Bab 29 : AKU TAK NAK!

104 18 3
                                    

" Assalamualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Assalamualaikum..." Anisa memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Akhirnya, dia balik jugak ke kampung halaman tercinta!

Taklah, kalau diikutkan dia tak nak balik pun. Tapi tiba-tiba Mak Su paksa dia balik lepas subuh tadi. Dan terpacaklah dia dekat depan pintu rumah pukul 8:30 pagi ni. Nak sarapan pun dah tak sempat.

Flashback,

Anisa yang baru sahaja selesai solat subuh melabuhkan punggung di birai katil. Semalam dia tak mimpi apa-apa, so dia decide tak nak balik kampung. Tidur lagi bagus, balik kampung pun banyak mendera perasaan dia jer dengar Mak Su kesayangan dia tu membebel. Semua benda salah, menyemak!

Tanpa membuang masa, Anisa terus baring di tempat tidurnya kembali. Alang-alang tak ada kerja ni, dia nak tidur puas-puas. Dah hidup sorang-sorang sekarangni, tak payah nak menyusahkan diri sangat. Breakfast makan roti sapu kata pun bahagia sampai ke anak cucu. Eh?

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, tiba-tiba bunyi ringtone telefon yang just dari sisinya terus membuatkan dia terjaga semula.

" Ishhh! Orang nak tidur pun tak senanglah!" pekik Anisa sendiri dan lambat-lambat menjawab panggilan tersebut.

" Assalamualaikum,"

" Waalaikumussalam, hmmm nak apa?" soal Anisa tidak berlapik.

" Kamu sibuk ker sekarangni?" soal suara dari sebalik gegendang telefon pula.

" Tak," jawab Anisa singkat sambil menggosok matanya masih dalam keadaan mamai.

" Kalau macamtu, kamu balik kampung harini boleh? Ada benda penting yang Mak Su nak bagitahu ni," mendengar sahaja perkataan 'kampung', mata Anisa terus terbuka luas. Nama yang tertera pada screen dipandang sekali lagi untuk kepastian.

" Alamak! Mak Su yang call ker? Aduhh, kenapa aku angkat?" Sungut Anisa menjauhkan diri daripada telefonnya. Anisa berjeda sebenar sebelum menyambung panggilan tadi.

" Penting sangat ker sampai nak kena balik kampung ni?"

" Penting sangat. Kamu balik kampung sekarang yer, Mak Su tunggu kamu. Bye, Assalamualaikum..."

Belum sempat Anisa berkata apa-apa, Mak Su telah menamatkan talian terlebih dahulu.

" Uwaaaa! Aku tak nak baliklah!" Anisa hanya meratapi nasibnya yang malang ketika itu lalu bangun untuk membersihkan diri dan bersiap apa yang perlu.

End flashback.

" Waalaikumussalam..." jawab Mak Su menyambut kepulangan Anisa dengan senyuman manis.

" Baguslah kamu dah balik," sambung Mak Su lagi mengambil beg baju dark tangan Anisa.

" Apa benda penting yang nak diberitahu tu? Sampai cakap melalui phone pun tak boleh," soal Anisa tanpa sempat untuk duduk.

" Alah, nantilah kita bincangkan. Kamu mesti penatkan? Ni sarapan tak lagi?" soal Mak Su mengubah topik.

" Belum..." lambat-lambat Anisa menjawab dan memandang Mak Su hairan.

" Kalau macamtu pergilah sarapan, harini Mak Su buat nasi lemak untuk kamu. Kamu kan dah lama tak rasa air tangan Mak Su," Anisa hanya menayangkan senyuman nipis sebelum menuju ke dapur untuk bersarapan.

Sebenarnya dia rasa tak sedap hati sekarangni, korang tak pelik ker kenapa Mak Su dia baik sangat layan dia kalini? Dahlah beg baju pun Mak Su dia yang tolong angkatkan masuk bilik. Lagilah dia rasa tak semangt hati, macam ada udang di sebalik batu.

...

" Sebulan! Syarat apa yang mengarut sangatni?" Xaiden meraut wajahnya kasar. Kalau inilah syarat yang ditetapkan untuk dia naik takhta, Baik dia membujang sampai tua. Jomblo Happy

" Alah, kamu kahwin jelah Xaiden. Mama boleh timang menantu cepat-cepat," jawab Puan Sri Melissa terlebih teruja. Yang lain pula sudah menepuk dahi, excited betul tu...

" Tapi mama-

" Tapi apa? Kamu tu dah 27 tahun tau! Abang kamu tu kahwin umur 24 dah nak dapat anak dua orang dah. Kamu?" Erika dan Xander memandang sesama sendiri dengan senyuman. Entah apalah yang diorang fikir.

Xaiden pula menelan liur kasar. Habis Puan Sri Melissa pecah tembelang, dia punyalah rahsiakan umur dia dekat semua reader. Nasib kaulah.

" Masalahnya, siapa yang nak jadi isteri Xaiden dalam masa sebulan ni? Dahlah baru kenal, tiba-tiba ajak kahwin. Gila!" Xaiden menghela nafas panjang. Ingat kahwin ni macam tukar baju jer ker? Alamak, cliche pulak ayat tu. Hahahaggagag!!!

" Tak apa, soal bakal isteri kamu biar mama yang carikan," jawab Puan Sri Melissa semakin bersemangat.

" Tak payahlah, biar dia cari sendiri. Diorang nak kahwin bukan sehari dua," larang Tan Sri Aryan bernada lembut.

" Ish, malaslah nak fikir pasalni. Arif nak fikir masak-masak. Hah Erika, alang-alang kau ada dekat sini pergilah masak untuk makan tengah hari. Aku lapar," arah Xaiden selamba lalu memanjat anak tangga ke tingkat atas. Erika pula mendecit geram, ingat dia ni orang gaji ker? Tak pasal-pasal nasi tak dapat, kaki yang dia bagi.

To be continued...

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now