Seperjalanan pulang, sepatah kata pun tak keluar dari mulut Kristina mahupun Hayiz. Tiba-tiba situasi antara mereka menjadi canggung. Kristina melemparkan pandangan ke luar tingkap sambil menggigit kuku jarinya. Bila dia ingat balik kejadian tadi, terus wajahnya membahang kemerahan.
Sesampainya mereka di hotel, masing-masing masih lagi senyap. Walaupun begitu, Hayiz tetap membantu Kristina untuk menapak dengan kaki yang masih berbalut itu.
Kristina melabuhkan duduk di atas katil. Badan di sandarkan di kepala katil dengan kaki di luruskan.
"Em.. aku nak keluar kejap. Cari air mineral"tutur Hayiz. Kristina hanya mengangguk.
Hayiz mengatur langkah keluar dari bilik. Sebaik sahaja Hayiz hilang di sebalik pintu, Kristina terus menyembamkan wajahnya pada katil berkali-kali.
"Argh!!! Malunya!!! Macam mana boleh jadi macam tu!!! Ee!!! Mana aku nak letak muka ni!!! Ya tuhan!!!"teriak Kristina menghempuk wajahnya dengan bantal.
"Ee!!! Sabar. Sabar Kris. Dia tu suami kau. Jadi kalau benda macam tu terjadi sekali pun, tak jadi satu salah kan? Fuhh~ okay. Relax. Take a deep breath Kristina"omel Kristina sendiri. Nafasnya di atur perlahan.
"Ee!!! Tak boleh lah!!! Malu!!! Macam mana aku nak hadap muka dia ni!!! Alamak... takkan nak say sorry kut? Lagilah malu. Aduh... macam mana ni? Macam mana ni?"Kristina menepuk kepalanya perlahan memikirkan cara.
"Ha! Bib?". Lantas telefonnya di capai lalu mendail nombor telefon Habibah.
🌹🌹🌹
Hayiz keluar dari sebuah mart dengan membawa satu plastik barang yang dibeli. Keretanya di bahagian parking di tuju. Jari menekan remote kunci kereta. Baru sahaja tangannya mahu membuka pintu, satu tangan menolak pintu itu dari terbuka. Hayiz memandang tangan itu lantas memusingkan badannya.
"What do you want Haira? And siapa yang bagi kau cuti untuk datang sini?!"marah Hayiz.
"Sayang.. relaxlah. I datang sini sebab you lah. Kenapa you tak bagitahu yang you pergi cameron. Puas tau I cari you dekat office"tutur Haira kegedikkan sambil tangannya menjalar di dada bidang Hayiz.
"Eh! Stop It Haira!! Aku datang sini tak ada kene mengena dengan kau! Eh! KAU PERGI BALIKLAH!!!"nada suara Hayiz terus naik meninggi. Tangan Haira di tepis kasar.
"Muhammad Hayiz Muiz bin Muhammad Ridzwan. Listen here carefully. I tak akan benarkan sesiapa pun dapatkan you. Okay. Cause I dah fall in love with you. I akan make sure yang you akan jadi milik I dan.. Kristina Airin yang you cintakan sangat tu.. akan I hapuskan"kata Haira psycho. Tangannya menggenggam kolar jaket Hayiz.
"Lepaslah Haira!! Listen here! Aku! Tak akan sesekali suka dekat kau walau sikit pun!! If you dare to touch my wife!!! I will make you will get in COURT!!"tengking Hayiz.
"Uu~ i like you vibe. So rough!. Grr.. it okay. Sekarang I akan bagi you enjoy dulu honeymoon dengan your lovely wife. Tapi lepas ni, i akan make sure that you tak akan bahagia dengan dia"kata Haira dan kakinya mula menapak pergi.
"Oh ya!! One more thing. I get the holiday approve from Dato' Ridzwan. He so hot walaupun dah berusia. Tapi.. I tak adalah nak goda your dad. I only have you, bye darling"tambah Haira lagi. Sempat dia melayangkan flying kiss ke arah Hayiz dengan kenyitan mata.
Hayiz memandang Haira pergi dengan pandangan tajam. Tangannya di kepal menampakkan urat yang timbul di tangannya. Dia memboloskan diri ke dalam kereta. Beg plastik di campak ke seat tepi.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021