh sambil memandang sesama sendiri. Perkara ini tidak boleh disalahkan pada Xaiden dan Anisa. Mereka hanya berusaha menyelesaikan masalah yang berat ketika itu.

" Tentang tadi Anisa?" soal Puan Sri Melissa kepada bakal menantunya pula.

" Tentang tadi-"

" Saya punca masalah tadi berlaku," potong Mak Su pula membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya.
Sekarangni semua main redah jer potong kan? Tak tengok kiri kanan dah.

" Apa maksud kamu Dahlia?' soal Puan Sri Melissa semakin rendah nadanya.

" Anak lelaki saya, dia berhutang dengan Haji Daud tu. Tapi dia dah habiskan duit tu dengan perkara yang merugikan. Disebabkan kami tak mampu nak bayar, Anisa dijadikan galang ganti. Saya pernah berjanji untuk kahwinkan Anisa dengan Haji Daud," terang Mak Su dengan rasa bersalah. Nampak sangat yang dia tu ibu saudara yang tak berguna sekarangni.

" Tak apalah, saya tak nak salahkan sesiapa. Saya pun sebenarnya memang berharap sangat Anisa dapat menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Jadi kita lupakan sahaja apa yang terjadi," tutur Puan Sri Melissa menjernihkan keadaan. Puan Sri Melissa menggenggam tangan Anisa dengan senyuman yang sungguh bermakna.

" Walaupun perkahwinan tanpa cinta, mama yakin kamu akan bahagia selepas ini. Bercinta selepas kahwin kan lebih indah," mendengar kata-kata itu membuatkan Anisa tersenyum palsu. Ya, diharapkan begitulah masa depan mereka nanti.

To be continued...

Hai korang! Rindu saya tak? I'm truly really sorry sebab dah lama tak update bab baru cerita ni. Maklumlah, sejak sekolah dah bermula ni, sibuk dia tu mengalahkan orang nak ambil SPM. Ceh, memang pun. Tapi hujung tahun ni Insya Allah. Doakan kejayaan saya yer. Thank you sebab sudi menunggu dan menjadi pembaca setia sampai sekarang. So, esok saya akan published double bab terus. Harap-harap dapatlah. Okay, dah takut jadi karangan pulak.😂 Esok sambung lagi yer... Bye!!

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now