Ep 43

901 86 43
                                    

Dua hari sebelumnya..

"Erghh!!"meja di hentak kuat.

"Oi perempuan! Kau ni dah kenapa? Terkejut aku tau"kata seorang lelaki lembut dihadapannya.

"Man, aku geram tau tak. Boleh pulak Boss aku pergi cameron..honeymoon dengan Kristina".

"Hey! Kau meroyan ke apa? Lantak dia lah nak pergi honeymoon pun. Itu bini dia. Kau tu dah kenapa nak halang dia"tambah lelaki lembut itu yang di kenali sebagai Man.

"Iman, kau kan tahu aku ni suka dekat Hayiz. Mana boleh dia pergi honeymoon dengan perempuan tu".

"Habis tu kau nak buat apa?".

"Aku tak tahu"Dia meletakkan kepalanya di atas meja.

"Kau lupakan jelah Hayiz tu. Dia tu dah kahwin. Janganlah kau nak jadi watak antagonis pula dalam cerita ni"nasihat Iman.

"Iman, kau tolong aku please.. takkan kau tak nak tolong kawan sekolah kau ni.."Dia mengangkat wajahnya memandang Iman.

"Tolong apa Haira? Aku dah bosan tau tolong kau buat kerja gila".

"Tolong aku dapatkan Hayiz?"pinta Haira.

"Kau gila ea? Berdosa tau meruntuhkan rumah tangga orang".

"Alaa.. Iman.. tolong lah.. nanti aku dah kahwin dengan Hayiz, kau boleh tumpang senang juga".

Iman memandang wajah Haira. Tangan Haira yang memegang lengannya turut di pandang. Dia berfikir sejenak.

"Ye lah.. aku tolong kau ishh!"kata Iman.

"Yes! I love you Iman.."Haira memeluk Iman kegembiraan.

"Sudahlah peluk aku ni.. aku ni memang lembut. Tapi aku still ada nafsu dekat perempuan tau"kata Iman.

"Ee!! Kau ni. Tak padan dengan lembutlah. So, apa plannya?"soal Haira.

"Herm.. kau pergilah ikut dia pergi cameron. Apa susah"tutur Iman.

"Herm.. that is good idea. Bijak juga otak kau. Okay. Esok juga aku pergi"ujar Haira teruja.

Iman hanya memandang Haira yang kegembiraan. Sebelah bibirnya terjungkit.

🌹🌹🌹

"Hayiz, kau menung apa?"tanya Kristina melambai dihadapan wajah Hayiz.

"Ha? Tak ada apa"jawab Hayiz. Dia mula memetik strawberry bagi mengalih tumpuannya.

"Yelah tu"kata Kristina sangsi.

"Kris, kalau aku tanya kau satu soalan boleh?"tanya Hayiz tanpa memandang Kristina.

"Apa dia?".

"If..budak Haira tu ada depan mata kau sekarang ni, apa kau akan buat?"soal Hayiz.

Mendengar sahaja nama Haira keluar dari mulut Hayiz, pantas Kristina berpaling. Wajahnya berkerut seribu. Gunting di tangannya di angkat. Hayiz memandang Kristina melalui ekor mata, drastik menoleh apabila gunting di tangan Kristina menghampiri cuping telinganya.

"Eh! Kenapa? Aku tanya je".

"Dah tu! Pergi sebut nama budak tu kenapa?!"marah Kristina geram.

"Aa.. aku tanya je. Kau ni pun.. letak gunting tu!"arah Hayiz. Kristina perlahan-lahan menurunkan gunting.

"Kau nak tahu jawapan aku?"soal Kristina. Hayiz mengangguk.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now