Ep 23

887 101 25
                                    

Haira seakan cacing kepanasan. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap terjenguk-jenguk mengintai ke arah bilik Hayiz. Rakan setugasnya yang perasan mula membuat muka. Menyampah dengan sikap Haira yang makin lama makin melampaui batas.

"Kau memang tak boleh nak duduk diam ke?"kata Raiz.

"Ish! You nak sibuk sangat ni kenapa?! Suka hati I lah. Jaga diri sendiri yang tak laku tu je"Haira menepis kata-kata Raiz.

"Aku tegur sebab aku tak nak kau kena buang. Lagi satu, aku tak nak kerja aku dan yang lain terjejas disebabkan kau sorang je"Raiz menjeling. Tangannya laju menekan papan kekunci komputer.

"Haira, i think you should stop terkinja dekat boss. Markah praktikal you boleh terjejas tau"nasihat Mel.

"Mel, i know what i do. You kena ingat tau. Kalau bukan I, tak ada tau orang nak cover you yang selalu mengular waktu kerja"kata Haira berlagak.

Terus terdiam Mel. Mel kembali menyambung kerjanya. Khai yang duduk di sebelah Mel hanya menjeling. Haira mengangkat punggungnya dan berlalu ke pantry. Panas hatinya bila duduk dengan orang yang dengki dengannya.

Mug di dalam rak di capai. Air di bancuhnya sambil mulut mengomel. Bunyi sudu dan mug berlaga menunjukkan bahawa Haira tengah geram dengan rakan sekerjanya.

"Diorang tu ada je benda yang tak puas hati dengan aku. Boss tak cakap apa pun. Dia orang je yang melebih kenapa?! Lagipun Boss bukan ada isteri pun. Erghh!!! Geram!"Haira mengacau airnya dengan kuat sehingga menghasilkan bunyi dentingan mug. Bibirnya terkumat-kamit mengomel.

"Uish! Kuat sangat kacau tu. Pecah juga nanti mug tu"sapa satu suara.

Haira tersentak lalu menoleh memandang gerangan yang menyapanya.

"Eh! Abang man, terkejut Haira"Haira mengelus dadanya yang sengaja di dedahkan sedikit.

"Ni kenapa ni? Kacau air tu macam nak pecah mug tu. Cuba bagitahu abang Man"abang Man bersandar di meja sambil berpeluk tubuh memendang Haira dengan senyuman gatal.

"Haira geram lah. Diorang tu selalu tak puas hati dengan Haira. Diorang cakap Haira nak goda Boss. Haira tahulah Haira ni cantik dan Sexy. Tapi tak adalah sampai nak goda boss yang duda tu. Euw.. not my taste"Adu Haira memutar belit cerita.

"Lah.. pasal tu je ke. Biarlah dia tu. Abang kan ada". Abang Man tersenyum sumbing sambil menggigit bibir.

"Ish! Ada-Ada je lah abang ni. Dahlah, Haira nak sambung buat kerja dulu. Bye abang Man.."Haira berlalu sambil melambai manja dengan sebelah tangannya lagi memegang mug. Sengaja dia lebihkan lenggoknya saat berlalu pergi.

🌹🌹🌹

Arman Holding,

"Cik Kristina, jom ikut saya. Boss sudah menunggu"ujar seorang gadis yang memakai pakaian pejabat yang agak mencolok mata. Pantas Kristina menoleh ke sisi. Hayiz yang duduk di sebelahnya hanya memandang telefon.

'Pekerja dekat sini memang pakai baju macam nak pergi club ke apa? Yang sekor sebelah aku ni pun mesti duk pandang je perempuan ni'bisik hati Kristina.

Kristina mengangguk lalu mengangkat punggungnya membuntuti gadis tadi. Hayiz turut sama mengekori dari belakang.

Pintu bilik CEO Arman Holding di ketuk. Pintu di tolak lalau gadis itu melangkah masuk. Pintu di pegangnya lantas menjemput Kristina dan Hayiz masuk. Kristina hanya melempar senyum tanda terima kasih.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now