Bab 50 : BEBAN

124 8 2
                                    

Xaiden's POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Xaiden's POV

" Xaiden!" panggil Anisa separuh menjerit lantas memegang suaminya itu daripada tersembam ke atas lantai.

Anisa memapah Xaiden sehingga ke sofa ruang tamu mereka. Ketika itu, wajah Xaiden sudah semakin pucat dan berpeluh membuatkan Anisa bertambah resah.

Dengan kerisauan yang menggunung, laju sahaja Anisa melekapkan belakang tapak tangannya ke atas dahi suaminya. Seperti yang dijangka, Xaiden demam panas.

Anisa melonggarkan sedikit tali leher Xaiden. Stoking lelaki itu turut dibukanya perlahan. Xaiden tidak berkata apa-apa, dia hanya tersandar di sofa dan sesekali menutup matanya.

Flashback,

" Selamatlah Fahmi ada salinan document presentation tu. Kalau tak sia-sia jer kerja kita selama ni," ujar Xander dengan wajah yang bengang.

" Aku... Sorrylah, bukan aku sengaja tertinggal document tu. Kau pun tahu aku terlambat pagi ni," jawab Xaiden tenang walaupun suasana diantara dia dan Xander sudah panas.

" Itulah alasan kau. Tak pernah ker sekali kau ambil serious tentang syarikat ni? Ini baru hal syarikat. Kalau hal empayar kita kau buat macam ni jugak ker?"

End flashback.

Xaiden melepaskan keluhan berat sebelum seseorang menghulurkan segelas air kosong untuknya.

" Nah minum dulu," lambat-lambat Xaiden mencapai gelas tersebut dan air itu diteguk rakus.

" Awak demamlah. Ni mesti sebab awak overworked sangat. Awak makan tak lagi malam ni?" Soal Anisa bertambah risau.

" Belum," jawab Xaiden mendatar.

" Seriously Xaiden? Takkan lah sibuk sangat sampai tak-"

" Aku tak rasa laparlah. Kau jangan risau sangatlah," potong Xaiden. Dapat didengar Anisa yang mendecit geram kerana sikapnya.

" Jomlah naik atas," ajak Anisa dan dia hanya mengangguk.

Namun Xaiden yang baru sahaja ingin berdiri terhenti apabila melihat Anisa membongkok di hadapannya.

" Apa yang kau buat ni?" Soalnya hairan.

" Saya nak angkat awaklah. Jom," jawab Anisa serious. Xaiden pula sudah berkerut dahinya. Biar betul perempuan ni?

" Kau nak tulang belakang kau patah ker?" Soal Xaiden tidak percaya dengan tindakan isterinya ketika itu.

" Ishhh! Jangan risaulah. Saya okay. Awak naik je belakang saya ni,"

" Tak naklah! Aku boleh jalan sendiri,"
Bantah Xaiden ingin berdiri dari tempat duduknya namun cepat ditolak oleh Anisa sehingga dia terduduk kembali.

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now