Ep 20

1K 104 23
                                    

Keadaan hospital sunyi seperti biasa. Kelihatan nurse dan doktor berjalan ke hulu-ke hilir melakukan kerja mereka. Tiba-tiba pintu utama hospital terbuka dan terlihat petugas kesihatan mendorong satu katil pesakit.

Doktor dan nurse yang bertugas segera bergegas menghampiri dan turut menolak katil pesakit itu ke bilik pembedahan dalam kadar segera.

Katil di tolak melepasi pintu ruang pembedahan. Seorang lelaki yang turut mendorong katil tadi di tahan di luar pintu.

"Encik sila tunggu di sini"kata Nurse.

Dada lelaki itu berombak laju. Terdapat kesan darah pada bajunya sewaktu ingin menyelamatkan pesakit tadi. Lelaki itu menghenyak kerusi menunggu yang tersedia di situ. Rambutnya di raut ke belakang. Dia buntu.

"Apa aku kena buat sekarang ni".

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.

"Hello Encik Imran".

🌹🌹🌹

Racer tiba di hospital. Mereka melulu masuk ke dalam bangunan hospital lalu mencari kelibat Nick. Mata Imran menangkap kelibat seseorang yang duduk termanggu di kerusi menunggu.

"Nick!"panggil Imran.

Nick yang duduk tertunduk mendongak. Terus dia berdiri apabila melihat orang yang memanggil tadi ialah Imran.

"Nick, Kristina macam mana?"tanya Imran.

"Tak tahu lagi. Dia masih dalam bilik pembedahan".

"Macam mana boleh jadi macam ni?".

"Saya tak tahu Encik Imran. Saya dalam perjalanan nak balik rumah, lepas tu saya nampak ada kereta terbabas dekat devider. Saya tengok kereta tu macam kereta Kristina. Saya pun pergilah tolong"cerita Nick.

"Macam mana keadaan kereta dia?"tanya Hayiz.

"Kereta dia depan hancur teruk. Mungkin dia drive laju sangat".

Hayiz mengeluh gusar. Wajahnya diraut . Dia mula gelisah. Dia tidak mahu kehilangan orang yang dia sudah cintai buat kali kedua. Cukup kehilangan hanya sekali.

Hayiz menoleh memandang Safwan yang diam membatu. Lantas dia menghampiri Safwan lalu mengcengkam jaket bilik Safwan.

"Ini semua salah kau tau! Kalau bukan sebab kau Kristina tak akan jadi macam ni!!"tengking Hayiz.

"Hayiz, sudah lah! Kita dekat hospital ni. Kau sabar boleh tak"tegur Imran menarik Hayiz menjauhi Safwan.

Hayiz melepaskan genggamannya seraya menolak tubuh Safwan kasar. Dia menghenyak punggungnya duduk di kerusi menuggu menongkat kepala.

Nick yang melihat kejadian itu hanya diam. Didalam fikirannya tertanya akan siapa Hayiz dan apa hubungan Hayiz dengan Kristina.

🌹🌹🌹

"Abang...abang..".

Dahi Hayiz berkerut-kerut apabila terdengar suara sapaan yang mendayu itu. Suara itu seperti pernah didengarinya sebelum ini. Sepertinya suara itu hanya dekat dengannya. Kelopak matanya di buka perlahan. Bayangan kabur yang bercahaya menyapa pandangannya.

Dikedipkan matanya beberapa kali. Bayangan bercahaya itu semakin jelas kelihatan. Dia terkejut beruk dan drastik terbangun dari pembaringan apabila melihan raut wajah orang yang dirinduinya bertahun-tahun lamanya berada di hadapan mata.

Terus dia memeluk bagi melepas rasa rindu. Sakit di lubuk hatinya menahan rindu. Tidak lama kemudian pelukan di lepaskan.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now