Ep 26

923 94 12
                                    

Awal-awal pagi lagi Kristina sudah bangun dan bersiap untuk pulang terlebih dahulu sebelum ke tempat kerja. Yelah.. takkan nak pakai baju kerja semalam kan.

Kristina melangkah menuruni tangga menuju ke pintu utama. Tetapi langkahnya terhenti apabila dirinya di sapa oleh Elly yang sedang menyediakan sarapan pagi.

"Good morning aunty"tutur Kristina tersengih. Kaki di atur menghampiri meja makan.

"Awal- awal ni nak pergi office dah ke?"tanya Elly.

"Tak.. Kris nak balik rumah dulu sebab nak tukar baju lepas tu baru pergi office"jelas Kristina.

"Oh.. kalau macam tu jom sarapan dulu".

"Erm.."Kristina teragak-agak mahu menolak pelawaan itu. Kalau tolak, takut terguris hati. Kalau terima, nanti Elly menaruh harapan pula agar dia menerima pinangan Hayiz.

"Tak payah fikirlah.. jom. Sempat nak ke office tu. Tak elok pergi kerja perut kosong".

"Baiklah"Tanpa kerelaan, dia perlu menerima pelawaan itu. Dia duduk di salah satu kerusi di situ. Pantas sahaja Elly menceduk nasi goreng ke pinggan Kristina.

"Terima kasih"ucap Kristina.

"Sama-sama"Elly melempar senyum.

Tidak lama kemudian, Everlyn turun dengan siap berbaju sekolah. Dia melabuhkan duduk di sebelah Kristina.

"Ummi, bila papa balik?"tanya Everlyn.

"Lusa papa balik ya sayang"jawab Elly mengelus kepala anaknya itu.

'Dia ada papa? Kenapa aku tak pernah tahu pun dia ada papa? Siapa papa dia? Aku kenal ke?'desis hati Kristina.

"Morning Ummi"sahut Hayiz menghampiri sambil membetulkan tali lehernya.

Mata Hayiz melekat pada Kristina yang sedang menyua nasi ke mulut.

'Dia ni apahal pandang aku? Aku tahu aku ni cantik. Tapi tak payahlah sampai nak pandang aku macam tu'kutuk hati Kristina.

"Erm.. aunty, Kris minta diri dulu ya. Dah lambat ni. Nanti lambat pula sampai office"ujar Kristina menganggu suasana pandangan Hayiz.

"Iyalah. Bawa kereta elok-elok"pesan Elly.

"Terima kasih sekali lagi Aunty. Assalamualaikum"kaki Kristina di hayun ke arah pintu.

"Wa'alaikumsalam"jawab Elly.

Bayang Kristina hilang di sebalik pintu. Hayiz melabuhkan duduknya di salah satu kerusi. Kedengaran enjin kereta menandakan Kristina sudah bertolak pergi.

"Haih.. bila lah.. Ummi nak merasa makan dengan menantu. Alang-alamg Kristina dah ingat, nak Ummi tanyakan Puan Maria tu sekali lagi ke?".

Tersembur air yang di minum hayiz nasib baik air kosong. Kalau air manis, habis melekit.

"Apa ummi ni. Tak payah lah. Hayiz tak nak memaksa Kris. Biar dia tentukan sendiri. Lagipun cincin masih lagi ada dekat Mummy kan".

"Memanglah ada dekat puan Maria, kalau lambat nanti dikebas orang along".

"Apa ummi merepek ni. Biarlah dia di kebas orang pun".

"Along, ummi kenal anak ummi. Along sukakan Kristinakan? Kenapa nak biarkan dia macam tu je? Hayiz kenalah berjuang sikit".

"Hah? Along suka kak Kris? Adik pun suka kak Kris jadi kakak ipar Adik. Dahlah cantik, baik pula tu".

"Eh.. melebih pula budak kecik ni. Makan, jangan nak menyampuk hal orang tua"jegil Hayiz. Everlyn menjelirkan lidahnya.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now