Pada hujung minggu, Kristina ke hospital untuk pemeriksaan matanya sama ada dia harus memakai cermin mata lagi atau pun tidak. Dia juga bercadang untuk menjenguk Balqis yang sedang mengalami morning sickness selepas selesai pemeriksaan.
Kristina menapak keluar dari bangunan hospital. Bibirnya menguntum senyum. Dia berjalan menuju ke arah keretanya di parking. Badan dilolos masuk dan enjin di hidupkan.
"Yes! Akhirnya aku tak payah pakai cermin mata lagi!" Kristina terjerit kecil keriangan.
"Sekarang kena pergi kedai sekejap beli buah tangan. Lepas tu terus pergi rumah Imran."tutur Kristina sendiri.
Kristina memandu keluar dari kawasan hospital. Tempat yang perlu dituju adalah mall. Dia perlu membeli sesuatu untuk Balqis. Yalah.. takkan nak pergi melawat orang bawa tangan kosong. Kan tak elok.
Sesampainya di mall, dia melangkah ke supermarket. Perkara pertama yang dia cari adalah asam. Sebab kalau orang mengandung mual perlu makan asam. Tapi kalau makan asam terlalu banyak tak elok juga untuk kesihatan bayi.
Cermin mata hitam yang di pakainya di angkat lalu di selit dirambutnya. Dia meneliti setiap makanan yang ingin di belinya. Tiba-tiba, satu suara memanggil namanya. Terus dia berpaling.
"Kak Kris!"panggil seorang budak perempuan bertocang dua mendapatkannya.
"Eh! Eve. Eve datang dengan siapa ni?"soal kristina melutut bagi menyamai ketinggiannya dengan Everlyn.
"Eve datang dengan.."
"Everlyn! Along dah pesankan jangan merayau!"satu suara garau datang dari arah belakang Kristina.
Kristina seperti mengenali suara itu, lantas dia menoleh dan terpana seketika melihat Hayiz mengenakan baju tshirt plain berserta jaket hitam berseluar jeans hitam dan bandana di kepalanya.
'Gosh! Why he look so handsome today. Eh! Jangan Kristina, jangan. No falling in love. Tapi dia handsome.. aduh.. 'desis hati Kristina dilema.
Kristina menggeleng kepala melawan kata hatinya. Hayiz yang melihat berkerut dahinya.
"Kau dah kenapa tergeleng-geleng?"tanya Hayiz.
"Eh! Tak ada apa-apa. Kau buat apa dekat sini?"soal kristina berdiri.
"Aku datang nak beli kereta"jawab Hayiz bersahaja. Kristina berkerut lantas menjeling.
"Menyesal aku tanya"omel Kristina sendiri. Everlyn yang berdiri di samping Kristina hanya menahan tawa.
"Dah tahu dekat supermarketkan. Beli baranglah".
"Eh! Manalah tahu kau datang nak mengorat makcik cashier ke?".
Hayiz menapak menghampiri Kristina. Kepala di tundukkan sedikit. Everlyn yang ada di situ pantas menutup kedua belah matanya. Tetapi diintai juga melalui celahan jari.
"Kalau aku nak mengorat, aku tak mengorat makcik cashier yang high class. Aku akan mengorat kau yang low class ni."Hayiz tersenyum mengusik.
Puft! Terus memerah muka Kristina tetapi tidak lama apabila terdengar perkataan 'low Class'.
"Heh! Sedapnya mulut kau cakap aku low class. Kau tu high class sangat lah?".
"Aku memang High class. Sebab makcik cashier yang high class pun pandang aku. Jom adik"Hayiz memegang tangan Everlyn dan mengajak adiknya pergi.
"Bye kak Kris"Everlyn melambai.
"Ee!!! Ha.. geram! Ada je akal dia nak sakitkan hati aku! Ergh!"Kristina menghentak kakinya kegeraman.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
Roman d'amourAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021