" Isk... Isk... Aku tak tahu nak buat apa lagi dah. Semalam kali pertama aku nampak dia menangis bila aku mintak cerai. Demi Allah hati aku pun hancur Anisa..." Anisa menahan sebak di dada. Dia hanya mampu memeluk erat sahabatnya itu untuk memberikan sesikit kekuatan.
" Kau memang dah fikir masak-masak ker? Belum terlambat untuk kau tarik balik permintaan kau Laila," soal Anisa turut terkesan dengan perbuatan Laila. Dia tidak mahu Laila tersalah langkah, akhirnya diri sendiri yang merana.
" Tak, aku memang dah nekad demi Aaron. Lebih baik aku undurkan diri daripada biar dia menjadi korban daripada perbuatan aku sendiri,"
" Tapi atas alasan apa kau nak failkan penceraian? Lagipun Aaron tak ada salah pun dengan kau," Laila akhirnya terdiam.
" Tak apa, aku akan cari cara," Anisa hanya mengeluh perlahan. Nampaknya Laila memang nekad untuk berpisah. Mungkin ini juga yang terbaik buat hubungan mereka.
" Aku akan cu-" baru sahaja Anisa ingin menyambung perbualan, bunyi ringtone telefonnya menganggu kosentrasi mereka.
" Tunggu sekejap Laila, aku nak jawab call tu dulu," Laila hanya mengangguk. Dalam masa yang sama, air matanya diseka perlahan.
OTP
" Assalamualaikum, kenapa Erika? "
" Serious? Alhamdulillah... sekarang semua ada dekat sana ker?"
" Ouhh tak apa petang ni aku pergi melawat kau,"
" Bye, Waalaikumussalam..."
Anisa menamatkan panggilan dengan senyuman lebar.
" Kenapa dengan Erika?" Soal Laila apabila melihat riak wajah Anisa yang kelihatan ceria.
" Erika dah selamat bersalin, dia dapat baby boy!" Beritahu Anisa teruja.
" Wah! Alhamdulillah," Laila mengesat sisa air matanya. Tidak mahu memanjangkan lagi perbualan mereka.
" Petang ni kita tengok sekali nak?" Ajak Anisa mengambil tempatnya kembali.
" Tak bolehlah. Aku kerja shift petang hari ni. Tak apa aku boleh melawat dia waktu rehat nanti,"
" Yelah, aku lupa kau ni nurse,"ujar Anisa sengaja mengusik.
" Okaylah, aku balik dulu. Dah tengah hari ni, terima kasih Anisa," ucap Laila menggenggam kedua-dua tangan Anisa.
" Anything for you. Aku nasihatkan kau fikir balik tentang hal kau dengan Aaron tu. Bincang dengan dia. Aku tak nak korang berpisah dan bermusuh," Laila hanya tersenyum nipis. Anisa memeluk Laila untuk memberikan kekuatan. Jika dia sendiri berada di tempat Laila tidak tahulah apa yang akan berlaku.
Walaupun hubungannya dengan Xaiden tidak seperti orang lain. Tetapi dia sudah mula mencintai suaminya itu dalam diam.
" Aku balik dulu. Bye, Assalamualaikum,"
" Waalaikumussalam," Anisa mengiringi Laila sehingga keluar dari pejabatnya.
...
Xaiden's Office
" Wei kau ada dengar pasal Aaron tak?" Soal Mark perlahan.
" Kenapa dengan dia?" Soalnya sambil mata masih tertumpu pada telefon bimbit.
" Isteri dia minta cerai," perlakuannya terhenti serta merta.
" Kau tahu dari mana ni?" Soal Damian tiba-tiba berminat. Dari mana muncul pun tak tahulah...
" Adalah..."
" Kau tahu tak kenapa tiba-tiba isteri dia minta cerai?" Dia menyoal lagi. Yelah tak ada angin tak ada ribut. Rumah tangga yang baru sahaja dibina mula retak.
" Ini yang aku nak cerita ni," terus sahaja kepala Damian dan Xaiden mendekati ke arah Mark untuk mendengar dengan lebih jelas dari lelaki itu.
" Sampai sekarang aku tak tahu sebab sebenarnya..."
Krik...krik...krik...
Damian dan Xaiden masih mencerna jawapn yang diberi dari sahabat musibat mereka sebentar tadi.
" Jom bunuh dia," ajak Xaiden mendatar.
Damian menarik rambut Mark dengan senyuman penuh kegembiraan manakal Xaiden sudah melompat merentasi meja kerjanya dan laju menerkam lelaki tidak berguna itu.
" Ampun!!!" Hanya jeritan yang penuh penyesalan memyeringai di seluruh bilik pejabat Arif Xaiden.
Tiba-tiba bunyi ringtone dari telefon Xaiden menghentikan perbuatan mereka seketika.
" Keep on," arah Xaiden kepada Damian sebelum dia mencapai telefon yang berada di atas meja.
" Hello Anisa, kenapa kau call ni?" Mendengar sahaja nama Anisa, perlakuan Damian dan Mark terhenti serta merta. Mereka berdua memandang Xaiden dengan pandangan nakal.
"Assalamualaikum Awak..."
" Wa..waalaikummusalam," Xaiden terjeda sebentar.
" Saya nak minta izin balik lambat sikit harini boleh?"
" Kenapa?"
" Saya nak melawat Erika dekat hospital. Dia kan baru lepas bersalin,"
" Ouhh, okay then. Bye Assalamualaikum,"
" Thank you awak! Bye! Waalaikumussalam..." Xaiden mematikan panggilan laju. Sebaik sahaja dia berpalung, kedua orang saksi yang setia mendengar sudah berada disisinya.
" Okay then... Bye, Assalamualaikum..." Ajuk Mark tersengih.
" Kau apahal?" Soal Xaiden menjungkitkan kening.
" Kau ni spoiled lah Xaiden. Tak romantik langsung!" Kutuk Damian tidak berlapik.
" Baik korang berdua belah sebelum ada yang mati betul-betul," ujar Xaiden mula dingin.
" Hehehe okay then. Bye!" ajuk Mark lagi sambil berlari dan menjelirkan lidah.
" Salah ker apa yang aku cakap tadi? Arghhh, entahlah," soal Xaiden sendiri namun hanya membiarkannya berlalu sepi.
To be continued,
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... Beautiful Cover by: @btrisyanjiha -Siri Kedua- Arif Xaiden dikenali sebagai adik kedua kepada Ariq Xander [ Hatred LOVE ] dan anak kedua kepada Tan Sri Arya...