Sebulan sudah berlalu. Sekarang Nick sudah berada di singapura bagi menguruskan perniagaan keluarganya di sana. Haira? Entah macam mana dia boleh diterima jadi pekerja tetap di syarikat Eric Golden. Rakan sekerjanya apa lagi, memang masam habislah sebab terpaksa menghadap Haira setiap hari.
Tetapi, bukan tuah yang baik juga buat Haira. Hayiz kerap tiada di pejabat kerana perlu menguruskan projek di pahang. Haira duduk termenung di meja kerjanya sambil mata terarah pada pintu pejabat Hayiz. Keluhan berat keluar dari mulutnya.
"Mel, you rasa bila boss akan balik?"Soal Haira.
"Entah. I bukan suka sangat ambil tahu tentang tunang orang"jawab Mel sedikit memerli.
"You perli I ke?"Badan Haira di tegakkan Memandang Mel di sebalik patisyen.
"Laa.. you terasa ke? I tak perli tau. I just cakap je"Mel tersenyum.
Haira merengus geram. Dia menolak kerusi kerjanya lalu berdiri. Kakinya di hayun ke pantry. Itu je lah tempat dia nak pergi.
"Huh! Padan muka"kata Raiz.
"Kau tak boleh tunduk sangat dekat dia tu Mel. Kau senior tau. Jangan bagi muka sangat"tambah Khai. Mel hanya tersenyum tipis.
Haira menghentak hujung sinki geram. Wajahnya sudah berkerut marah. Dadanya berombak naik turun.
"Tak guna kau Mel. Berani kau dengan aku ya. Tak apa. Kau tengok je nanti apa nasib kau Mel. Kau cari pasal dengan aku kan.. kau tunggu"sinis Haira. Gelas di capai lalu di isi air mineral ke dalamnya. Air diteguk rakus sehingga habis.
Dia mengatur langkah kembali ke mejanya. Amarahnya dikawal dan disembunyikan. Senyuman semanis mungkin di tayangkan.
🌹🌹🌹
Kristina termenung menungkat dagu di pejabatnya. Pandangannya di lempar ke luar tingkap yang menampakkan bangunan-bangunan tinggi di kota Kuala Lumpur.
Pandangan di larikan ke mejanya. Sepucuk surat yang terletak di atas mejanya di tenung lama. Nafas di tarik sedalam yang mungkin lalu di hembus perlahan mengumpul kekuatan. Tangannya mengcapai sampul surat itu lalu dibukanya. Sekeping kad undangan di keluarkan. Tertera nama Safwan dan Humaira di atasnya.
"Aku harap kau berbahagialah Safwan. Terima kasih sebab kau dah sakitkan hati aku. Aku harap kau tak akan sakitkan hati kawan aku"tutur Kristina sendiri. Tanpa diduga, setitis air matanya mengalir ke pipi. Segera di hapus menggunakan kekura tangan.
Bunyi dentingan notifikasi telefon bimbitnya mengganggu tumpuannya. Telefon di capai lalu di lihat nama pengirim di skrin telefon. Notifikasi di tekan.
Kristina menutup telefonnya lalu diletakkan ke tepi dengan disertakan dengusan geram. Hilang terus mood sedihnya.
"Hish! Duda ni. Mabuk ke apa? Ee!!"berkerut-kerut wajah Kristina apabila membaca text Hayiz yang membahasakan dirinya itu tunang.
YOU ARE READING
GΒM 2: ᑭeᑎggᗩᑎti ᑕiᑎtᗩ [✔️]
RomanceAku, adalah aku. Aku tidak sama dengan dia. Sifat, perangai, kelakuan dan perwatakan aku dan dia pun berbeza. Tapi, kami mempunyai satu hati yang sama. Akulah si pengganti cinta. Start: 4/3/2021 End: 27/8/2021