Hayiz menuruni tangga dalam keadaan tergesa-gesa. Ridzwan dan Elly yang melihat akan anaknya itu terus menegur.
"Nak pegi mana along. Kelam kabut je nampak"soal Ridzwan.
"Hah? Erm.. along nak jumpa Racer kejap. Dalam pukul 11 macam tu along balik". Ujar Hayiz sambil menyarungkan Kasut.
"Jangan balik lambat sangat".
"Iya Ummi.. along pergi dulu".
Hayiz berjalan keluar. Motor berkuasa tinggi di hampiri. Helmet disarung di kepala. Enjin motor di hidupkan. Berderau bunyi motor Hayiz. Gear di masukkan dan dia memecut keluar dari perkarangan rumah.
Hayiz menekan head set yang terpasang di helmetnya. Nombor Imran di dail.
"Hello! Kau dekat mana?"soal Hayiz.
"Aku dekat tempat biasa".
"Okay. Aku dah on the way. Sekejap lagi aku sampai"talian di matikan. Hayiz memecut membelah jalan raya.
🌹🌹🌹
Sesampainya Hayiz di tempat yang di katakan, dia mematikan enjin motornya. Matanya tertangkap kelibat seseorang yang menaikan amarahnya. Belum sempat dia membuka helmet, dia terus melulu ke arah orang itu.
Buk!!
Satu tumbukan hinggap di wajah orang itu sehingga orang itu terjatuh dari kerusi. Hujung bibir di sentuhnya. Berdarah. Dia terus bangun dan berhadapan dengan Hayiz
"Kau apahal tumbuk aku!!"marah orang itu tubuhnya di halang oleh rakannya.
"Kau tu apa hal! Kau ingat Kristina tu patung!! Sesuka hati kau je mainkan perasaan dia!!"amuk Hayiz yang di halang oleh Imran. Orang itu kaku. Amarahnya menurun.
"Aku tak ada niat pun nak sakitkan hati dia".
"Tak ada niat kepala hotak kau!!".
Bukk! Satu lagi tumbukan hinggap di wajah lelaki itu.
"Sudah lah Hayiz! Safwan!"tegah Iskandar. Membantu Safwan berdiri.
"Eh Safwan! Kau dengar sini! Kalau apa-apa jadi dekat Kris, lunyai kau aku kerjakan. Kau faham tak!!".
Imran masih menahan Hayiz dari mendekati Safwan. Kalau di biarkan mahu nazak anak orang tu nanti.
"Kau bawa bersabar boleh tak. Dia kawan kau kan. Kita bincanglah elok-elok"kata Iskandar.
"Ni ke kau panggil kawan!! Eh! Kris tolak pinangan aku sebab dia cintakan setan ni!".
Safwan tersentak. Dia tidak tahu menahu tentang Hayiz mahu meminang Kristina. Dia benar-benar tidak tahu.
"Aku tak tahu Yiz, sumpah aku tak tahu. Aku minta maaf. Aku tahu aku salah"ujar Safwan.
Hayiz menolak Imran ke tepi. Dia membuka helmetnya. Tenungan tajam di lempar ke arah Safwan. Dadanya berombak turun naik menahan amarah.
"Kau duduk dulu Hayiz. Kita bincang elok-elok"kata Imran.
Hayiz menghenyak kerusi plastik. Helmet di letakkan di atas meja. Tangan masih tersarung glove fingerless. Matanya menikam Safwan tajam. Wajahnya tak usah cakaplah bengis je.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021