Ep 7

1.2K 133 9
                                    

Setibanya di hadapan appartment, Kristina turun dari motornya lalu menyentuh kunci rumahnya pada pengesan masuk. Visor di buka memandang Hayiz.

"Thanks hantar aku balik. Kau jangan nak perasan yang aku suka kawan dengan kau pulak. Aku masih tak boleh terima apa yang kau dah buat dekat kakak aku"kata Kristina.

"No problem"balas Hayiz.

"Dah sakitkan hati kakak nak kahwin dengan kakak pula"omel Kristina perlahan.

"Apa dia?"tanya Hayiz.

"Tak ada apalah! Dah. Pergi berambus"Kristina menghalau. Hayiz tersenyum. Visornya di turunkan dan terus dia memecut pulang.

Kristina menonton motornya memasuki garaj. Dia melangkah memasuki appartment dan naik ke tingkat rumahnya.

Badannya di rebahkan di atas katil. Mata memandang siling. Keluhan berat di lepaskan.

"Kakak, macam mana kau boleh terima mamat tu jadi laki kau eak? Sedangkan dia tu pernah lukakan hati kau. Nak kata handsome.. adalah sikit. Haish! Pelik"tutur Kristina sendiri.

Lama kelamaan matanya makin memberat dan dia terlelap di bawa arus mimpi.

🌹🌹🌹

Bunyi penggera telefon membingitkan pagi Kristina. Dia menggeliat lalu mencapai telefon bimbitnya. Penggera di matikan dan dia kembali tidur. Tidak lama kemudian, bunyi deringan telefon menandakan ada panggilan masuk. Dengan perasaan geram, telefon di ambilnya dan butang hijau di seret lalu telefon di bawa ke telinga.

"Hello! Nak apa ni.. kacaulah orang tengah sedap tidur ni"ujar Kristina yang masih mamai.

"Hoi!! Bangun!! Kristina Airin!! Kau dah lewat tahu tak! Hari ni ada meeting dengan Ceo Eric Golden"sahut Imran dari corong telefon.

Mendengar akan itu terus drastik Kristina bangun dari pembaringan dan melihat jam di telefonnya. Membulat matanya apabila mendapati jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi.

"Arghh!!! Aku dah lambat!!" Teriak Kristina lalu mematikan panggilan. Dia bergegas ke bilik mandi dan bersiap dalam kelajuan kuasa kuda.


Sementara itu bilik mesyuarat Laskar Pura,

"Im, mana ni? Dah pukul berapa ni?".

"Kau sabarlah kejap. Dia baru bangun. Ala.. macam tak biasa datang sinikan"dalih Imran.

"Baru bangun? Okay. Aku tunggu. Kalau lagi 30 minit dia tak sampai, aku cao".

"Iye.. sabar".

Imran berjalan kehulu kehilir di dalam bilik mesyuarat itu. Menunggu akan ketibaan Kristina yang belum muncul-muncul.

30 minit sudah berlalu. Ceo Eric Golden asyik memandang jam di tangannya. Matanya beralih pada Imran yang berdiri di situ. Imran hanya melemparkan sengihan. Terus dia mencapai telefon didalam poket seluarnya lalu mendail nombor Kristina.

"Hello, kau dekat mana?"soal Imran sedikit angin.

"Aku dah nak sampai dah ni. Sabar kejap"jawab Kristina. Imran terus mematikan talian. Geram dengan kelakuan Kristina.

"Bro, dah 30 minit ni. Aku cao dulu".

"Hayiz, relax ar. Dia dah nak sampai tu"halang Imran.

"Dah satu jam aku tunggu tau. Kalau nak business buat cara business. Be professional. Ini tak, buat meeting lepas tu lambat. Dia ingat aku tak ada kerja lain ke apa?"amarah Hayiz terlepas jua.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now