Nick menapak ke arah pintu bank dengan matanya memandang pada skrin telefon. Pada waktu yang sama, seorang gadis anggun bertudung dan berbaju kurung keluar dari bank yang sama. Gadis itu seperti tergesa-gesa memeriksa sesuatu didalam beg tangannya.
"Aduh!!"gadis itu mengaduh apabila dia terlanggar seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Sampai terduduk dibuatnya.
Nick yang tersedar akan itu terus menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar dan melutut menghadap gadis itu.
"Sorry miss. Did you hurt?"soal Nick.
Gadis itu memandang Nick tajam. Sambil menggosok tangannya.
"Ee!! Tak ada mata ke mat saleh ni! Lain kali jalan tu jangan lah pandang phone!"omel Gadis itu.
Nick yang mendengar omelan itu hanya tertawa kecil.
"Dia ni gila ke apa duk gelak sorang-sorang"kata gadis itu lagi.
"Saya tak gila cik. Saya masih waras lagi"tutur Nick menyentakkan gadis itu. Terus terbuntang mata gadis itu apabila Nick fasih berbahasa melayu.
"Need help?"ujar Nick menghulurkan tangan. Gadis itu pantas berdiri tidak menyambut huluran itu.
Nick menghela nafas apabila hulurannya tidak disambut lantas dia berdiri. Terlihat gadis itu tertinjau-tinjau seperti mencari sesuatu ke arah jalan.
"Cari siapa?"tanya Nick.
"Ish! Sebabkan awak lah ni! Tengok, grab saya dah lari. Ish!"tutur gadis itu geram.
"Come saya tumpangkan. Nak pergi mana?". Terus gadis itu menoleh memandang Nick. Dia memandang Nick atas bawah. Terus dia memeluk beg tangannya erat.
"No. It okay. Saya boleh cari grab lain"kata gadis itu mengalihkan pandangannya ke hadapan.
"If you in rush, saya boleh tumpangkan. I'm not a bad guy. Ada ke orang handsome macam ni buat jahat?"kata Nick menarik senyum.
"Orang handsomelah kebanyakannya jahat.."kata gadis itu menggulingkan matanya.
"Okay. Is up to you. Kalau rasa nak cepat, jom saya hantarkan. Kalau tak nak, saya pergi dulu"Nick mula menapak pergi.
Gadis itu was-was mahu menerima pelawaan Nick tetapi dia memang nak cepat.
"Encik!"sahut gadis itu. Nick berhenti melangkah dan menjungkit senyum.
🌹🌹🌹
Nick menumpangkan gadis itu sebagai tanda minta maaf. Sepanjang jalan, mereka berdua hanya diam membatu.
"So, mind to tell me your name?"tanya Nick memandang gadis itu sekilas.
"Hah?! Em.. saya Arissa"jawab gadis itu.
"Nice name"kata Nick mengangguk. Arissa tersenyum janggal. Beg tangannya di peluk erat. Takutlahkan apa-apa jadi dekat dia.
"So, you're a teacher?"soal Nick lagi.
"Ya.. eh! No. Saya kerani. Dekat company area tadi tu"jelas Arissa gugup. Gugup sebab takut atau gugup sebab ada mamat saleh handsome dekat sebelah?
"Jadi awak buat apa dekat kindergarden?"soal Nick. Dia memberhentikan keretanya sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah tadika.
"Saya nak ambil anak saya"kata Arissa melakar senyum tipis langsung dia keluar dari kereta menapak ke arah pagar tadika itu.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
Lãng mạnAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021