Kristina menyua makanannya ke dalam mulut sambil matanya merenung Hayiz Tajam. Hayiz yang perasan akan renungan tajam itu hanya membiarkan sahaja. Malah senyuman tipis terukir dibibir.
'Dia ni tak nak gaduh dengan aku ke? Takkan mamat ni selenga kut. Muka handsome tapi selenga. Ish! Tak kenalah'bisik hati Kristina
"Kris!"Sahut Mummy Maria menyedarkan Kristina dari merenung Hayiz.
"Yes mummy?"jawab Kristina terpinga-pinga.
"Yang Kris pergi tenung Hayiz macam nak telan tu dah kenapa? Makan lah". Kristina tersengih menayang gigi. Termalu sendirilah tu.
"Tak apalah Mummy.. nanti Kristina rindu Hayiz, susah pula nanti. Terpaksalah kena masuk meminang kan?". Terbuntang mata Kristina mendengar perkataan meninang.
"Hey! Mulut tu jaga sikit eah! Siapa kata aku rindu kau? Sorry sikit eah! Tak ada masa aku nak rindu kau. Simpang malaikat 44".
"Eleh... rindu cakap lah"Hayiz mengusik.
"Orang cakap tak ada tu tak adalah!"marah Kristina.
Mummy Maria ketawa melihat Hayiz dan Kristina bergaduh mulut seperi anjing dan kucing. Tidak dapat dia bayangkan kalau Kristina dan Hayiz disatukan. Huru-hara agaknya.
"Mummy.. tengoklah dia ni.."renget Kristina.
"Sudah.. tak elok bergaduh depan rezeki. Dah, makan".
Kristina cemberut. Dia menyambung kembali santapannya. Sempat dia menjeling tajam ke arah Hayiz. Hayiz hanya mengjungkit senyum bangga.
🌹🌹🌹
Sudah sebulan Kristina terperuk di rumah. Hari ini dia kembali ke pejabatnya yang sudah begitu lama di tinggalkan. Kaki melangkah masuk kedalam bangunan Laskar Pura. Wajah baru Kristina yang berkaca mata itu menarik perhatian pekerjanya. Sapaan pekerja di sambut dengan senyum. Kaki di atur memasuki lif.
Baru sahaja pintu lif mahu tertutup, ada satu tangan yang menghadang. Seorang lelaki masuk ke dalam lif dengan senyuman. Pintu lif tertutup kembali dan bergerak naik ke atas.
"Good morning miss Kristina, how are you today"sapa lelaki itu.
"Good morning, i'm feeling good. Better then before. You ni kenapa lambat? Boss dah sampai awak baru sampai ni?".
"Tertidur selepas subuh tadi. Itu yang gelabah semacam ni".
"Tak sarapan lagilah ni?". Lelaki itu menggeleng dengan sengihan.
"Haish.. you ni dah patut kahwin tau. Nanti pukul 10. 30 we go to breakfast".
"Cantik..."lelaki itu mengangkat ibu jari.
"Oh! I memang selalu cantik"kata Kristina mengibas rambutnya kebelakang.
"Ee.. perasannya". Mereka ketawa kecil.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021