Ep 47

890 82 43
                                    

Hayiz meleraikan tali lehernya lalu di masukkan ke dalam bakul baju kotor. Butang baju kemejanya di buka satu persatu. Matanya menjeling ke arah Kristina yang merenungnya. Hayiz menoleh ke belakang. Tiada apa di belakangnya. Dia kembali memandang Kristina yang merenungnya. Kakinya menapak menghampiri Kristina yang duduk dihujung katil.

"Ui! Kenapa tenung abang macam tu?"Hayiz mencuit hidung Kristina.

"Tak ada.. saya terfikir je. Kenapa budak tak cukup kasih sayang tu duk kejar abang macam orang gila talak. Nasib baik dia tak ada buat apa-apa lagi. Kalau ada... memang lunyai saya kerjakan budak tu"tutur Kristina sekali dengan gaya mengganyang dia bagi.

"Hahahaha... laa.. sudah pastilah sebab suami sayang ni handsome. Tambah pula seorang CEO. Sayang jangan risaulah.. dia tak berani nak buat apa-apa dekat sayang. Abang janji yang abang akan protect sayang walau apa pun"kata Hayiz menekup kedua pipi Kristina lalu didongakkannya.

"Okay.. protect-protect juga. Abang pergi mandi sekarang. Busuk."Kristina memicit hidungnya tanda busuk.

"Eh! Eh! Sedap... je cakap abang busuk. Ini busuk dia"Hayiz memikul Kristina di atas bahunya dan terus menapak ke bilik mandi. Kristina berteriak minta di lepaskan tetapi Hayiz mengendahkannya. Dia meneruskan saja langkahnya dengan senyum.

🌹🌹🌹

Bunyi musik yang kencang dengan dihiasi dengan lampu yang berkelip-kelip menghayalkan sesiapa sahaja yang berada di situ. Seorang gadis yang berpakaian mini dress yang ketat dan singkat separas peha sedang asyik menari di lantai tari. Pada waktu itu dia sudah tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Seolah-olah dia berada di dalam dunianya sendiri.

Setelah penat menari, dia menapak menghampiri bar lalu melabuhkan duduk di atas salah satu kerusi. Minuman coca-cola di pesannya. Tiba-tiba datang seorang lelaki menegurnya.

"Hey beautiful, you're hot tonight"tutut lelaki itu bermanis mulut.

"Sorry, I'm not in mood to had fun with guy"balas gadis itu.

"Hey, come on. Before this you treat me nicely. Why tonight you a bit different"pujuk lelaki itu memaut gadis itu membelakangi bar. Tanpa di ketahui, lelaki itu memberi isyarat kepada pelayan bar agar meletakkan sesuatu didalam minuman milik gadis itu.

"Can you stay away from me?! I'm not in mood tonight!"marah gadis itu. Gelas minumannya di capai lalu dia meneguk sehingga habis. Gelas di letak kembali di atas bar.

Gadis itu memusingkan kerusi membelakangi bar lantas berdiri untuk menyambung menari. Baru setapak dia melangkah, tiba-tiba dia terasa pening yang teramat sangat. Seperti dunia sedang berputar.

Tubuhnya mula condong. Dia hilang keseimbangan. Sempat lelaki tadi menyambutnya dari terhepas ke lantai.

"Come, i help you"tutur lelaki itu memapah gadis itu.

Gadis itu yang mula hanyut hanya turut. Gadis itu dipapah keluar dari club. Kereta milik lelaki itu yang letaknya tidak jauh dari situ dihampiri. Lelaki itu membuka pintu sebelah penumpang gadis itu yang sudah hanyut di dudukkan di tempat duduk penumpang hadapan.

Tiba-tiba, satu tangan menepuk bahu lelaki itu.  Bukk!! Satu tumbukkan hinggap di wajah lelaki itu. Terjatuh lelaki itu menyembah tanah. Lengan gadis itu di paut lalu di papah pergi ke arah berlawanan.

"Kenapa kau jadi macam ni hah? Haira. Kau tak pernah mabuk tau"kata orang yang menunbuk lelaki tadi.

Pintu kereta bahagian penumpang belakang di buka. Tubuh Haira di tolak masuk perlahan. Dia berlari anak ke bahagian pemandu. Badan dibolos masuk dan terus memecut pergi.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now