Bab 22 : HANYA KITA BERDUA

157 24 3
                                    

" Strike!" Jerit Anisa keriangan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" Strike!" Jerit Anisa keriangan. Buat kedua kalinya dia strike lagi, sekarangni turn Xaiden pulak.

Tadi kan dah berjam-jam diorang shopping sakan. Okaylah Anisa jer yang shopping pun. So, Xaiden ajak main bowling. Siap bet lagi. Siapa kalah belanja ais krim. Ais krim eh? Pelik jugak taste mamat tu kadang-kadang.

" Boleh tahan jugak skill kau." Puji Xaiden mendatar sambil memilih bola bowling.

" Mestilah. Untuk pengetahuan Tuan Arif, saya ni dulu pengerusi kelab bowling dekat sekolah tahu." Beritahu Anisa tersenyum bangga. Tambahan pula Xaiden yang puji, dia punya bangga tu sampai ke marikh! Hah engko ada?

" Aku cakap boleh tahan jer, tak tanya pun kau apa." Balas Xaiden sinis sebelum menuju ke hadapan 'bowling lane' mereka. Anisa pula menjulingkan matanya ke atas. Apapun tak boleh!

Sedang Anisa leka memerhati sekeliling pusat bowling, jeritan kegembiraan dari orang di hadapannya membuatkan Anisa beralih kembali. Anisa memandang Xaiden hairan lalu matanya tertancap pula pada papan markah di atas kepalanya.

Terus terbeliak mata Anisa apabila memandang score Xaiden melebihinya. Yang paling tak boleh belah bila satu score yang terpapar pada namanya menunjukkan ada satu balingan dia tersasar ke dalam longkang.

Anisa terus memandang jejaka pencuci longkang yang tersenyum bangga di hadapannya dengan pandangan maut.

" Tuan Arif main tipu!" Marah Anisa separuh menjerit. Namun Xaiden hanya beriak selamba.

" Aku tolong mainkan untuk kau jer. Manalah tahu boleh masuk longkang." Jawab Xaiden seperti tiada apa yang berlaku. Anisa menghela nafas berat sebelum mencapai bola bowling untuk giliran penamat baginya. Entahlah, nak maki teruk-teruk pun bazir air liur dia ja. Sekarang terbuktilah yang si Arif Xaiden tu tak matang sebenarnya. Sempat main tipu lagi. Nampak sangat takut kalah. Koranglah minat dia sangat, dah naik minyak dah.

...

" Nah." Anisa menghulurkan kon yang berisi ais krim chocolate mint kepada Xaiden. Seperti yang dijanjikan dalam pertaruhan, siapa yang kalah kena belanja ais krim.

Walaupun korang tahu si Xaiden tu yang main tipu sebenarnya. Bila Anisa bersuara, jawapan dia " Aku punya game, suka hati akulah." Jawapan paling hampeh Si Xaiden tu boleh Jawab. Tak habis-habis dengan cliche dia tu.

Anisa mestilah beli ais krim untuk dia juga. Ais krim yang menjadi pilihannya ialah ais krim berperisa vanilla ditabur dengan kacang badam di atasnya. Confirm ramai yang tengah terliur. Korang claimlah dekat author, nanti bayar balik. Kuang kuang kuang!

Tanpa Anisa sedari, Arif Xaiden yang berada di sebelahnya tidak lepas memandang dirinya yang sedang khusyuk menikmati ais krim tanpa memandang sekeliling.

My Love, My Life -Book 2- [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang