Di cafe kolej MSU, kelihatan tiga orang pelajar perempuan sedang duduk berbual. Masing-masing khusyuk memandang ipad.
"Yeay! Aku dapat weh!! Aku dapat!!"jerit seorang gadis berambut paras pinggang mengurai teruja.
"Kau dapat mana?"tanya kawannya.
"Aku dapat dekat Eric Golden".
"Serious ar? Weh.. company impian aku tu.."kata kawannya lagi satu.
"Well.. nampak tak yang jodoh aku dengan company Eric Golden tu kuat"kata gadis itu berlagak.
"Haira, that is call nasib okay. Belum tentu kau lulus interview lagi".
"Sherly, ini Haira tau. Perempuan cantik lagi vogue dan seksi ni mesti akan lulus interview punya"kata Haira.
"Suka hati kaulah"kata Sherly malas mahu melayan kawannya itu.
Haira tersenyum sendiri melihat surat penerimaan latihan industri di syarikat Eric Golden.
🌹🌹🌹
Pintu pejabat Hayiz di ketuk. Dia menyahut menyuruh orang itu masuk. Seorang lelaki segak berbaju kemeja dilipat hingga ke situ masuk ke dalam dengan membawa satu fail.
"Yes Mus, anything?"tanya Hayiz.
"Ini ada beberapa practical students yang akan datang interview esok" Mustafar menghulurkan fail di tangannya kepada Hayiz.
Hayiz menghentikan kerjanya lalu menyambut huluran itu. Fail di buka dan ditilik satu persatu resume milik beberapa orang pelajar praktikal.
"Okay. Do it in the meeting room 1. I'm not be there tomorrow because i have to go somewhere else. I want you to handle it". Tutur Hayiz menghulur kembali fail itu.
"Okay Boss. Saya minta diri dulu". Hayiz mengangguk. Mustafar mengatur keluar.
Hayiz menyambung kembali kerjanya. Dia tidak risau akan pelajar praktikal yang mahu melakukan latihan industri di syarikatnya. Kerana itu bukanlah tugasnya. Dia hanya perlu memantau sahaja dari jauh kelakuan pelajar praktikal. Jikalau ada yang bagus boleh diserap menjadi pekerja tetap. Tambahan pula di syarikatnya kekurangan pekerja.
🌹🌹🌹
Kristina duduk termenung di meja kerjanya. Kerusi digoyangkan. Nampak sangat dia tengah bosan. Kristina mengangkat ganggang interkomnya lalu menekan nombor interkom menyambungkan telefon itu ke telefon di bilik Imran.
"Hello, ada apa?"jawab Imran.
"Tak ada apa. Aku bosan dowh. Kau tak nak hiburkan aku ke?"tutur Kristina.
"Kau ingat aku ni badut ke nak hiburkan kau. aku ingat kau ada benda penting nak bagitahu aku. Dah lah. Aku banyak kerja".
"Kau memang badut pun. Hurgh!!"Kristina terus meletakkan ganggang telefon.
"Eh budak tiga suku ni. Dia yang call aku. Dia nak marah"Imran menggelengkan kepalanya. Ganggang telefon di letak lalu dia menyambung kembali kerjanya.
Kristina memusingkan kerusi kerjanya. Dia sudah kebosanan tahap gaban dah. Disebabkan dia baru lagi mula kerja, jadi kerjanya tidak terlalu banyak sebab terdapat beberapa projek yang masih lagi dalam proses.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomansaAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021