"What are guys doing!!"kata satu suara lantang dari arah pintu.
Hayiz tersentak lantas berdiri menghadap orang itu. Begitu juga Haira.
"Kris, ini bukan apa yang kau fikirkan"kata Hayiz perjelaskan.
"Bukan apa?! Aku nampak dengan mata aku sendiri! Kau tunang aku. Sanggup aku buat macam tu belakang aku?!"Kristina menapak laju menghampiri Hayiz.
"And you! Kau memang tak malu ke? Merenyam dengan tunang orang! Desperate sangat ke? Dengan pakai baju macam tu! Kau ingat cantik ke? Pekerja buat macam pekerja!"marah Kristina menunjal bahu Haira.
"Now you get out!!"lantang suara Kristina. Terjungkit bahu Haira. Dia segera berlalu keluar.
Haira mengjungkit senyum sinis tanpa di ketahui oleh Kristina.
"Kris, let me explain. Aku dengan dia tak buat apa-apa pun. Sumpah. Dia tu pekerja baru aku. Dia yang masuk pejabat aku. Aku dah suruh dia keluar. Trust me"jelas Hayiz.
Wajah Kristina sudah bengis bak singa. Hatinya membara. Sakit. Baru saja dia mahu membuka hati untuk Hayiz. Tapi ini yang jadi.
"Kau tak sempat buat apa-apa sebab aku dah halang!!. Kalau aku tak halang tadi apa yang kau dengan dia akan buat!! Huh! Kalau dah playboy tu, sampai bila-bila akan jadi playboy!".
"Stop It Kris!!"nada suara Hayiz naik seoktaf.
Kristina tersentak. Dia memandang Hayiz bengis dengan mata yang berkaca. Wajah Hayiz yang tegang mula mengendur bila melihat mata Kristina sudah berkaca.
"I'm sorry. Please Kris.."
"You ruin everything Hayiz. Aku baru nak buka hati untuk kau! Tapi kau rosakkan semuanya. Mulai hari ni! Aku tak nak tengok muka kau lagi!"Setitis air mata Kristina keluar. Pantas di seka. Kristina berlalu keluar dari pejabat Hayiz.
"Argh!! Tak guna!!"amuk Hayiz. Rambutnya di raut ke belakang.
🌹🌹🌹
"Kris, kau betul ke nak putus tunang ni? Wedding kau next week tau"tanya Balqis melabuhkan duduk di sebelah Kristina sambil meletakkan secawan air.
"Aku tak tahu Qis, he ruin everthing. Hati aku sakit tau. Aku paling benci bila lelaki main kayu tiga. Kau pun tahu kan"kata Kristina.
"Iya.. aku tahu. Tapi kau tak boleh buat keputusan terburu-buru macam ni"pujuk Balqis.
Kristina diam. Perasaan kecewa dan benci menguasai dirinya.
"Kris, jangan macam ni.. kau bagi dia satu peluang. Mungkin kau yang salah tafsir".
"Salah tafsir apanya Qis, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Dia dengan budak tu.. ergh!!".
Balqis mengeluh. Dia menoleh mamandang Imran yang berdiri tidak jauh dari situ. Kepala di gelengkan. Imran turut mengeluh. Balqis memberi ruang Kristina untuk sendiri. Dia bangun dari duduknya menghampiri Imran.
"Macam mana?"tanya Imran.
"Dia tetap nak putus tunang. Abang, takkan kita nak biarkan je. Kesian tau sayang tengok Kristina tu"ujar Balqis.
"Abang pun tak tahu nak buat apa. Hayiz ni pun satu. Haduh..!! Rumit betullah hubungan diorang ni"Imran menggaru kepalanya yang tidak gatal.
🌹🌹🌹
Kristina melabuhkan duduknya di atas sofa menghadap Mummy Maria dan Dato'Sri Nizam.
"Mummy, Kris dah buat keputusan. Kris nak putus tunang"tutur Kristina tanpa simpang siul.
"What?! Kris sedar tak apa yang Kris cakapkan ni?"soal mummy Maria.
"Kris sedar mummy"Kristina menundukkan wajahnya.
"Wedding lagi seminggu tau. Kris jangan buat perangai budak-budak macam ni"nada mummy Maria sedikit meninggi.
"Mar, jangan nak marah-marah macam tu. Cuba tanya anak kau tu elok-elok"tegur Dato'Sri Nizam.
"Nak tegur elok macam mana Bah, dah dia buat keputusan tak bincang dengan kita".dada Mummy Maria berombak naik turun menahan amarah.
"Kau duduk diam-diam. Biar aku tanya cucu aku ni"tegas Dato'Sri Nizam. Mummy Maria akur.
"Kris, cuba bagitahu atok, kenapa nak putus tunang. Apa yang Hayiz dah buat. Atau Kris yang ada buat masalah?"tanya Dato'Sri Nizam lembut.
"Kris pergi office Hayiz sebab nak ajak dia pergi fitting baju. Tapi, Kris nampak dia dengan staff perempuan dia dalam pejabat. Siap pegang-pegang lagi"jelas Kristina.
"Kris cemburu?".
"Tak. Kris tak ada sikit pun rasa cemburu. Tapi kris rasa kecewa and benci. Dia dah tahu yang dia tu tunang orang, kenapa dia buat macam tu. Kris pantang tau atok bila lelaki main kayu tiga ni. Kris benci."kata Kristina.
"Macam ni. Atok nak Kristina fikir betul-betul tentang ni. Fikir juga keluarga Hayiz macam mana. Kalau Kris rasa dengan putus tunang ni boleh buat Kris lega. Kris buat lah. Tapi satu je atok nak pesan. Jangan cepat sangat buat keputusan tanpa bukti kukuh. Bagi peluang dekat Hayiz untuk perbaiki silap dia. Bukan dengan terus menghukum"nasihat Dato'Sri Nizam panjang lebar.
Kristina diam. Dia tahu, dalam nasihat atoknya ada yang menusuk ke hati. Tapi, hatinya sudah terlanjur kecewa dan benci dengan apa yang dilihat tempoh hari.
🌹🌹🌹
"Ha.. iya, iya. Tak apalah akak, kita bagi Kris masa dulu. Semoga Allah permudahkan segala urusan... baiklah kak. Assalamualaikum".
Talian di matikan. Elly memandnag anak lelakinya tajam sambil bercekak pinggang."What did you do along?".
"Along tak buat apa pun Ummi, sumpah. Percaya lah cakap Hayiz"tutur Hayiz.
"Kenapa sampai boleh jadi macam ni.. wedding lagi seminggu tau. Preparation semua dah siap. Ni, mummy Kris call cakap yang Kris nak putus tunang".
"Hah?! Pu..putus tunang?"terkejut Hayiz.
"Iya.. haih.."Elly melabuhkan duduknya dengan keluhan kecil.
"Ini namanya ujian dalam pertunangan. Hayiz banyakkan berdoa supaya lembutkan hati Kris dan permudahkan segala urusan. Bukannya mengeluh.."kata Ridzwan. Ayat terakhirnya seperi di tuju kepada Elly.
"Abang perli saya ke?"jegil Elly.
"Mana ada perli. Sayang terasa ke?"Ridzwan tersenyum.
"Malaslah layan. Menyakitkan hati je"Elly bangkit dari duduknya dan berlalu.
"Merajuklah tu. Itu je kerja dia"omel Ridzwan. Hayiz tergelak melihat Ummi dan papanya.
"Pa, Along kadang-kadang cemburu juga bila tengok hubungan ummi dengan papa happy je. Tak macam Along. Macam roller coster".
"Along, hidup ni, tak ada yang sempurna. Masing-masing ada ujian masing-masing. Waktu papa kahwin dulu pun banyak cabarannya juga. Ada orang tak puas hatilah.. sampai Ummi lari bawa diri. Sampai mengancam nyawa pun ada"cerita Ridzwan.
"Hah? Betul ke papa?".
"Iya.. masa tu Along kecil lagi. Tak tahu apa-apa. Papa pernah kena tembak tau sebab nak selamatkan ummi. Besar pengorbanan untuk mengecapi bahagia".
"Uish! Tembak?".
"Papa selalu pegang pada kata-kata ni. Kunci kebahagiaan adalah kesabaran dan kesetiaan. Sebab hal-hal yang besar akan datang pada orang yang bersabar".
"Thank you pa, I appreciate that. I will remember that forever".
Aduh!! Haira ni tak habis-habis dengan rancangan jahat dia. Jadi ke Kristina dan Hayiz kahwin? Stay tune..
Xoxo❤️
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomantizmAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021