Ep 14

932 99 7
                                    

"Kau biar betul Kris! Eish! Tak percaya ar dengan kau ni"ragu Imran.

"Betullah. Aku suka dia. Tapi dia tak tahupun yang aku suka dekat dia. Kau bagilah tips sikit macam mana nak pikat hati dia"sogok Kristina.

"Aduh.. macam mana nak cakap eak. Safwan ni lain lah Kris".

"Lain macam mana?".

"Lain macam..."

Bunyi ketukan menghentikan percakapan Kristina. Kristina menyahut menyuruh orang itu masuk.

"Cik Muda, ada orang nak jumpa Cik Muda"ujar Cassy pembantu peribadi aku.

"Siapa? Panggil dia masuk"sahut Kristina.

"Encik boleh masuk"kata Cassy pada orang yang ingin bertemu dengan Kristina.

Orang itu melangkah masuk terbuntang Kristina dan Imran seketika melihat orang itu.

"Hai Kris!"sahut orang itu.

"Sa..Safwan! Buat apa dekat sini?"tanya Kristina.

"Aku ingat nak ajak kau breakfast. Jom"ajak Safwan.

"Wait what!"Imran terkejut.

"Oh! Sure. Jom". Laju saja Kristina mengemas barangnya lalu mengcapai beg tangannya.

Safwan mengcapai tangan Kristina dan melangkah keluar. Kristina sedikit tersentak dengan tindakan Safwan. Imran pula melopong tidak percaya. Sempat kristina menoleh memandang Imran dengan jeliran lidah sebelum dia hilang di balik pintu.

"Kau main game apa ni Safwan? Kau nak game Kristina ke ap? Dulu Hayiz game Kaisara. Sekarang kau nak game Kristina pula ke?"tutur Imran sendiri.

🌹🌹🌹

"Tiba-tiba kau ajak aku breakfast ni. Dah kenapa?"soal Kristina sambil menuang honey syrup diatas pancakenya.

"Saja. Tak boleh ke? Atau boyfriend kau marah kalau aku ajak kau"Safwan tersenyum.

"Merepek lah kau ni. Orang macam aku ni mana nak ada boyfriend".

"Siapa yang tak nak dekat kau tu? Cuba bagitahu aku. Kau cukup package tau. Cantik, kaya, semua cukup".

"Tak payah nak puji aku lebih-lebihlah.. tak mandi aku balik nanti".

Safwan ketawa girang. Sedangkan didalam otaknya sedang memikirkan cara mahu bertanya tentang Humaira.

"Kau tak ada meeting dengan Humaira ke hari ni?".

"Tak.. Ira tu cikgu agama. Bukannya selalu ada masa nak jumpa aku"Kristina menyuakan pancake ke mulutnya.

"Dia memang berpurdah dari dulu ke apa? Semalam aku tengok dia macam tak selesa je bila aku join sekali".

"Oh.. masa aku jumpa dia dekat New York dulu, dia memang dah berpurdah. Semalam tu dia kurang selesa sikit bila makan ada lelaki. Bukan mahram kan. Kau faham je lah orang berpurdah. Tapi aku respect dekat dia. Sebab dia tak pernah sekali pun pandang serong dekat aku dengan cara aku macam ni".

"Dia tak pernah bercinta ke? Dah kahwin ke? Tunang ke?".

"Erm.. dia tak pernah bercinta selama 26 tahun dia hidup ni. Setahu aku, setakat ni tak ada lagilah yang lepas meminang dia".

"Kenapa?".

"Dia tak nak. Katanya, dia tak mencari lelaki yang sempurna. Sebab yang datang meminang dia kebanyakannya hafidz Quran, ustadz, orang-orang yang berilmulah senang cerita".

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now