Kepala yang masih berdenyut di pengangnya. Badan di angkat bangun dari pembaringan. Mata meliar melihat sekeliling. Terus matanya jatuh pada comforter yang membalut separuh tubuhnya.
"Dekat mana ni? Ni bukan bilik aku?"Kristina tertanya sendiri.
"Kau dah bangun"sapa satu suara dari arah muka pintu.
"Heh! Kau buat apa dekat sini?"drastik Kristina menyilangkan tangannya menutupi dadanya.
"Ini bilik akulah. Kau pengsan tadi. Ummi dengan adik aku angkat kau letak dekat sini".
Orang itu menapak masuk lalu melabuhkan duduk di birai katil. Matanya menikam anak mata Kristina. Kristina menganjakkan dirinya ke kiri.
"Did you remember anything?"tanya Hayiz.
"A...aa..aku ingat kau masuk meminang aku. Aku ingat semua pasal kau. Lepas tu.. aku dah tak ingat".
"Kau ingat Balqis?".
"Balqis? Mestilah ingat. Diakan kawan aku. Kau merepek apa ni Hayiz?".
Hayiz memegang dagunya. Dia berfikir akan sesuatu. Dia kembali menoleh memandang Kristina.
'Dia dapat ingat Balqis. Mesti dia ingat siapa Safwan'bisik hati Hayiz.
"Kau ingat Safwan?".
Kristina memejamkan matanya. Dia cuba untuk mengingati nama yang di sebut hayiz. Tetapi gagal. Satu memori tentang lelaki itu pun dia tidak ingat.
"Sorry, aku tak ingat"Kristina menunduk kesal.
"Tak apa. Kau tak perlu nak usaha ingat. Sekarang kau rehat lah. Malam ni kau tidur sini. Ummi dah bagitahu Mummy".
"Okay. Eh! Sekejap. Malam? Sekarang ni pukul berapa?".
"Pukul 10 malam. Lama jugak kau pengsan. Doktor cakap otak kau penat. Sebab tu kau tidur lama"kata Hayiz bangun dari duduknya.
"Eh! Kalau aku tidur sini, baju aku?".
"Nanti Ummi bagi. Aku keluar dulu. Karang tak pasal-pasal kena tangkap basah. Dapat kahwin free. Kau nak?" Sempat Hayiz mengusik.
"Ish! Tak mahu aku. Not my taste"Kristina berpeluk tubuh.
"Jangan benci sangat. Orang tua-tua cakap kalau mula-mula benci lama-lama jadi sayang"Hayiz menjungkit senyum dan menghilang di balik pintu yang ditutupnya rapat.
"Ihh!! Dia tu kalau tak sakitkan hati aku sehari memang tak sah. Ee.. geramnya!!".
Mata Kristina liar memandang seluruh bilik. Bilik yang berwarna hitam dan putih dan dihiasi dengan perabot yang juga berwarna hitam dan putih. Sangat classic. Bilik pun kemas dan tersusun. Ini ke bilik Hayiz muiz?.
"Aduh! Satu hal pula aku kena tidur sini malam ni. Dahlah esok kerja. Baju office dekat rumah. Aish! Eh! Kalau aku tidur dalam bilik dia, dia tidur mana?"
Pintu bilik di ketuk dari luar. Pintu di buka dan didorong. Seseorang masuk ke dalam bilik.
"Kris, how? Dah okay sikit?"tanya Elly membawa pakaian dan alatan mandian.
"Aunty, Kris ingat siapa Hayiz. Kris ingat siapa aunty. And Kris dapat ingat semuanya. Tapi, Kris tak dapat ingat seorang ni. Nama yang Hayiz sebut tadi".
"It okay. Don't push yourself. Sekarang, Kris mandi, segarkan diri lepas tu solat. Telekung aunty dah sediakan sekali. Aunty keluar dulu ya"Elly mengelus pipi Kristina sebelum menapak keluar.
Hati Kristina mula tersentuh dengan layanan Elly padanya. Keluarga Elly sungguh baik dengannya, tetapi kenapa dia menolak pinangan Hayiz.
"Kakak, kalau Kris jatuh cinta dekat Hayiz, bermakna Kris mengkhianati kakak ke?"tutur Kristina sendiri.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021