Ep 4

1.4K 151 13
                                    

"Kris? Betul ke ni? Betul ke kau Kristina Airin?"tanya Imran berdiri. Dalam dilihat dari raut wajahnya bahawa dia terkejut akan kehadiran Kristina.

"Ye.. betullah.. akulah ni. Ex girlfriend kau. A.k.a sepupu kau yang paling chantik ni"tutur Kristina bangga diri.

"Ceh! Kau memang tak berubahkan. Dari dulu sama je perangai tintong kau tu"Imran kembali duduk di atas kerusinya.

"Alah.. macam kau tak kenal aku. Atau.. kau nak aku ingatkan balik cerita dulu"Kristina berjalan menghampiri meja Imran lalu melabuhkan duduknya di atas kerusi dihadapan Imran.

"Cerita apa?".

"Ala.. yang aku tolak kau masuk kolam ikan tu.. sebab kau ejek kakak aku".

"Hesh kau ni...Ingat lagi eah cerita tu".

"Eh! Mesti...".

"Kau datang sini kenapa? Dah jumpa mummy dengan atok kau? Pasal berita Kaisara tu kau dah tahu kan?".

"Semalam dah aku jumpa mummy dan atok. Pasal Kaisara tu aku tahu. Aku pun ada masa tu. Korang je tak nampak aku and lastly.. I'm here cause i'm a new director of this company".

"Hah?! Serious ar?"Imran tersentak.

"Betullah. Apa faedahnya aku tipu kau".

"Okaylah. Kalau macam tu. Jom aku kenalkan kau dengan staff dekat sini"ajak Imran.

Mereka beriringan keluar dari pejabat Imran. Kristina berdiri di samping Imran menghadap semua pekerja yang ada disitu.

"Selamat pagi semua, aku perkenalkan Kristina  Airin. Pengarah baru Laskar Pura. Dan beliau juga merupakan adik kembar kepada Kaisara Aulia "jelas Imran.

Semua pekerja masih terkesima mendengar kenyataan itu. Semua kelu tidak terkata. Mata mereka tepat memandang wajah Kristina yang seiras wajah Kaisara. Dah nama pun kembarkan memang seiras.

"Hye semua. Semua okay ya. Tak ada kena sakit jantung ke apakan. Ha..jadi, kalau kerja bawah saya, kita chill-chill je. Tak payah nak stress sangat. Okay?"sahut Kristina dengan girang. Sempat Imran menepuk lengan Kristina. Pantas Kristina menggosok lengannya.

"Boleh simpan sikit tak mereng kau tu"bisik Imran.

"Tak payah nak larang aku. Kau pun sama. Dua kali lima. Dua puluh lima je"kata Kristina selamba.

"Dua kali lima, sepuluhlah ngok. Belajar luar negara tapi tetap bongok. Kesian kau eak? Kesian...bongok ea? Kesian.."perli Imran.

Semua pekerja tergelak melihat telatah Imran dan Kristina. Terus satu persatu mula menghampiri Kristina dan berjabat tangan. Ada juga yang bertanya betul ke Kristina dan Kaisara adalah kembar? Dah muka sama memanglah kembar.

"Sudah.. sudah. Sambung buat kerja. Jangan layan sangat boss korang ni. Kepala masuk air. Nanti dengan korang-korang sekali lemas"kata Imran dan terus berlalu ke biliknya.

"Eh! Sedap tekak kau je cakap aku masuk air. Aku masuk air sebab kau tau. Bla..bla..bla.."bebel Kristina sambil mengekori Imran  pejabatnya.

🌹🌹🌹

Kristina mengacau airnya menggunakan straw. Sesekali dia menyedut air sambil mata liar mencari kelibat seseorang. Mata menoleh ke arah jam tangannya dan kembali memandang kehadapan.

Bunyi loceng pintu cafe menarik perhatian Kristina. Laju sahaja dia memandang ke arah pintu kedai. Kelihatan seorang gadis bertudung labuh dan berpurdah masuk ke dalam cafe.

Kristina yang melihat akan gadis itu terus melambai. Gadis itu perasan akan lambaian Kristina terus dia menghampiri. Punggungnya di labuhkan di hadapan Kristina yang sudah cemberut.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now