Hari ini merupakan hari yang amat penting buat seorang gadis yang bernama Haira. Hari ini juga merupakan hari dia akan di temuduga sebelum melakukan latihan industri di sebuah syarikat yang ternama.
Dia berdiri di hadapan cermin dengan memakai sut dan berseluar. Rambutnya yang dibiar lepas dibahagi dua dan diikat rambutnya bahagian atas. Setelah dia yakin dengan dirinya, dia mengcapai beg tangan dan fail yang terletak diatas meja dan berlalu keluar dari bilik.
"Morning girl!!"sahut Haira kegembiraan.
"Happy kau pagi ni"kata Sherly sambil menghidang sarapan pagi.
"Of courselah aku happy. Nak pergi interview kena lah ambil mood Happy. Kau ni pun.."balas Haira melabuhkan duduknya di atas kerusi.
"Ni, Venessa mana?"tanya Sherly tangannya menceduk nasi goreng ke pinggannya.
"Kau ingat dia bagun ke pagi-pagi macam ni? Membuta lagilah dia tu. Kena repeat sem kan". Haira menyua nasi ke mulutnya. Setelah beberapa suap. Dia meneguk air sehingga habis dan meminta diri untuk pergi.
Haira menyarungkan kasut bertumitnya sambil berdiri lalu menekan butang kunci kereta. Dia bergegas masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta di hidupkan dan memandu keluar dari kawasan rumah sewanya.
Haira tinggal bersama kawan-kawannya sejak semester 3. Haira merupakan seorang gadis yang asal dari kampung yang menyambung pelajarannya di bandar.
🌹🌹🌹
Di bangunan Laskar Pura, Kristina memasuki bangunan itu dengan penuh lagak. Sedang dia asyik melayan divanya, entah kenapa kakinya boleh terpeleot dan menyebabkan dia hampir terjatuh. Nasib dia sempat mengimbangkan badannya.
Pekerja lain yang melihat mengetap bibir menahan tawa. Kristina berdehem membetulkan rambutnya. Kali ini dia pakai seluar. Tak adalah dia rasa tak selesa bila nak duduk.
"Jangan gelak ea. Potong gaji sorang-sorang baru tahu. Dah, buat kerja"ugut Kristina. Semua pekerja segera menyambung kerja mereka. Takut kena potong gaji.
Kristina berjalan memasuki lif. Pintu lif tertutup sebaik sahaja butang 10 ditekan. Dia melekatkan dahinya pada dinding lif.
"Haih!! Malunya!! Stress aku pakai kasut ni. Kan senang kalau pakai kasut sport je"Kristina menanggalkan kasut bertumit itu kasar.
Pintu lif terbuka menanda dia sudah tiba di tingkat 10. Kasutnya itu diambil dan dipegang. Dia keluar dari lif dengan berkaki ayam. Dia sudah tidak peduli apa pekerjanya mahu katakan yang penting dia tidak tersiksa memakai kasut yang sungguh menyiksakan itu.
Pekerja yang ada di situ hanya memandang Kristina berjalan ke pejabatnya dengan berkaki ayam.
"Kenapa dengan Cik muda tu? Moody je?"tanya seorang pekerja lelaki.
"Entahlah. Stress sangat kut".jawab pekerja perempuan. Yang lain mengangguk tanda setuju.
Kristina menghenyak kerusinya. Telekom di tekan.
"Imran, masuk bilik aku sekarang"ujar Kristina.
Tidak lama kemudian, Imran datang memasuki pejabat Kristina. Dia duduk di kerusi berhadapan meja Kristina.
"Kau dah kenapa ni? Serabut je aku tengok"tanya Imran.
"Aku stress"jawab Kristina.
"Stress sebab apa? Nak kata kerja banyak, tak ada pula".
"Kasut ni ha.. buat aku stress. Tolonglah Alan, aku penatlah nak pakai kasut ni"rungut Kristina dengan wajah mahu menangis.
Tanpa dijangka, Imran ketawa pecah. Wajah Kristina terus masam mencuka. Bukan nak menolong malah mentertawakan.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
Roman d'amourAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021