⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat...
Beautiful Cover by: @btrisyanjiha
-Siri Kedua-
Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Anisa melangkah keluar dari bangunan Mahkamah Tinggi Malaya' dengan keluhan berat. Jam ditangannya kini sudah menandakan pukul 6:20 petang. Lama betul perbicaraan mahkamah tadi. Dari pukul 5:00 petang sampai sekarang. Dah habis waktu kerja dah.
' Alah...tertinggal barang pentinglah pula dekat office, sempat lagi tak nak balik office?' soal Anisa sendiri.
Selepas beberapa puluh minit, akhirnya dia sampai di hadapan pintu pejabat.
Tanpa membuang masa, Anisa terus naik ke pejabatnya dan mengambil barang-barangan penting yang ingin diambilnya. Disebabkan jam yang sudah berganjak pada pukul 6:30 petang, hanya Anisa sahaja yang berada di dalam pejabat ketika itu.
Keluar sahaja Anisa daripada bangunan pejabatnya, dia terus masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin keretanya.
Bunyi enjin kereta yang tersekat-sekat mula membuatkan Anisa menjadi panasaran. Dicubanya buat kali yang kedua dan ketiga namun masih tidak berjaya dihidupkan.
" Peliknya..semalam baru jer service. Kenapa buat hal pula ni?" Anisa mencapai telefon bimbitnya untuk mendail nombor workshop yang selalu dihubunginya. Nasib tidak menyebelahinya ketika itu, telefonnya pula kehabisan bateri.
" Ishh! masa-masa macam nilah kereta nak buat hal. Dah nak dekat maghrib ni, siapa nak muncul dekat-dekat sini?" Decit Anisa mula buntu.
...
Xaiden masih memberi sepenuh tumpuan untuk menyiapkan kerjanya yang tertunda berminggu-minggu yang lalu. Disebabkan mesyuarat tergempar yang tiba-tiba dibuat oleh CEO Xandra Holding esok pagi, dia terpaksa menghabiskan masanya dari pagi hingga ke malam.
" Semua sebab Xander. Disebabkan dia aku terpaksa korbankan Masa aku yang sangat berharga untuk kerja yang tidak berfaedah ni." Hah, tengkorak dia! Perangai macam budak tak cukup umur pulak Si Xaiden ni.
Walaupun jam yang sudah berganjak pada pukul 7:15 malam, Xaiden masih lagi berusaha untuk menyiapkan tugasannya sebaik mungkin atau lebih tepat secepat yang mungkin.
Setengah jam kemudian,
" Kau lambat lagi ker?" Soal seseorang melalui panggilan telefon. Xaiden sengaja membuka pembesar suara dan meletakkan telefonnya di atas meja sementara dia masih ligat bersilat dengan berpuluh-puluh buah fail dengan sebatang pen.
" Tak, lagi 15 minit siapalah ni. Kenapa? Rindu aku ker?" Seloroh Xaiden menghilangkan kebosanan yang melanda dirinya ketika itu.
" Haah, windu angat. Bila abang Xaiden nak balik ni? Ayang winduu..."
' Menyesal aku tanya' meremang bulu roma Arif Xaiden mendengar suara yang menyiksakan dan menggelikan itu. Siapa suruh tanya Damian? Cuba tanya Mark, confirm dia nyanyi lagu syantik malam-malam buta tu. Hahahagagaga!!
" Jangan lupa family dinner malamni." Beritahu Damian mengingatkan Xaiden tentang makan malam keluarga besar mereka malam itu. Disebabkan Mark dan Damian sudah seperti adik-beradik kepada Xander, Xaiden dan Alisa, mereka juga sentiasa diundang bersama.
" Okay.." Talian terus dimatikan dan Xaiden menggeliat sedikit bagi menyebabkan diri dan meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
Tepat Jam 8 malam, telefon Xaiden sekali lagi berbunyi sejurus menghentikan kerjanya dan panggilan itu laju diangkat.
" Kau tak balik lagi ker?"
" Aku...kerja aku ada sikit lagilah tak habis." Beritahu Xaiden dengan rasa bersalah.
" Kau baliklah, mama mogok tak nak makan kalau kau tak join family dinner malamni." Bertambah rasa bersalah Xaiden dibuatnya. Nak tak nak dia terpaksa pulang demi menjaga hati orang tua. Biasalah, orang yang makin tua ni sensitive dia lebih sikit.
" Okaylah, 20 minit lagi aku sampai. Kau pandai-pandailah pujuk mama sekejap." Pinta Xaiden sebelum menamatkan talian.
Xaiden terus mengemas barang-barangnya untuk berangkat pulang. Lagipun dia lagi seronok sebab boleh balik. Kiranya Xander bagi greenlight jugalah kan?Heheheh....
...
Disebabkan nak bergegas pulang, Xaiden memutuskan untuk pulang ke rumah Tan Sri Aryan melalui jalan yang lebih dekat. Walaupun jalan itu agak sunyi dan dikelilingi dengan hutan, dia dah terbiasa lalu jalan tu. Mana tahu tiba-tiba jumpa awek cun bawak payung merah. Fuhh! Creepy....
Sedang Xaiden memandu dengan keadaan yang tenang, muncul kelibat seseorang berlari keluar dari dalam hutan dan menahan keretanya di tengah jalan. Mujur dia sempat menekan break mengejut.
Setelah diperhati dengan lebih jelas bercahayakan lampu kereta hadapannya, keadaan yang serabut dengan wajah pucat seseorang yang amat dikenali mula menggugat jiwanya. Tali pinggang keledar terus dibuka bersedia untuk keluar. Belum sempat dia keluar dari perut kereta, sekujur tubuh itu jatuh terkulai di tengah jalan raya.
" Anisa!"
To be continued...
Hai semua!! Rindu author tak? Heheheh mesti tak ada yang rindukan. Yelah author hanya seorang insan yang lemah dan tidak berdaya. Eh Tiber...😂 Disebabkan dah lama tak update, akhirnya ada jugak idea yang muncul. Terus author type and publish. Sorrylah kalau cerita kalini tak terlalu meletop kebabomm!
Rasanya apa yang jadi dekat Anisa eh? Siapa yang rasa nak teka silalah comments okay...bye2 Sayonara!!