Ep 40

974 84 57
                                    

Kristina memanjangkan tangannya mencari sudut untuk berswafoto. Berpusing-pusing dia menangkap gambar. Jelas kelihatan raut gembira di wajah Kristina. Habis kesemua tempat dia ambil gambar. Yang mana ada spot cantik. Disitulah dia akan tuju. Hayiz yang memandang dari jauh hanya berpeluk tubuh.

Hayiz menapak menghampiri Kristina lalu merampas telefon Kristina. Kristina tersentak. Tangannya digapai mahu mengambil telefonnya kembali. Tetapi malangnya Hayiz membawa telefon Kristina tinggi. Disebabkan Kristina ni pendek. Dah macam katak dah si Kristina tu nak ambil telefon dia balik.

"Kau kenapa hah! Tak boleh tengok aku senang sikit"rajuk Kristina berpeluk tubuh.

"Telefon kau tu ada masalah"kata Hayiz.

"Masalah apa? Tadi elok je"tanya Kristina masih lagi dalam rajuk.

"Masalah lah. Sebab tak ada gambar aku dalam tu"Hayiz mengjungkit senyum.

Puff!! Meletus kepala Kristina dan wajahnya membahang. Dah keluar dah jurus buaya Hayiz.

Hayiz tergelak kecil melihat Kristina tertunduk malu. Dia membuka mood kamera dari telefon Kristina lantas tangannya memaut baju Kristina. Klik! Sekeping gambar di ambil. Hayiz melihat kembali gambar yang di ambil. Tersenyum dia apabila melihat gambar Kristina memandangnya yang sedikit tersentak.

"Cute"kata Hayiz. Telefon Kristina di serahkan kembali. Kedua tangan di masukkan kedalam poket dan berlalu pergi dengan senyum.

Kristina melihat gambar tadi. Perlahan-lahan senyum terukir. Dia memusingkan badannya lantas mengejar Hayiz. Lengan Hayiz di paut. Lalu di tariknya untuk mengambil gambar. Hayiz turut dengan senyum.

🌹🌹🌹

Kristina pulang ke chalet setelah melawat tempat projek. Beg tangan dijinjing, langkahnya diatur perlahan ke bilik. Pintu bilik di ketuk. Tidak lama kemudian, pintu di buka dari dalam. Terbuntang Kristina melihat Hayiz hanya bertuala di pinggang berdiri di hadapan pintu. Pantas dia menghadang permandangannya dengan tangan.

"Ish! Kau ni!! Selalu lah macam ni!!"rungut Kristina mengatur langkah memasuki bilik.

"Dah tu, aku baru habis mandi. Takkan nak pakai selimut"balas Hayiz. Kakinya di atur ke bagasinya.

"Lain kali keluarkanlah baju tu siap-siap. Ini tak. Duk tayang body dia tu"omel Kristina membelakangi Hayiz

"Aku tayang pun bukan dekat orang lain. Isteri aku juga. Lainlah kalau kau tak kesah kalau orang lain pandang"usik Hayiz.

Drastik Kristina berpaling. Tajam saja renungan Kristina. Hayiz tersengih. Baju di tangannya di sarungkan.

"Kenapa? Budak tu dah tengok badan kau ke?"tanya Kristina tajam.

"Apa kena mengena pula dengan budak tu?"soal Hayiz.

"Habis tu? Dia sorang je kan yang terhegeh dekat kau. Dahlah pakai baju macam barut nangka. Seksa tahu tak menengoknya"kata Kristina mengomel.

"Okay. Stop cakap pasal ni. Aku tahu kau cemburu. I just wanna say, that girl only my stuff that it".jelas Hayiz melabuhkan duduknya di atas sofa.

"Kenapa kau tak buang je dia?"soal Kristina lagi.

"Aku tak boleh buang dia".

"Why?!"nada suara Kristina sedikit menjerit.

"She safe my company. Later i will tell you. Now, you go shower and we go dinner"kata Hayiz.

"Okay. Aku akan tuntut penjelasan kau". Kristina menghampiri bagasinya. Segala pakaian di ambil lalu di bawa ke bilik mandi. Pintu bilik mandi di tutup lalu di kunci.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now