Hayiz pulang ke rumah Mummy Maria pada malam itu. Kaki menapak masuk kedalam rumah dengan didahului salam. Blazer disangkut pada bahu kanan dan tali leher di longgarkan. Dia menoleh ke arah ruang tamu. Kelihatan Mummy Maria dan Dato'Sri Nizam sedang menonton televisyen.
"Hayiz, lambat balik?"sapa Mummy Maria.
"Oh! Banyak kerja sikit dekat office mummy. Itu yang balik lambat ni. Kris mana?"ujar Hayiz yang sudah hampir kehabisan bateri. Kalau dirinya itu seperti telefon bimbit, sudah dapat lihat peratus bateri di atas kepalanya.
"Kris ada dekat atas. Pergilah"jawab Mummy Maria. Hayiz mengangguk dengan senyum. Dia melangkah longlai menaiki anak tangga menuju ke bilik.
Pintu bilik di buka. Kelihatan Kristina sedang bersandar pada kepala katil sambil membaca buku. Dengan rasa penat yang tidak dapat di bendung lagi, Hayiz menapak ke arah katil menghampiri Kristina. Beg pejabatnya di letakkan di kaki katil bersama blazer. Dia menaiki katil lalu kepala direbahkan di atas riba Kristina yang dibaluti comforter.
Kristina tersentak. Lantas dia mengelus rambut Hayiz. Hayiz mengangkat wajahnya sedikit memandang Kristina dengan mata yang kuyu dan kepalanya kembali ditundukkan.
Kristina melakar senyum tipis. Ini bukan kali pertama Hayiz berkelakuan seperti itu. Sejak Kristina disahkan hamil, perangai Hayiz terlebih manja dari dirinya. Kristina menyambung kembali bacaannya sambil sebelah tangan mengelus rambut Hayiz. Serentak dengan itu, Hayiz merangkul pinggang Kristina dengan kedua tangannya tanpa mengangkat kepalanya dari atas ribaan Kristina.
"Abang, pergilah mandi dulu.. segarkan badan tu dulu"tutur Kristina lembut.
"Nanti abang mandilah.. abang nak duduk macam ni sekejap je. Let me stay like this for a while. I really need it".kata Hayiz tanpa memandang Kristina.
"Yelah.. nanti mandi tau". Hayiz menganggukkan kepalanya. Kristina membongkokkan badannya dan mengucup sisi kepala Hayiz. Dia menyambung kembali bacaannya. Sedari itu rangkulan Hayiz semakin erat. Kristina mengukir senyum.
🌹🌹🌹
Iman berjalan kehulu-kehilir di dalam biliknya. Berpuluh kali dia menelefon Haira tetapi tidak diangkat. Dia risau tentang keadaan Haira. sherly pernah memberitahunya bahawa Haira tidak berapa sihat kebelakangan itu. Yang membuatkan dia bertambah risau, jikalau Haira mengandungkan anaknya.
"Ergh!! Apasal susah sangat kau nak angkat call aku?! Kalau mamat Hayiz tu call laju je kau angkat!"amuk Iman. Sudah hilang segala kelembutannya. Yang ada hanya sifat seorang lelaki yang sejati pada diri Iman.
Iman menghempas punggungnya di hujung katil. Telefon bimbitnya di campak ke tepi. Dadanya berombak menahan bengang.
"Aku akan bertanggungjawab atas apa yang aku buat Haira"tutur Iman sendiri. Frame gambar yang terletak elok di atas rak di renungnya. Sekeping gambar seorang gadis yang berpakaian uniform sekolah sedang mengangkat dua jari ke udara dengan senyuman lebar.
🌹🌹🌹
Hari minggu merupakan hari yang amat bermakna buat mereka yang bergelar pekerja. Pada hari minggulah mereka akan merehatkan minda mereka keluar dari lingkungan kerja. Begitu juga Hayiz dan Kristina.
Hayiz duduk berehat di atas kerusi santai di tepi kolam di halaman belakang. Kedua tangannya di letakkan di bawah kepala sebagai bantal.
Kristina yang berada didalam kolam memerhati sang suami yang elok bersantai di tepi kolam. Tiba-tiba muncul satu idea nakalnya untuk mengusik.
Kedengaran suara percikan air dari arah kolam. Hayiz yang sedang tidur-tidur ayam terdengar akan itu drastik berbangun. Matanya terkunci pada Kristina yang tenggelam timbul di dalam kolam.
Dengan pantasnya, bangkit dari kerusi santai itu dan terus terjun menjunam ke dalam kolam. Dia berenang mendapatkan Kristina. Tangannya memaut pinggang Kristina dan tubuh Kristina diangkat sedikit agar tidak ditenggelami air.
Hayiz yang panik terus menarik Kristina ke tepi kolam. Kristina yang sudah berpura-pura pengsan gigih menahan tawa.
"Eh! Kejap. Bukan ke sayang pandai berenang ke?"kata Hayiz hairan menghentikan kayuhannya. Dia memusingkan badan Kristina menghadapnya.
Kristina sudah tidak dapat menahan tawanya. Tersembur air di dalam mulutnya ke wajah Hayiz. Pecah tawanya melihat kepanikan Hayiz terjun dari kolan tadi.
Hayiz menyapu mukanya dan merenung Kristina tajam.
"Is it funny Kristina?"soal Hayiz dingin. Terus mati tawa Kristina.
"You thing it's funny. I'm so panic and my heart beating so fast when i saw you drowning"tegas Hayiz.
"Abang, i'm so sorry. I just wanna make a joke with you"tutur Kristina mendung.
"Dah lah. Abang nak naik". Hayiz berenang ke arah tangga dan terus melangkah naik.
Kristina berenang ke sisi kolam dan tertunduk pilu. Dagunya di tongkat pada sisi kolam. Matanya mula berkaca. Tiba-tiba dia merasakan seperti ada satu bayang yang melutut di hadapannya.
"Senyuman mu... buat ku tersenyum malu lirikan mu.. memberi panahan kalbu oh sayang ku... dengarlah bahawa diri ku.. ku perlukan mu..."
Kristina mendongak apabila mendengar nyanyian itu. Dapat dilihat air mata Kristina yang mengalir membasahi pipi.
"Olololo... sorry.. abang saja je tadi. Nak kenakan bang sangatkan.. kan dah kena balik"pujuk Hayiz menyapu air mata Kristina yang mengalir ke pipi.
Kristina memercikkan air kepada Hayiz dengan perasaan geram. Hayiz tertawa riang.
"Gelak-gelak. Orang tengah sedih dia boleh pula buat macam tu. Cuak tahu tak"kata Kristina monyok.
"Itulah balasannya bila nak kenakan suami. Lain kali.. fikirkan idea yang bijak sikit. Suami sayang ni bijak tahap professor Einstein tau".
"Eee!! Nak ambik ni! Ambik! Malas layan abang"Kristina memercikan air beberapa kali ke arah Hayiz kegeraman dan dia terus berenang ke arah berlawanan menjauhi Hayiz.
Hayiz ketawa puas dapat mengenakan Kristina balik. Dia memandang Kristina yang berenang menjauhinya. Terukir senyum dibibir Hayiz. Rambutnya yang basah terjuntai didahi dibiarkan.
Kristina menoleh memandang Hayiz. Lidahnya dikeluarkan ke arah Hayiz disertakan jelingan maut. Hayiz ketawa kecil melihat keletah dan kecimelah isterinya itu.
🌹🌹🌹
"Tarikh bagi hari puasa jatuh pada..."
Mummy Maria dan Dato' Sei Nizam khusyuk di hadapan televisyen mendengar mengumuman puasa.
"Nampaknya, Mar kena bangun awallah esok nak masak sahur"tutur Mummy Maria.
"Macam tulah nampaknya"jawab Dato'Sri Nizam bersahaja.
"Abah ni.. kalau dengan Mar macam tu je cakap. Kalau dengan cucu abah tu, bukan main lagi rancak. Siapa anak abah sebenarnya ni"omel Mummy Maria.
"Habis tu kau nak abah jawab apa? Mar, Kris tu sorang je cucu aku yang tinggal tau. Biarlah aku nak rapat dengan dia. Aku ni dah tua. Tak lama lagi aku dah tak ada, siapalah yang nak berborak dengan budak tu"tutur Dato'Sri Nizam. Wajah Mummy Maria terus berubah riak.
"Jangan nak merepek abah. Orang tak suka"kata Mummy Maria mendatar wajahnya turut menjadi kelat.
"Mar, semua orang pasti akan mati. Kita tak tahu bila kita akan pergi. Kau jagalah anak kau tu baik-baik"tutur Dato'Sri Nizam.
"Dah lah abah. Mar nak pergi dapur. Nak siap-siap barang untuk masak sahur"Mummy Maria terus mengangkat punggungnya dan menapak ke dapur. Hatinya tersentap apabila mendengar tutur kata dari abahnya.
Yeah.. akhirnya terdetik hati sis nak masukkan edisi puasa dan raya dalam cerita ni. Pening juga sis pikir macam mana nak selit edisi puasa dan raya ni. Hope korang enjoy. Stay tune.
Xoxo❤️
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021