Ep 29

874 92 21
                                    

Hayiz berdiri di sebelah Kristina untuk bergambar. Mereka berdua hanya akur sahaja dengan arahan Imran yang banyak songeh tu.

"Okay senyum". Klik! Gambar di ambil.

"Okay, Hayiz jauh sikit. Biar ada halal gap dekat tengah tu. Korang tak kahwin lagi. Tak boleh rapat-rapat"arah Imran.

Hayiz menggulingkan matanya lalu berganjakkan sedikit dari Kristina.

"Okay ready.."

"Eh!! Stop!"sahut satu suara.

Imran yang terbongkok bersedia untuk mengambil gambar berdiri tegak memandang empunya suara.

"Sekejap"Everlyn berlari anak menghampiri Hayiz dan Kristina.

"Eh! Budak kenit ni. Kenapa?"tanya Imran berkerut.

"Everlyn nak ambil gambar juga"kata Everlyn.

"Haih.. yelah. Cepat".

"Along tepi sikit.. bagi adik duduk tengah"Everlyn menolak Hayiz ke tepi.

"Eh budak ni.. suka hati je tolak orang"kata Hayiz geram. Everlyn menjelirkan lidah.

"Okay. Cepatlah abang Im, ambil gambar"suruh Everlyn.

"Iye.. ha! Senyum"Imran melayankan saja Si Everlyn tu. Asalkan dia puas.

Usai bergambar, Kristina menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang sudah lama memainkan lagu keroncong. Nasib perutnya tak berbunyi sewaktu bergambar dengan Hayiz. Kalau tak, mahu dia berkurung berhari-hari dalam bilik kerana malu.

Kristina duduk di meja makan bersama Habibah, Balqis dan Humaira. Masing-masing berborak macam tak berjumpa setahun. Ada saja cerita yang dikemukankan.

"Kak Kris"panggil Everlyn.

"Ye"jawab Kristina.

"Along nak jumpa akak dekat luar sekejap".

"Okay. Bagitahu along sekejap tau". Everlyn mengangkat ibu jarinya tanda okay.

"Korang borak dulu ya. Aku nak jumpa Hayiz kejap". Yang lain mengangguk. Kristina membawa pinggannya ke sinki lalu membasuh tangannya bersih.

Setelah itu, dia menapak ke luar rumah di mana Hayiz sedang menunggu.

🌹🌹🌹

Kristina menghampiri Hayiz yang berdiri menghadap kolam ikan koi.

"Ehem! Ada apa nak jumpa aku ni?"Kristina berdeham. Dia berdiri di sisi Hayiz sambil memandang Ikan koi yang berenang di dalam kolam.

"Thanks sebab terima pinangan aku and..".

"Chop, chop. Sebelum kau teruskan, aku nak jelaskan dekat sini yang aku terima kau bukan sebab aku cintakan kau tau. Aku buat sebab..".

'Apa sebab aku nak bagi eak. Kalau cakap sebab aku tak nak terima pinangan Nick, nanti dia kecik hati pula. Aduh!!'bisik hati Kristina.

"Sebab?"Hayiz mengjungkitkan keningnya.

"Adalah sebabnya".

"Okay.. so, my fience.. you look beatiful today"hayiz membongkokkan badannya memandang Kristina dengan kedua tangannya di dalam poket seluar. Senyum tipis di jungkitkan.

Zuup.. puft! Wajahnya naik kemerahan dan meletus di kepala. Baru kali ini dia dipuji oleh Orang bernama Hayiz Muiz. Selalunya ada saja ayat yang menyakitkan hati keluar dari mulut Hayiz.

"Erm.. erm.. aku masuk dululah"Kristina terus menapak pergi.

Hayiz menegakkan badannya memandang Kristina berlalu masuk ke dalam rumah. Senyuman terukir dibibirnya sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now