Ep 1

2.4K 177 28
                                    

Hayiz duduk bersandar di kepala kerusi. Kepalanya didongakkan sambil memejamkan matanya. Penat. Penat apabila menghadap kertas kerja terlalu lama. Hayiz membetulkan kembali kepalanya. Matanya bergerak memandang frame gambar perkahwinannya bersama arwah isterinya.

Di wajah Hayiz terpapar riak kerinduan. Sudah 8 tahun Kaisara meninggalkan Hayiz dan Hayiz masih menduda walaupun umurnya sudah mencecah 26 tahun. Katanya, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Kaisara di hatinya.

"I miss you sayang"ungkap Hayiz sambil mengelus gambar Kaisara.

"Yo! Brother!"sahut seseorang yang memasuki pejabat Hayiz secara melulu.

"Kau tak boleh ketuk pintu dulu ke?"kata Hayiz.

"Ini Imranlah.. mana pernah nak ketuk pintu. Pintu je yang pernah ketuk aku"kata Imran tersengeh.

"Suka hati kaulah. Ni kau datang ni kenapa?".

"Aku saja je nak melawat kawan aku ni yang masih sendu membujang"kata Imran duduk di hadapan Hayiz sambil bersandar menyilang kaki.

"Kau pernah tak makan nasi lauk kaki?"soal Hayiz denagn sindiran.

"Erm.. kalau kaki ayam tu pernahlah. Kalau kaki manusia belum lagi. Sedap ke?".

"Eh! Kau ni..!!"gertak Hayiz mahu berdiri.

"Okay, okay bro. Ampun. Ampun hehehe. Gurau sikit pun tak boleh".

"Kau memang tak kerja ke.. memang sengaja menonong waktu kerja?"perli Hayiz.

"Eh... cantik sikit. Aku pekerja berkaliber tau. Ni ha! Aku nak bagi cenderamata sikit. Maklumlah baru balik dari honeymoon"Imran menghulurkan beg kertas kepada Hayiz.

Hayiz mengambilnya tanpa sepatah kata. Dia membelek apalah yang si Imran ni beli dekat dia. Bukan betul sangat otak mamat ni.

"Hayiz, kau tak ada rasa nak kahwin lagi ke? Umur kau dah nak masuk 30 series tau. Takkan nak menduda sampai ke tua"tanya Imran sambil matanya meliar melihat sekeliling pejabat Hayiz.

"Berapa kali aku dah cakap, tiada siapa yang dapat gantikan tempat Kaisara dalam hati aku. Lagipun sekarang ni duda makin maju ke depan bro"Hayiz mengjungkit senyuman.

"Aduh.. tercalar rasanya title aku sebagai suami orang ni"Imran tidak senang duduk. Hayiz ketawa.

"Bongok lah kau ni. Dahlah, kau pergi balik office kau. Kejap lagi kena potong gaji baru kau tahu".

"Ala.. relax ar. Mummy Maria tak masuk office. Lagipun, nanti pengarah baru syarikat tu akan masuk". Hayiz sedikit tersentak.

"Pengarah baru? Siapa?".

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Dia pemegang saham terbesar dalam syarikat tu selepas Kaisara".

Hayiz berfikir. Siapa yang akan menggantikan posisi Kaisara? Setahunya, Dato'Sri Nizam tak akan senang-senang nak bagi saham Kaisara dekat orang luar.

"Oi!"sergah Imran.

"Hmm?".

"Mengelamun pulak kau ya. Aku balik dulu. Ni aku nak pesan. Orang yang dah tak ada biarlah dia pergi. Cuba move on. Renung-renungkan dan selamat beramal"kata Imran. Kakinya melangkah keluar dari pejabat Hayiz.

"Hahaha.. monyet"tutur Hayiz sendiri.

🌹🌹🌹

"Assalamualaikum...".

"Wa'alaikumsalam. Awal along balik hari ni? Dah makan ke belum ni? Kalau belum Ummi panaskan lauk?"soal Elly menyambut anak sulungnya pulang.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now