Kristina menapak ke ruang makan dengan wajah memerah. Dia melabuhkan duduknya di samping Dato'Sri Nizam membatukan diri.
"Hai Kris, kenapa ni?"tanya Elly.
Kristina mengangkat wajahnya memandang Elly. Sengihan di lemparkan dengan gelengan kepala. Sebaik sahaja Elly dan Mummy Maria selesai menghidang, Kristina terus menceduk lauk ke dalam pinggannya. Nasi si sua ke mulut bagi menutup rasa malu yang menebal.
"Eh! Dato'Sri, sorry. Hayiz baru balik Maghrib tadi. Si ketot tu pun tak ada pula bagitahu yang Dato'Sri nak datang"ujar Hayiz menghampiri Dato'Sri Nizam lantas mereka bersalaman.
Hayiz hanya mengenakan tshirt berlengan panjang dengan lengannya di sentengkan hingga ke siku dan berseluar jeans putih. Casual but smart.
"Ish! Apa panggil Dato'Sri ni. Hayizkan tak lama lagi nak jadi cucu menantu atok. Panggil atok je cukup"ujar Dato'Sri.
"Baik atok". Hayiz tersenyum lalu melabuhkan duduk di samping Everlyn dan berhadapan dengan Kristina.
Hayiz memandang Kristina di hadapannya yang hanya menunduk menyantap makanan.
"Tak makan seminggu ke? Khusyuk betul makan tu. Sampai nak masuk dalam pinggan"tegur Hayiz dengan senyum senget.
Kristina yang asyik dengan makanan tersedak. Dia terbatuk-batuk akibat disakat sebegitu. Dia menepuk dadanya menunjukkan bahawa dia tercekik. Pantas sahaja Mummy Maria menghulurkan segelas air. Terus diteguknya sehingga habis.
Kristina meletakkan gelas di atas meja dengan keluhan lega. Pecah tawa yang lain melihat Kristina.
"Kau! Kalau aku mati tadi macam mana?!"marah Kristina mengacukan garfu ke arah Hayiz.
"Kalau mati, senang je...Tinggal tanam and settle"gurau Hayiz.
"Ummi.. tengok Hayiz tu"renget Kristina.
"Hayiz..! Apa cakap macam tu. Tak baiklah"tegur Elly. Kristina menjelirkan lidahnya ke arah Hayiz dengan jelingan tajam.
"Hayiz gurau jelah Ummi. Dia tu nak serius sangat. Cover malu pasal tadi ke"makin galak Hayiz mengusik. Keningnya di jungkitkan dengan senyum.
Mata Kristina membulat. Wajahnya berubah kemerahan. Sudu dan garfu di genggam erat. Bibir bawah digigitnya geram.
"Pasal tadi? Pasal apa?"tanya Everlyn ingin tahu.
"Tadi masa Kris nak ketuk pintu. Along tak.. Aduh!!"hayiz mengaduh. Tangannya menggosok kakinya yang dipijak Kristina. Kristina memberi renungan tajam.
"Along tak apa?"tanya Ridzwan.
"Tak ada apa papa"kata Kristina berdalih.
Dia kembali merenung Hayiz tajam. Hayiz turut merenungnya tajam dek kerana kakinya di pijak oleh Kristina.
🌹🌹🌹
Sudah 2 hari berlalu selepas kejadian makan malam di rumah Hayiz. Kristina merenung ke luar tingkap dengan bibir yang dimuncungkan. Keluhan dihela. Dia memandang ke sisi melalui ekor matanya.
'Aduh.. apahal aku kena keluar dengan duda ni. Ni semua Eve punya pasal. Kalau dia tak bukak cerita semalam. Tak adanya aku kena keluar dengan mamat duda hot ni'desis hati Kristina.
"Along dengan Kak Kris ni tak pernah keluar dating ke?"Soal Everlyn. Tersentak Kristina dan Hayiz
"Ha'a kan. Betul jugak apa yang Everlyn cakap"Mummy Maria mengiyakan persoalan Everlyn.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021