Nick merenung Arissa dihadapannya. Arissa mengangkat wajahnya. Dahinya berkerut melihat Nick yang asyik merenungnya.
"Awak! Kenapa pandang saya macam tu? And ada apa awak nk jumpa saya ni?". Tanya Arissa.
"Oh! Ya.. erm.. kita dah kenal each other almost 3 years right?". Arissa mengangguk laju. Makin pelik dia dengan si Nick tu.
"Jadi..." Nick menyeluk poket seluar lalu meletakkan sekotak cincin diatas meja. Kotak cincin itu dibuka lalu di tolak ke arah Arissa.
"Apa ni?"soal Arissa hairan.
"Will you be my wife?". Tutur Nick tulus. Anak mata Arissa ditatap penuh mendalam.
Arissa terkesima. Dia memandang cincin dan Nick silih berganti. Dia tidak tahu apa yang perlu dia jawab. Didalam hatinya mula menganggap bahawa dia tidak layak untuk lelaki bernama Nick itu.
"Nick, saya... saya rasa.. saya tak boleh nak terima"jawab Arissa mendung.
"But why?"Nick bingung. Kenapa Arissa tidak mahu menerima. Sedangkan perhubungannya sebelum ini baik-baik sahaja.
"Saya tak layak untuk awak Nick. Saya cuba orang biasa. Janda anak satu pula tu. Saya tak layak untuk awak. Saya minta maaf. Saya minta diri dulu"tutur Arissa. Dia bangun dari kerusi dan mengatur langkah keluar dari restoran dengan aliran air mata.
Nick yang masih lagi binggung menghela nafas berat. Kotak cincin diambil lalu ditenungnya.
"Kenapa awak cakap awak tak layak untuk saya Arissa. Awak lebih dari layak untuk saya"tutur Nick sendiri.
🌹🌹🌹
"So, what happen?"tanya Imran.
"Jadi apa?"tanya Nick.
"Ish! Budak ni.. aku siku kejap lagi ni. Terus masuk ICU karang"kata Imran geram. Nick tersengih menggaru belakang kepala.
"Dia terima ke tidak?"tanya Hayiz.
"Tak..dia cakap dia tak layak untuk aku"jawab Nick mengendur.
"Habis tu, kau biar jelah dia pergi macam tu?"tanya Imran lagi.
"Habis tu bang, takkan aku nak kejar. Dah orang tak sudi. Buat apa nak dipaksa"jawab Nick putus asa.
Pak!
Kepala Nick dihempuk. Nick mengaduh menggosok belakang kepalanya. Dia memandang orang yang menghempuknya.
"Apa ni bang, hempuk kepala orang. Sakit tahu tak!"marah Nick kepada siapa lagi kalau bukan Imran.
"Aku hempuk kau, sebab kau tu bendul tahap badigul tahap bahlul."
"Amboi! Banyak betul kau dul kan budak ni"sampuk Safwan.
"Nick, aku nak tanya kau ni. Kau cintakan dia atau tidak?"soal Hayiz serious.
"Buat apa saya ajak dia kahwin kalau tak cinta bang. Mestilah saya cintakan dia".
"Kalau cinta, perjuangkan. Jangan give up macam ni. Kau cuba pujuk dia. Bincang dengan dia elok-elok. Tak pun pergi jumpa mak ayah dia"nasihat Hayiz.
"Boleh jadi ke bang. Ini pun dah dua hari saya try call dia. Tapi tak angkat. Whatsapp pun tak reply"kata Nick.
"Dia tinggal doubletick ke, Bluetick?"tanya Iskandar.
"Bluetick".Nick menunduk.
Iskandar dan Imran berpandangan lalu mengangguk.
"Waduh.. PERITT!!"kata Iskandar dan Imran serentak dengan sebelah tangan mereka didada dan kepala disengetkan.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021