Ep 57

896 101 32
                                    

Arissa berjalan beriringan bersama rakan sekerjanya keluar dari bangunan dimana tempat dia bekerja. Sedang rancak mereka berborak, langkah mereka terhenti di hujung tangga lobby. Mata mereka berdua tertumpu pada seorang lelaki yang berkemeja navy blue dengan lengan dilipat hingga ke situ dan memakai cermin mata hitam bersandar pada badan kereta.

Lelaki itu menurunkan cermin mata hitam dengan jungkitan senyum. Arissa menayang senyum janggal. Tiba-tiba tingkap kereta bahagian penumpang hadapan terbuka. Ternganga Arissa melihat Ayyaan tersenyum melambai melalui tingkap itu. Rakan Arissa menyiku lengan Arissa dengan senyum mengusik.

"Ariss, itu ke lelaki yang tolong kau hari tu? Handsome weh..boleh lah jadi ayah si Ayyaan tu"kata rakan sekerja Arissa.

"Ish! Apa kau ni. Dia tu mat saleh tau. Non muslim"kata Arissa.

"Eh! Mat saleh pun boleh convert islam apa. Untung kau".

"Eh! Dah lah. Aku pergi dulu. Jumpa esok"kata Arissa melambai ke arah rakannya sambil menuruni tangga. Rakannya membalas pandangan dengan senyum lebar.

"Mama!!"sahut Ayyaan keriangan.

"Ayyaan.. ada susahkan uncle Nick tak?"soal Arissa mencium dahi anaknya itu melalui tingkap kereta.

"Tak. Ayyaan budak baik. Ayyaan dengar cakap uncle"kata Ayyaan.

"Erm... awak datang ni, nak pergi mana?"soal Arissa kepada Nick.

"Herm.."Nick memandang jam di tangannya.

"Lagi dua jam nak masuk waktu berbuka. So, jom kita pergi berbuka dekat luar". Dahi Arissa sedikit berkerut.

'Macam mana dia boleh tahu waktu berbuka?'bisik hati Arissa.

"Erm.. tak menyusahkan ke?"tutur Arissa.

"Neh.. saya berbesar hati kalau awak dengan Ayyaan ada sekali. Selalunya saya makan sorang-sorang je"kata Nick menjuih bibir bawahnya.

"Ayok... mama buat uncle sedih.."usik Ayyaan.

"Eish! Pandai je Ayyaan nikan"Arissa mencubit pipi tembam Ayyaan. Nick mengangkat ibu jari kepada Ayyaan tanpa Arissa sedari. Apabila Arissa berpaling, pantas Nick menyilang ke dua tangannya dan melarikan pandangan ke arah lain.

"Okay.. jom kita buka puasa sama-sama"kata Arissa.

"Yeay!!"sorak Ayyaan.

"Alright!. Sila masuk tuan puteri"tutur Nick sambil membuka pintu belakang. Arissa sekadar menggeleng dengan senyum tipis. Dia memboloskan badannya masuk ke dalam kereta.

Nick menutup kembali pintu. Dia menghampiri Ayyaan dan melagakan ibu jari mereka. Rambut Ayyaan dikusutkan. Nick menyuruh Ayyaan untuk duduk dengan tertib dan menaikkan tingkap kembali. Nick berlari anak ke pintu pemandu. Nick memakai tali pinggang keledar dan terus bertolak pergi.

🌹🌹🌹

Kristina keluar dari rumah, cantik dengan dress labuh bernoda biru laut. Kasut bertumit rendah dia keluarkan dari rak kasut. Kasut disarungkan ke kaki dalam keadaan berdiri. Kelihatan sebuah kereta berhenti dihadapan pagar rumah. Segera dia menapak menghampiri kereta itu.

"Syarikat Eric Golden ya"ujar Kristina memasuki perut kereta.

"Baik puan"kata pemandu grab itu.

Kereta meluncur membelah jalan raya. Keadaan jalan raya tidak begitu sesak. Kristina melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Dia mengukir senyum tipis. Perasaan tidak sabar untuk berbuka puasa bersama kawan-kawannya yang lain.

GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]Where stories live. Discover now