Doktor keluar dari wad Kristina sambil menyangkutkan stethoscope di lehernya. Hayiz, mummy Maria dan Dato'sri Nizam yang baru saja tiba bangun mendapatkan doktor.
"How my daughter Doc, is she alright?"tanya Mummy Maria.
"Alhamdulillah cik Kristina sudah sedar dari koma. Sekarang kondisinya sudah stabil. Tetapi, Cik Kristina kehilangan sedikit memorinya akibat hentakan kuat pada stereng. That is call amnesia. Puan jangan risau, amnesia ni berlaku dalam masa yang pendek sahaja. Insya Allah, dengan dorongan keluarga, Cik Kristina mampu mengingati semula."
Mummy Maria tersentak mendengar penjelasan doktor. Dia risau jika Kristina tidak mengingatinya.
"One more thing, she need to wear a glasses always. Terdapat cerbisan kaca yang masuk ke dalam matanya. Buat masa sekarang, dia perlu memakai kaca mata buat sementara waktu sehingga matanya betul-betul pulih sepenuhnya. Saya minta diri dulu". Jelas doktor lagi.
"Thank you doc"ucap Mummy Maria.
Mereka bertiga menyerbu masuk kedalam wad Kristina sebaik sahaja doktor berlalu. Kelihatan Kristina sedang duduk bersandar dengan kacamata di wajahnya. Dahinya juga masih terbalut bandage. Penyokong leher juga sudah di tanggalkan.
"Kris"panggil Mummy Maria.
Kristina mendongak memandang Mummy Maria terus senyum di lemparkan.
"Mummy, atok"sapa Kristina tersenyum.
"Kris ingat mummy dengan atok?".
"My family, of course i remember. Mana kakak?".
Soalan Kristina membuatkan Hayiz, Mummy Maria dan Dato'Sri Nizam tersentak. Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Kris, don't you remember, your sister past away 9 years ago"kata Dato'Sri Nizam.
Kristina tersentak. Dia terkedu matanya mula berkaca. Terus dia tertunduk. Selimut yang menutupi kakinya di genggam kemas. Air jernih mula mengalir ke pipi.
Bunyi esakkan tangis Kristina jelas kedengaran. Bahunya terhinjut-hinjut menangis. Mummy Maria menghampiri Kristina lalu memeluk anaknya itu erat. Semakin lama semakin kuat tangisan Kristina.
"Kris tak dapat ingat apa-apa Mummy! Kenapa!! Kenapa Kris tak dapat ingat apa-apa!!"raung Kristina memukul tilam. Sesekali cuba memukul kepalanya tetapi dihalang oleh Mummy Maria.
Hayiz yang melihat turut bersimpati. Dengan keadaan Kristina sebegitu, mana mungkin dia menikahi Kristina. Biarlah dia menjaga Kristina dalam diam.
🌹🌹🌹
"Kristina hanya mampu mengingati ahli keluarganya sahaja. Termasuk peristiwa sebelum dia pulang ke Malaysia. Selain daripada itu dia tak dapat ingat apa-apa"jelas doktor.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomansaAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021