Imran menyiku Kristina yang terkaku melihat Jejaka yang duduk dihadapannya. Kristina berdehem dan segera mengalihkan pandangannya. Jejaka itu menghulurkan fail kepada Imran dan Imran mengambutnya.
Imran membelek fail itu satu persatu. Sementara itu, jejaka itu hanya merenung Kristina dengan senyuman yang penuh makna. Kristina tidak mengangkat wajahnya. Dia dapat membaca apa yang jejaka itu mahukan.
"Okay, Nik Muhammad bin Abdullah. Eh! Kau mualaf ke?"tanya Imran melihat resume dan jejaka itu silih berganti.
"Yes, I'm mualaf. It been 2 years now. My english name is Nick Jayden".jawab jejaka itu dengan yakin.
"Oh! Okay. I don't want to ask the personal thing. Tell me about yourself?"Imran memulakan soalan temuduganya.
"I'm graduated from Columbia Univercity in Bachelor of engineering. I have an experience in working. Before this i work as bariesta at one of the cafe at New York City". Tutur Nick dengan penuh yakin.
"Okay, good. How old are you actually?"tanya Imran lagi. Kristina yang berada di sebelah hanya mendiamkan diri dari tadi.
"I am 24 this year".
"Okay.. Kris, do you have any question for Nik Muhammad?".
Pertanyaan Imran menyentakkan Kristina. Kristina memandang Imran. Anak mata Imran bergerak memberi isyarat kepada Kristina untuk bertanya soalan.
"Erm.. why did you choose our company as an option for your industrial training?"tanya Kristina memberanikan diri memandang Nick.
"I choose here because i want to see someone that special for me before..."Nick merenung Kristina mendalam.
"And i have my family too here. So, that doesn't make it a problem for me practically near here".
"Okay I think that all and congrats. You pass. Tomorrow you need to come here for report yourself and you may start you practical tomorrow"tutur Kristina. Tangannya ligat mengemas fail.
"I have another meeting so, Mr Imran will brief you"Kristina segera berdiri dan melangkah keluar. Tak tahan rasanya berada di situ lama-lama. Tambahan pula dengan kehadiran Nick disitu.
Nick dan Imran hanya melihat pemergian Kristina. Imran memerhati Nick yang memandang Kristina dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir.
🌹🌹🌹
Kristina menghempas punggungnya di atas sofa di dalam pejabatnya. Keluhan kesal turut dihela. Tangannya yang di letakkan di atas tangan sofa di kepal geram.
"Kenapa kau datang sini hah! Macam tak ada company lain kau nak praktikal. Hish! Aku tak fahamlah dengan budak tu. Dan sejak bila pulak dia masuk Islam. Apa tujuan dia sebenarnya?"Kristina mendongak dengan keluhan.
Pintu biliknya di ketuk beberapa kali. Dia menyahut menyuruh masuk. Pintu di tolak dari luar. Ter cegat Imran di hadapan pintu sambil memegang fail.
Imran melangkah menghampiri sofa yang diduduki oleh Kristina. Fail di letakkan di atas meja kopi.
"Oi! Kau kenapa? Tiba-tiba je keluar macam tu. Siapa budak tu? Kau kenal ke? Aku perasan cara dia pandang kau macam dia kenal kau dah lama. Cuba cerita sikit"tanya Imran melabuhkan duduknya dihadapan Kristina.
"Haih... Nick Jayden atau Nik Muhammad tu sebenarnya bekas kekasih aku. Aku satu Uni dengan dia masa dekat New York. Aku putus dengan dia sebab dia ajak aku kahwin. Masa tu dia tak masuk Islam lagi. That why aku minta putus dan aku tak ready lagi nak kahwin. Tadi tu baru aku tahu yang dia dah dua tahun masuk Islam"jelas Kristina.
"So, sekarang ni kau ada hati lagi tak dengan dia?".
"Tak.. aku tak cintakan dia. Dia je yang terkejarkan aku".
"Dah tu, apa masalahnya sekarang ni. Kau pun tak cintakan dia. Biar je lah. Tak payah nak fikir".
Kristina mengeluh lagi. Dia memang tidak cintakan Nick tetapi, kehadiran Nick membuatkan dia rasa tak selesa. Dia tahu, sewaktu dia di New York, dia agak sosial dalam pergaulan.
🌹🌹🌹
Di kediaman Elly dan Ridzwan, Elly sibuk berkebun di halaman rumah kerana itu sahajalah kerjanya sejak menjadi suri rumah tangga. Everlyn berlari mendapatkan Umminya yang baru sahaja pulang dari sekolah.
"Ummi, hari ni along balik pukul berapa?"tanya Everlyn.
"Along outstation hari ni. Lusa baru along balik".
"Ala...lusa hari minggu. Adik ingat nak ajak along jalan-jalan. Dah lama adik nak jalan-jalan dengan along. Dah lah along selalu je sibuk"Wajah Everlyn monyok.
Elly berhenti berkebun apabila melihat wajah anak bongsunya sudah mendung. Elly melutut di hadapan Everlyn.
"Sayang.. along sibuk sebab along kerja. Cari duit untuk adik juga. Ummi dengan papakan ada. Nanti Ummi bagitahu papa. Kita jalan-jalan okay?. Dah, tak nak monyok macam ni. Tak cantik anak Ummi. Adik pergi masuk dalam, mandi. Nanti kita makan sama-sama"pujuk Elly.
"Baik Ummi..."Everlyn berjalan masuk ke dalam rumah dengan wajah yang masih mendung.
Hayiz tiba di hotel tempat penginapannya selama dia berada ni luar negeri. Badan di rebahkan seketika sebelum bergerak ke lokasi pembinaan untuk memeriksa tapak projeknya.
Bunyi deringan telefon menganggu minda Hayiz. Telefon di dalam poket seluar dicapai. Tertera nama Umminya di skrin telefon. Butang hijau di seret dan telefon di bawa ke telinga.
"Assalamualaikum Ummi".
"Wa'alaikumsalam. Along dah sampai ke?".
"Dah Ummi. Baru je sampai. Lupa nak bagitahu Ummi tadi".
"Tak apa.. ni Ummi telefon sebab nak bagitahu.."
"Bagitahu apa Ummi? Penting ke?".
"Tak adalah penting sangat pun. Ni.. adik kesayangan along lah. Monyok je lepas tahu abang dia pergi outstation. Katanya nak ajak kamu jalan-jalan".
"Laa.. ye ke? Nak buat macam mana Ummi, along sibuk sikit sebab baru dapat projek barukan dengan Laskar Pura".
"Hah! Laskar Pura? Ummi pun ada dengar yang pengarah baru tu adik kembar Arwah Kaisara kan".
"Ya Ummi. Nama dia Kristina Airin".
"Oo...cantik nama. Along tak nak ke.. cuba ambil hati dia. Kut kut lah dapatkan".
"Ish Ummi ni. Kesitu pulak. Along ni duda Ummi. Bukan dia pandang pun. Lagi pun.. along tak sedia lagi nak cari pengganti Kaisara".
"Hey! Anak Ummi duda hot tau. Siapa yang berani tolak? Bagitahu Ummi". Hayiz ketawa mendengar kata-kata Umminya.
"Along, Kaisara dah lama dah pergi. 9 tahun along. Cukup lama untuk along cari pengganti baru. Along tak nak ke bagi Ummi cucu. Ummi dah tua Along".
"Elinakan ada. Suruh je dia beranak banyak-banyak"Hayiz ketawa.
"Ish! Along ni. Ummi nak juga rasa ada menantu perempuan".
"Erm.. tengoklah macam mana Ummi. Ni along dah nak pergi tapak projek ni. Ummi bagitahu Adik yang balik nanti along bawa dia jalan-jalan".
"Yelah. Pasal adik tu tak payah risaulah. Pandailah Ummi dengan papa pujuk. Okaylah. Assalamulaikum".
"Wa'alaikumsalam".
Talian dimatikan. Hayiz termenung seketika mengingati permintaan Umminya yang mahukan menantu. Rambutnya di kusutkan.
"Aduh... Ummi ni.. kenapalah minta menantu. Mintalah beg ke.. baju ke.. bolehlah aku bagi. Ish!!!".
Hayiz bangun dari pembaringan. Dia membetulkan rambutnya dan keluar dari bilik hotel untuk ke tapak projek.
Nick bekas kekasih Kristina? Banyaklah saingan Hayiz hahaha. Nampaknya Ummi Hayiz dah minta menantu. Siapa yang akan jadi calon isteri Hayiz? Korang rasa siapa? Dah tiga orang watak perempuan baru yang muncul.
Enjoy xoxo❤️
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021