Ep 12

1K 105 5
                                    

Haira yang duduk di meja kerjanya tertinjau-tinjau ke arah bilik Hayiz. Dia mengeluh kecil. Badan disandarkan pada kepala kerusi. Nota yang terletak elok diatas meja di tenungnya kosong.

"Ui! Termenung jauh nampak"tegur Mel bersandar di patisyen meja Haira.

"Mana adalah.."nafi Haira.

"Intai boss ke?"tanya Mel

"Boss tak masuk lagi ke?".

"See, i know you tunggu boss masukkan.."usik Mel. Haira tersenyum malu.

"Boss masuk hari ni. Mungkin lambat kut. Tadi I ada tanya Mus, dia cakap boss masuk tengah hari. Sebab I nak hantar kerja yang boss bagi tu"mulut mel muncung ke arah fail di atas mejanya.

Haira berfikir sejenak. Terus dia mengukir senyum penuh makna.

"Mel, you kena turut side kan petang ni. Apa kata kalau I je yang tolong hantarkan untuk you"Haira mempelawa.

"Ha'alah.. I lupa. Tak apa ke you tolong hantarkan ni?".

"Tak apa.. I lagi suka"Haira tersenyum.

"Thanks.. nanti kalau hantar lambat angin pula boss tu".

'Nilah kesempatan aku untuk jumpa dengan boss. Aku akan cuba tackle boss tu sampai dapat'bisik hati Haira.

🌹🌹🌹

Kristina duduk di pantri sambil menghirup nescafe latte panas sebelum memulakan kerjanya. Air nescafe di dalam cawan di tenungnya. Dia teringat akan perbicaraan dia bersama Mummynya malam tadi.

Sedang dia mengelamun, seseorang datang menegurnya. Kristina mengangkat wajahnya yang kosong memandang si gerangan. Terus berkerut dahinya.

"What do you want?"tanya Kristina kasar.

"Amboi, kasarlah you ni. Tak berubahkan".

"What do you want Nick Jayden?".

"Itu nama lama I lah. Nama baru I Nik Muhammad".

"But it still your name. You nak apa dengan I sampai ke sini you datang cari I. We are over two years ago. Dekat sana banyak lagi syarikat yang you boleh praktikal. Why here?".

"Kris, give me a second chance".

"Oi tenuk, I dah tak sayang you and dah tak cintakan you. How come i want give you a second chance? Please lah. Banyak lagi perempuan dekat luar sana."dah keluar dah bahasa kasar dia.

"Tenuk you call me? Sampainya hati mu~"tangan ni menyentuh dadanya seperti hatinya sakit apabila Kristina memanggilnya sebegitu. Kristina menayangkan muka menyampah.

"Ada jugak yang makan cawan nanti ni. Huh! Malas layan orang macam you ni. Serabutkan kepala je. Ni! Tolong cuci sekali"ujar Kristina. Sempat dia menyuruh Nick mencuci cawannya sekali.

"Haih.. tak pernah berubah"Nick mengeluh dengan senyum

🌹🌹🌹

Kristina ke cafe Tudung Merah untuk makan tengah hari. Kaki melangkah masuk ke dalam cafe. Wajah pertama yang menyapa pandangan Kristina ialah Iskandar yang berada di kaunter. Dahinya berkerut. Pelik.

"Aik! Bukan biasanya Habibah ke yang duduk dekat kaunter?"kata Kristina sendiri. Dia mengatur langkah ke kaunter.

"Hai Is, mana Bib?"tanya Kristina.

"Hai, Bib tak sihat. Biasalah orang mengandungkan. Banyak alahan dia. Itu yang aku suruh dia berehat je dekat rumah".

"Oh.. tak apalah macam tu. Petang nanti aku datang melawat dia".

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now