Bab 37 : KAU ADA AKU

127 17 5
                                    

" Anisa," di dalam suasana yang hanya diselubungi warna putih dan tenang, sebuah suara memanggil-manggil namanya dari suatu arah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Anisa," di dalam suasana yang hanya diselubungi warna putih dan tenang, sebuah suara memanggil-manggil namanya dari suatu arah.

Namun dia hanya mampu tercari-cari suara itu dari segenap ruang, tiada langsung jalan keluar untuknya. Sehinggalah tiba-tiba dirinya terasa lemas tanpa sebarang sebab.

Terus mata Anisa terbeliak luas sambil tercungap-cungap mencari nafas. Dilihat dirinya yang sudah lencun di atas katil, terus dipandamg ke arah sisinya ketika itu. Seperti yang dijangka, seorang lelaki sedang memegang sebuah cebok dengan wajah selamba.

" Aku kejut kau dekat setengah jam, kau mampus ker?" soal Arif Xaiden tanpa rasa bersalah. Anisa tidak menjawab, hanya tunak matanya menikam wajah lelaki itu sejak tadi. Kurang asam jawa gelugoq! Tak pasal-pasal orang lain yang mampus pagi-pagi buta ni.

" Bangun subuh, aku tak nak dosa aku bertambah sebab tak kejut kau solat subuh," ujar Xaiden melipat lengan bajunya yang agak basah kerana baru sahaja mengambil wudhu'.

" Kau tak ada cara lain ker? kalau aku mampus betul-betul macam mana?" Anisa menjawab kasar. Panggilan 'saya dan awak' terus berubah pada 'aku dan kau'. Anisa turun dari katil lalu mencapai sehelai tuala. Tak pasal-pasal kena mandi pagi-pagi.

" Aku yakin setakat simbah air pakai cebok tak akan membawa maut punya," jawab Xaiden tanpa reaksi dan Anisa hanya mendecit geram. Selamatlah si Xaiden tu simbah dia untuk kejut solat subuh. Kalau untuk benda yang tak berfaedah, dah lama dia kena humban dalam penjara, sebab dituduh bunuh suami selepas sehari bernikah.

Tak ada lagikan kes macam tu? Kalau Anisa buat mesti popular dalam masa sehari.

" Kita solat berjemaah boleh?" soal Anisa dengan intonasi yang lebih rendah kali ini.

" Sepuluh minit," jawab Xaiden laju membuatkan Anisa tersenyum suka. Namun bukan itu sahaja sebabnya, ada lagi rencana lain yang menerjah mindanya ketika itu.

Papp!

Lengan Xaiden ditampar kuat sebelum dia berlari keluar dari bilik. Xaiden yang masih terkejut dengan perbuatan drastik gadis itu mengetap rahangnya kasar. Memang berani matilah perempuan tu.

" Eh Jap, dia tampar lengan aku ker?" Xaiden melihat ke arah lengannya yang tidak berlapik. Beberapa saat dia memproses sesuatu dan akhirnya,

" Woi wudhu' aku dah batal! Tak guna punya perempuan!" tempik Xaiden kuat sehingga bergema seluruh rumah.

Anisa yang mendengar suara Xaiden dari jauh hanya bernyanyi senang sambil membuka pili air untuk mula membersihkan diri.

...

" Kenapa Arif terjerit pagi tadi?" soalan Puan Sri Melissa menghentikan Xaiden dan Anisa yang sedang asyik menikmati sarapan pagi.

Mata Xaiden dan Anisa bertembung seketika namun dalam keadaan yang berbeza. Xaiden memandang Anisa tajam manakala Anisa memandang nakal ke arah Xaiden. Hanya mereka yang mengerti maksud pandangan itu.

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now