Ep 61

909 105 30
                                    

Setelah beberapa hari Haira dihospital, dia sudah dibenarkan pulang. Seperti biasa, Iman lah yang setia menemani Haira sepanjang di hospital. Sepanjang perjalanan, Haira hanya mendiamkan diri. Sepatah Iman bertanya, sepatah jugalah Haira menjawab.

Kereta milik Iman berhenti di parking kereta. Iman melepaskan tali pinggang dan mencapai telefon dan dompetnya.

"Kau duduk sini kejap. Aku pergi beli barang sekejap"ujar Iman. Haira sekadar mengangguk lemah.

Badan Iman dibolos keluar dari perut kereta. Dia berlari anak melintasi jalan masuk ke sebuah kedai. Haira melempar pandangan ke luar tingkap. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu. Hujung bibirnya terjungkit senyum.

Dia melangkah ke tempat duduk pemandu. Gear R di masukkan. Kereta mengundur kebelakang. Gear kembali ditukar pada D. Kakinya di letak pada pedal minyak. Stereng di pegang erat. Matanya menikam tajam ke arah sesuatu. Tanpa berfikir, Haira menekan pedal minyak sehabisnya dan kereta Iman bergerak laju ke hadapan.

Bangg!! Drang!!

Kereta yang dipandu Haira terlanggar sesuatu. Haira meneruskan pemanduannya pergi dari situ. Iman yang baru sahaja keluar dari kedai ternampak akan sekurumun manusia di tengah jalan. Pantas dia menghampiri.

Dia melihat seorang lelaki tua dan seorang perempuan terbaring berlinangan darah diatas jalan. Dia mengambil inisiatif untuk menelefon pihak polis.

Dia menoleh ke arah dimana dia meletakkan keretanya. Tiada. Keretanya tiada disitu. Firasatnya kuat menyatakan bahawa Haira yang melakukan perkara itu.

🌹🌹🌹

Kristina mencuci pinggan sambil menyanyi riang. Lega apabila satu rumah sudah dikemasnya. Tiba-tiba mood rajin dia datang hari ini. Disebabkan Hayiz melarangnya untuk kembali bekerja, terpaksalah dia melakukan kerja dirumah bagi menghilangkan rasa bosan.

Prang!

Piring ditangannya terlepas dan jatuh diatas lantai. Berkecai kaca diatas lantai. Dia berdecit geram. Satu hal pula dia nak kena bersihkan serpihan kaca itu.

Ting! Tong!

Bunyi loceng rumah kedengaran. Auch! Kristina berdecit apabila kaca pinggan tercucuk pada jarinya. Keluarlah cecair merah dari tusukan itu.

Dia bangun dari cangkung. Dia mencuci lukanya terlebih dahulu sebelum menerpa ke arah pintu rumah.

"Sekejap!! Ish! Siapalah yang datang. Tak menyempat langsung"omel Kristina.

Daun pintu dibuka dan terpancul dua orang anggota polis dihadapan rumah.

"Ya tuan, ada apa ya?"soal Kristina melakar senyum.

"Ini waris puan Maria dan Dato'Sri Nizam?"Tanya salah seorang anggota polis itu.

"Ya saya kenapa?". Dahi Kristina mula berkerut. Haira tiba-tiba ada anggota polis terpacak depan rumah.

"Ibu dan datuk cik, terlibat dalam nahas langgar lari. Cik boleh ikut kami untuk pengecaman mayat".

*Pasang lagu diatas*

Kristina tergamam. Bagaikan ada satu batu besar yang menghentam dirinya. Nafasnya mula sesak. Dia mula hilang keseimbangan. Kristina memegang pintu agar dirinya tidak tumbang. Lidahnya kelu. Tidak mampu untuk keluarkan kata-kata. Tangannya terketar.

"Sekejap ya tuan, saya ambil dompet saya"tutur Kristina kosong.




Kristina menapak memasuki hospital diiringi oleh dua anggota polis tadi. Langkahnya sungguh lemah. Dia mengharap bahawa mayat itu bukan mummy dan atoknya. Sesampainya dihadapan bilik mayat, langkah Kristina terhenti. Kakinya seakan membatu. Tidak mampu untuk melangkah.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now