"Happy Birthday Zhalika Irene!" ucap Anisa memeluk puteri kepada sahabatnya. Hari ini Erika dan Xander Ada buat birthday party di rumah Tan Sri Aryan dan Puan Sri Melissa. Macam yang semua tahu, harini birthday Irene.
"Thank you aunty Anisa," balas Irene dengan senyuman manis bak gula melaka.
"Mama mana?" soal Anisa lagi sambil mata memerhati sekeliling. Walaupun dah pernah datang ke situ sebelum ini, baru dia sedar betapa cantiknya perkarangan rumah agam milik kedua ibu bapa mertua Erika. Tambahan pula apabila dihias cantik kerana majlis pada malam ini. Macam istana!!
"Mama dekat beyakang. Tengah layan tetamu," tanpa membuang Masa, Anisa terus melangkah ke halaman rumah belakang mencari Erika yang sudah sekian lama tidak bersemuka. Memandangkan mereka berdua masih berkerja dan Erika pula sudah berumah tangga. Makin susah untuk mereka bertemu.
Dalam perjalanan ke belakang, tiba-tiba Anisa ternampak seekor haiwan yang berbulu lebat melintas di hadapannya, Tak pasal-pasal dia terjerit sedikit. Selamatlah masatu tiada sesiapa berdekatan, kalau tidak. Malulah dia...
"Erika!" panggil Anisa mendekati sahabatnya itu lalu berpelukan mesra.
"Wei, bila masa kau bela kucing ni?" soal Anisa kurang berpuas hati. Korang rasa haiwan berbulu apa yang melintas dekat depan Anisa tadi?
"Ouhh..tu anak aku Irene yang nak sebagai hadiah birthday dia tahun ni. Lupa nak bagitahu kau awal-awal." Jawab Erika tersengih sendiri. Lupa pula Anisa ni takut dengan kucing. Dia punya takut tu bukan biasa-biasa erk. Luar biasa...
"Hmm...yelah. Mana Puan Sri-"
"Anisa!" Sapa seorang wanita dari belakangnya terus dia berpaling laju ke belakang.
"Eh, Puan Sri Melissa... saya baru nak cari puan," ujar Anisa menyalam tangan wanita separuh abad itu dengan hormat.
"Alahh...kamu ni, kan saya dah cakap panggil mama jer," tegur Puan Sri Melissa dengan senyuman ikhlas.
"Maaflah Puan Sri, saya tak biasa," jawab Anisa segan. Puan Sri Melissa hanya mengangguk tanda faham.
"Saya nak ambil air. Puan nak juga ker?" soal Anisa lemah lembut.
"Tak pelah, kamu ambil untuk kamu jer. Layan dirilah yer..." Anisa mengangguk perlahan lalu melangkah ke tempat terletaknya sebekas air minuman untuk para tetamu berhampiran dengan kolam renang rumah mereka.
Sedang Anisa leka meneguk air, tiba-tiba kakinya terasa seperti ada sesuatu yang sedang menggesel. Dengan rasa takut dia memandang ke bawah dan-
"Arghhh!!" jeritan Anisa menarik perhatian tetamu lain yang berada di situ dan Anisa sudah terjatuh ke dalam kolam secara mengejut.
Erika yang terkejut dengan kejadian itu terus melaung meminta tolong. Fakta baharu, Anisa tak boleh berenang!!
Apabila melihat tangan Anisa yang sudah terkapai-kapai hampir kelemasan, tiba-tiba muncul seseorang menerjun ke dalam kolam.
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...