"Kris, kau okay tak ni?"soal Balqis.
"Aku okaylah.. cuma.. badan aku ni penat je kebelakangan ni"jawab Kristina.
"Tak nak pergi klinik ke?"tanya Humaira.
"Buat apa?"berkerut Kristina.
"Mana tahu ada sebab lain kut..."tambah Humaira lagi. Kedua keningnya di jungkitkan.
Habibah dan Balqis loading seketika. Selepas tu baru mereka dapat pick up dan menarik senyum.
"Ha'alah. Mana tahukan ada sebab lain"celah Habibah.
"Dah.. tak payah nak merepek melalut dekat sini. Kita datang sini nak lepak jalan-jalan kan? So, simpan soalan yang mengarut tu"pantas Kristina menepis soalan itu.
"Alaa.. Kris, jomlah pergi check"ajak Habibah.
"Buat apa? Kalau tak ada korang juga yang cemberut nanti".
"Tina, belum check, belum tahu tau. Jomlah.."ajak Humaira pula.
"Ish! Yelah-yelah.."Dengan keterpaksaan terpaksa dia relakan juga.
'Tapi, elok juga aku pergi check. Period aku dah lewat seminggu ni. Mana tahu melekat ke..'bisik hati Kristina gembira.
🌹🌹🌹
"So, macam mana? Semua dah siap ke?".
"Sikit je lagi. Yang lain semua dah settle. Aku pun dah suruh si sofea ajak bini kau pergi lepak jalan-jalan"tutur Iskandar melalui corong telefon.
"Good, good. Eh! Is, aku nak tanya kau sikit boleh tak?"
"Apa dia?"jawab Iskandar.
"Macam mana kau tahu bini kau mengandung eak?".
"Aik! Pelik bebeno ayat kau Hayiz. Asal? Kris pregnant ke?".
"Belum lagi.. tapi sejak dua menjak ni perangai dia tu lain sikit"jelas Hayiz memusingkan kerusi kerjanya.
"Lain macam mana?".
"Dia tak boleh bau perfum aku. Padahal perfum tu dia yang belikan. Lepas tu kerap sangat kencing. Kalau boleh nak berkampung dalam toilet tu"cerita Hayiz.
"Dia... lain orang lain symptom dia tau. Aku nak cakap lebih, aku ni bukannya doktor. Tapi, elok kau ajak dia pergi check up. And kau ada kira hari period dia tak?".
"Tak. Aku tak pernah kira. Memang kena kira ke?"soal Hayiz.
Iskandar sudah menepuk dahi. Lurus juga kawan dia sorang ni.
"Ada orang dia tak kira. Tapi kalau yang buat family planning memang akan kira. Kau try jelah ajak si Kris tu pergi klinik. Senang cerita".
"Herm.. yelah. Nanti aku ajak dia pergi Klinik".
"Ha. Ni kau datang sini pukul berapa?".
"Dalam pukul 5 macam tu aku gerak".
"Alright. Aku letak dulu. Anak aku nak menangis".
"Okay bro. Thanks a lot". Talian di matikan.
Hayiz bersandar di kepala kerusi memikirkan cadangan Iskandar. Tiba-tiba satu hal datang memintas fikirannya. Dia bangun dari duduknya dan mengorak langkah keluar dari pejabat. Meja bahagian kejuruteraan di hampirinya.
"Boss"tegur Khai.
"Haira tak masuk lagi?". Tanya Hayiz.
"Belum boss"jawab Khai.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021