Hayiz menghenyak kerusi pejabatnya lalu menyandarkan belakang badannya pada kepala kerusi. Keluhan berat dilepaskan. Tali leher yang sudah longgar ditariknya sehingga terlerai. Bleazer juga di tanggalkan. Lengan baju kemeja di lipat hingga ke paras siku.
Gambar perkahwinannya dengan arwah Kaisara di pandang lalu di capainya. Gambar arwah Kaisara di tatap penuh makna.
"Kaisara, macam manalah abang nak tunaikan permintaan sayang kalau adik sayang tu keras macam batu karang laut. Haih.."kata Hayiz sendiri.
Frame di letakkan kembali. Gambar wajah Arwah Kaisara di helus dn dia kembali melakukan kerjanya.
🌹🌹🌹
Kristina mengemas barang-barangnya lalu di masukkan kedalam beg kerjanya. Beg tangan dicapainya lalu di sangkut ke bahu. Telefon bimbit yang terletak di atas meja di ambil, terus kakinya melangkah keluar dari pejabat.
Meja Cassy di tuju dalam keadaan tergesa-gesa."Cassy, cancle any appointment this evening. I balik awal hari ni"tutur Kristina.
"Okay. Erm.. Cik Muda, is anything happen during the meeting?"tanya Cassy.
"Nothing. Thanks for consideration. I balik dulu". Kristina menapak terus ke lif. Nick yang memerhati ya berlalu pergi tidak dihiraukan hatinya masih tidak tenteram dengan kejadian tadi.
Badan di bolos masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Telefon bimbitnya di dalam beg tangan di keluarkan. Contact number di buka lalu nama seseorang dicari ya. Jarinya teragak-agak mahu menekan. Nafas ditarik sedalam yang mungkin lalu di hembus perlahan.
Jari menekan nama yang dicari. Telefon di bawa ke telinga.
"Hello, Nick. I balik awal tau hari ni"tutur Kristina.
"Kenapa? You sakit ke? Nak I temankan you? You boleh drive tak?"tanya Nick bertubi-tubi.
'Sebab nilah aku tak nak bagitahu dia'kata hati Kristina.
"Tak.. I tak sedap badan je. I need some rest. Thanks sebab ambil berat pasal I. I drive dulu. Anything I call you".
"I sayangkan you. That why I ambil berat pasal you".
"Nick, please. Jangan berharap. Kita just friend. Okay. Remember that. Okay lah. Bye" terus Kristina mematikan talian. Kalau berlama nanti banyak pula si Nick tu berkata manis mahu memujuknya kembali kepada Nick.
Kereta milik Kristina meluncur keluar dari tempat letak kereta memasuki jalan raya. Dia memandu terus pulang ke rumah. Yang dia fikirkan sekarang adalah dia mahu berehat.
Had laju kereta di kurangkan apabila melalui kawasan sekolah. Dia memandang ke kiri sekilas yang terletak sebuah sekolah rendah di situ. Apabila melepasi hentian bas, keretanya di berhentikan secara mengejut. Nasib baik tiada kereta di belakang.
Keretanya masuk ke lorong kecil lalu diundurnya sehingga kereta berhenti betul-betul di hadapan hentian bas. Tingkap kereta di turunkan sedikit. Terlihat seorang budak perempuan sedang duduk di hentian bas itu menunggu seseorang.
Kristina menyalakan lampu signal lalu keluar dari kereta. Budak perempuan itu didekatinya.
"Adik, adik buat apa dekat sini? Tunggu siapa?"tanya Kristina.
"Saya baru habis kelas tambahan. Saya tengah tunggu abang saya datang ambil. Erm.. aunty ada telefon tak? Kalau boleh saya nak pinjam sekejap. Nak telefon abang saya".
Tersentak Kristina apabila budak perempuan itu memanggilnya aunty.
"Hey! Aunty kau panggil aku. Aku baru 26 tahun tau. Panggil akak okay"kata Kristina.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021