Ep 38

864 87 15
                                    

"Cassy, mana file projek dekat Johor tu?"tanya Kristina di meja Cassy.

"Erm.. tak silap saya ada dalam bilik file"jawab Cassy.

"Boleh awak tolong ambilkan. Lepas tu panggil staff yang handle projek tu masuk bilik saya"pinta Kristina.

"Baik cik muda"Cassy bangkit menuju ke bilik file di tingkat bawah.

Kristina menapak masuk ke pejabatnya. Bleazer di sangkut di kepala kerusi. Duduknya di labuhkan. Ganggang telefon di bawa ke telinga. Nombor interkom bilik Imran di tekan.

"Alan, masuk pejabat aku sekarang"ujar Kristina lalu meletakkan ganggang telefon.

Tidak lama kemudian, pintu bilik Kristina di ketuk. Kristina menyahut menyuruh masuk. Terdapat beberapa orang pekerjanya menapak masuk ke dalam pejabat. Cassy menghampiri Kristina lalu meletakkan file projek di atas meja. Yang lain berdiri dihadapan meja Kristina begitu juga dengan Imran.

"Okay, I call you guys here, cause we had a problem dekat tapak projek di johor. Something wrong with the constuction that make the concrete crack. I want one of you go to Johor and check it. As soon as possible. Dan buat pembaik pulih secepat mungkin"jelas Kristina.

"Baik cik muda"kata pekerja semua.

"I think that all. Make sure settle this case. Atau korang akan dapat the punishment"tegas Kristina.

Semua pekerja mengangguk. Mereka meminta diri untuk keluar. Tinggallah Imran sahaja di situ. Kristina membelek helaian file projek di Johor itu. Imran melabuhkan duduk di atas kerusi di hadapan Kristina.

"Fokus kau buat kerja hari ni? Apa cerita dah jadi bini orang?"soal
imran.

Kristina yang serious mengerling Imran di hadapannya. Terus wajahnya di angkat memandang Imran.

"Kau memang tak ada kerja ke sampai cerita dalam kelambu orang pun nak tahu"kata Kristina.

"Eh! Kata sepupu. Bak orang putih kata, Sharing is caring. Ha.. cerita lah"provok Imran kepoci.

"Banyak lah sharing is caring kau. Hidup aku macam biase je. Tak ada yang berubah sangat pun. Cuma banyak benda sikitlah aku kena buat"cerita Kristina sambil membelek helaian file.

"Alah.. biasalah tu, dah jadi isterikan. Kenalah jaga kebajikan suami pula. Kau tu! Perangai kena ubah sikit. Jangan jadi monyet sangat. Sengal tu simpan sikit".

"Eh!! Kata orang. Kau tu pun sama. Jangan nak tunding jari dekat orang. Dah, pergi buat kerja. Aku potong gaji kau baru tahu".

"Ish! Iye.. nak ajak borak sikit pun tak boleh. Asyik ugut potong ga.. ji je. Aku potong gaji kau juga baru tau". Imran bangun dari duduk ya. Mulutnya mengomel perlahan.

"Apa dia?"soal Kristina.

"Hah?! Tak ada apa. Erm.. aku masuk pejabat aku dulu. Bye"pantas kaki Imran dihayun keluar.

🌹🌹🌹

Hayiz memasuki rumah dengan diiringi sahutan salam. Tali leher dilonggarkan. Bleazer dipegang di tangan bersama beg kerjanya.

"Hayiz, lewat balik?"Sapa Mummy Maria.

"Ada banyak kerja sikit Mummy"jawab Hayiz.

"Oo.. ni Hayiz dah makan belum? Kalau belum mummy panaskan lauk".

"Belum lagi mummy. Erm.. Hayiz naik dululah ya, nak mandi apa semua"pinta Hayiz.

"Yalah. Nanti turun makan. Jangan tak turun pula. Sakit nanti susah"kata Mummy Maria mengambil berat.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now