Bab 57 : FOR YOU

71 7 0
                                    

Xaiden menekan kuat padel minyak keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Xaiden menekan kuat padel minyak keretanya. Selepas sahaja mendapat berita daripada Mark, Xaiden terus menuju ke lokasi yang diberitahu kepadanya.

10 minit berlalu, akhirnya dia tiba di tempat yang dituju. Sebaik sahaja dia keluar dari kereta, jelas kelihatan sekujur tubuh yang sedang duduk membelakanginya. Tidak disangka Anisa kini berada di tempat kegemaran Arif Xaiden yang selalu dikunjunginya ketika ingin menyendiri.

Seketika dunianya terasa aman. Hatinya berasa lega melihat keadaan Anisa ketika itu. Namun lama kelamaan rasa amarah pula mengambil alih. Perlahan dia menuju ke arah gadis itu dengan wajah yang serius.

" Jadi kau dekat sini?" Soalan daripada Xaiden mengejutkan Anisa yang sedang sibuk melayani perasaannya sendiri.

" Xaiden, ma-macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" Soal Anisa yang kini berdiri di hadapan suaminya.

" Jadi? Kau memang tak nak aku tahu kau dekat mana?" Soal Xaiden semakin serius.

" Bukan macam itu maks-"

" Kau kata nak balik lambat sikit. Sekarang dah pukul 12 malam tau! Aku call kau kenapa kau tak reply?"

" Phone sa-saya habis bateri," jawab Anisa menunduk.

" Jadi kenapa kau tak balik? Lama aku tunggu kau. Kau tahu tak betapa risaunya aku? Aku cari kau macam orang gila tahu tak?" Soalan Xaiden yang bertubi-tubi membuatkan Anisa bertambah rasa bersalah.

" Look at me when I'm talking to you!" Arah Xaiden apabila Anisa masih menunduk dan berdiam.

Akhirnya anak mata mereka bersatu. Namun pandangan Anisa terhadapnya ketika itu meluluhkan hatinya.

Tanpa Anisa sedari air matanya mengalir perlahan.

" Hei ke-kenapa kau nangis? A-aku tanya jer," Xaiden pula yang rasa bersalah. Wajah Anisa ditekup sebelum air mata gadis itu diseka menggunakan ibu jarinya.

" Isk...isk...Sa-saya mintak maaf Arif," ucap Anisa luluh sambil memeluk Xaiden erat. Pada masa yang sama, Xiden terkejut dengan tindakan dan nama panggilan yang diberika isterinya. Dia hanya membatu. Beberapa saat kemudian, Xaiden mengurut belakang badan Anisa bagi menenangkannya.

" Aku maafkan kau. Tapi tolonglah jangan buat macam ni lagi. Aku memang takut kalau apa-apa jadi dekat kau,"

" Saya faham. I'm really sorry Arif," ucap Anisa menyembunyikan wajahnya pada dada bidang lelaki itu.

" It's okay... Sekarang jom kita balik. Kau balik dengan aku,"

" Kereta saya macam mana?"

" Nanti aku uruskan. Sekarang kita balik dulu, dah lambat sangat sekarang ni," ujar Xaiden lembut sambil menarik tangan Anisa sehingga ke keretanya.

Semasa di dalam perjalanan, kedua-dua mereka menyepi. Sesekali Xaiden memandang ke arah Anisa yang hanya membuang pandangan kosong di luar tingkap keretanya sehingga kini.

Tetapi, pandangannya jatuh pula pada tangan isterinya yang kelihatan sedikit berbeza dari kebiasaannya.

" Kenapa dengan tangan kau?" Soal Xaiden lantas menyentuh tangan isterinya.

" Tak tak ada apa-apa, saya terkapit pintu pejabat tadi," Anisa menarik tangannya laju lalu disembunyikan dari padangan Xaiden.

" Terkapit pintu? Sini aku tengok," Xaiden mencapai tangan Anisa namun ditarik oleh gadis itu.

" Saya tak apa-apa, awak sambung jer drive tu," Xaiden hanya mengangguk. Dia menyambung pemanduannya kembali.

15 minit kemudian,

" Okay kita dah sampai," beritahu memandang ke Anisa. Namun tiada sebarang sahutan kerana Anisa sudah lama melelapkan mata.

Xaiden tersenyum suka sambil memerhati setiap inci wajah isterinya.

Tidak mahu mengejutkan gadis itu, dia sendiri mengangkat isterinya sehingga ke bilik tidur.

Sebelum keluar, Xaiden mencapai kotak first aid kit dan duduk di atas lantai bersebelahan dengan tempat tidur Anisa.

Tangan Anisa yang luka tadi diraih lembut. Xaiden hairan seketika melihat luka pada tangan Anisa yang kelihatan agak serius baginya.

' Betul ker dia terkapit pintu? Kenapa penumbuk dia yang terluka teruk ni?,' monolog Xaiden sendiri namun dia hanya terus merawat luka isterinya tanpa membuat sebarang bunyi yang boleh mengejutkan gadis itu.

Sebelum keluar, kepala Anisa diusap lembut dan dia mengucapkan kata-kata yang sentiasa diucapkannya setiap malam ketika isterinya sedang enak dibuai mimpi.

" Goodnight Nisa..."

Flashbacks Anisa's POV,

" Cik," Anisa terkejut apabila seseorang menyentuh bahunya laju. Tanpa membuang masa, tangan yang menyentuhnya itu dikilas laju menyebabkan orang yang dibelakangnya meraung kesakitan.

" Arghhh! Cik! Sa-saya nak pulangkan barang Cik yang terjatuh ta-tadi!" Terang seorang lelaki sambil menahan kesakitan. Lelaki itu tidak membalas apa-apa serangan kerana dia hanyalah seorang lelaki biasa yang tidak mempunyai niat buruk terhadapnya.

" Ya Allah, Sa-saya mintak maaf encik. Saya ingatkan siapa tadi," ucap Anisa rasa bersalah lalu melepaskan tangan lelaki itu perlahan.

' Aduh tulah, kenapa tak panggil aku dari jauh jer? Sentuh aku dari belakang pula. Author lah ni, tiba-tiba buat cerita suspens cliche!' monolog Anisa tidak berpuas hati.
Author pula sedang menangis di bucu katil.
Sedihnya! Aku nak menghangatkan situasi jer! Uwaaa!

" Tak apalah, saya pun salah. Tak panggil Cik awal-awal. Saya tahu Cik terkejut," Anisa hanya tersenyum nipis mendengar kata-kata lelaki itu. Baru nak terfikir? Haihh author ni...

" Ini, Cik terjatuhkan kunci kereta dekat depan pintu hospital. Jauh saya mengejar,"

" Ouhh ye ker? Patutlah saya cari kunci tak jumpa. Terima kasih yer dan saya minta maaf sekali lagi," ucap Anisa sekali lagi.

" Tak apa, saya pergi dulu yer," Anisa hanya mengangguk sambil menghantar pemergian lelaki itu dengan ekoran mata.

Anisa menghembus nafas lega lalu masuk ke dalam perut keretanya.

Perlahan-lahan keretanya berjaya keluar dari perkarangan hospital dan dia terus bergerak laju untuk pulang ke rumah. Memandangkan waktu itu jalan raya akan menjadi sangat sibuk kerana ramai yang sedang pulang dari kerja.

Beberapa minit kemudian, Anisa berasa ada sesuatu yang pelik sedang berlaku. Dia memandang cermin pandang belakang beberapa kali dan laju memotong kenderaan di hadapannya serta menyelit ke dalam setiap ruang kosong yang ada di tengah jalan raya. Seperti yang dijangka, kali ini ada orang juga yang mengekorinya untuk pulang ke rumah.

Anisa mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon seseorang namun hampa, telefon pintarnya sudah kehabisan bateri.

Beberapa minit cuba menghilangkan diri dari kenderaan yang mengekori di belakangnya, Anisa merencana sesuatu yang bernas. Tanpa membuang masa, sebuah tempat dituju.

Anisa tiba di hadapan rumah sewanya. Walaupun hatinya sudah tidak keruan apabila mengetahui bahawa dia masih diekori sehingga kini, Anisa terus bersahaja membuka pagar rumahnya dan masuk ke dalam rumah. Mujur kunci rumah sewanya sentiasa ada bersamanya.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki yang berpakaian serba hitam merosakkan kunci pintu hadapan rumahnya dan masuk seperti seorang penyangak.

" Siapa kau?" soal seseorang dari belakangnya.

Lelaki itu berhenti apabila merasakan kepalanya sedang diacu oleh sepucuk pistol dari belakang.

To be continued...

Comments and votes okayy...

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Where stories live. Discover now